Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, July 27, 2007

JENTIK SIKIT

JENTIK HATI.....

`Bengkok`nya Perempuan...

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"


"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan". Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."


"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini..."


*********
Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan ..

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.

Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s.
sedang berjalan. Terlintas
di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s.

Katanya' " Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada
juga berkatnya untuk
aku."



Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan
niatnya itu. Dia berkata,
"Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama
seorang nabi." Sejurus
kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi
Musa a.s. dari
belakang.

Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan
dikenali orang. Si pencuri
itu berkata di dalam hatinya, "Baik aku berjalan bersama di abid ini.
Moga-moga ada juga
baiknya untuk aku."



Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk
berjalan bersamanya. Apabila
ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut.
Dia berkata di dalam
hatinya, "Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku,
takut-takut nanti rosak
segala kebaikan dan amalanku."



Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si
pencuri tadi terus mengikut
si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka
sampai serentak kepada
Nabi Musa a.s.



Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, " Aku
baru sahaja mendapat
wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala
amalan kamu telah
dimansuhkan oleh Allah." Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.
Berbahagialah si
pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan
oleh Allah. Celaka dan
dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun
telah ditolak dan tidak
diterima oleh Allah.



Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka
akan perbuatannya itu.
Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak
dan orang kaya enggan
membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap
kali dia mencuri, dia
amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama
40 tahun dia
menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung
derita. Selama 40
tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan
kasih sayang Tuhan.


Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin
ibadahnya akan dapat
membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah
baik. Setiap kali dia
beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini
mendidik hatinya
supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah.
Hingga dia rasa tidak
layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa.
Dia rasa dia hanya
layak berjalan bersama para Nabi.



Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak
melihat akan amalan-amalan
lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut
apa yang termampu
oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan
kesusahan dan nikmat
untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar
berjiwa hamba dan merasa
bahawa Allah itu Tuhannya.
posted by Mirip at 12:49 PM 0 comments

Thursday, July 12, 2007

tumpahnya kuah ke nasi

Memang betul kata bidalan. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bapa borek anak rintik. Kalau ayah dan ibu melibatkan diri dalam bidang seni, anak pun akan adalah darah seni mengalir dalam dirinya. Kalau ayah seorang doktor, anak pun akan ada juga yang menjejak kaki menjadi doktor tanpa dipaksa.

Aku bukan seorang yang suka bersukan sangat sebenarnya.Aku lebih rela jadi penonton di bawah pohon-pohon rendang memerhatikan orang lain bermain.Kadang-kadang aku jadi tukang sorak kumpulan aku je.Kadang-kadang aku tukang tengok sahaja.

Dalam banyak-banyak sukan/permainan di sekolah. Aku hanya main satu permainan sahaja.Kau nak tahu? Aku hanya main hoki je.Aku hanya hadir latihan hoki je.Bola jaring, bola baling aku tak main.Kalaupun aku main setakat cukup korum je.Sekadar sebab aku disuruh jadi pemain Center. Pemain untuk mulakan baling bola je, lepas tu aku terus kantoi.Tak pandai... heheheh...

Aku main hoki pun saje suka-suka sahaja.Tetapi sebab aku rasa aku boleh dan suka pukul bola tu sekuat hati aku.walaupun kadangkala terbabas juga bola kecil tu tak menepati sasaran.

Tapi itulah,kalau dah kakaknya main hoki, adik-adiknya pula main hoki. Hairan juga aku.Famili aku bukan kaki sukan. Ayah lagi la, dia tak minat langsung pula sebarang permainan ni.Cuma bapa saudara aku je dulu-dulu wakil negeri pantai timur sukan lumba basikal.Tapi dia lain sebab hidupnya hanya basikal sahaja.Tapi itu dulu.

Hari tu, masa aku balik, ada banyak pula piala kat rumah.Rupanya adik aku yang nombor 3 dok main hoki sana sini. OKlah kan sebab budak tu sorang memang suka sukan nampak.Tak macam kakak dia ni.heheheh

Tadi aku telefon mak.Rupanya adik aku nombor empat pun main hoki juga?Haiiii,setahu aku adik aku yang ni tak suka sukan macam aku juga, tapi kenapa pula boleh main hoki jadi player utama?Sampaikan sanggup tak nak ikut mak dan ayah aku datang KL?Pujuk ayah supaya bertolak lepas dia habis main,permainan terakhir yang akan menentukan sekolah dia menang ke kalah? Tapi tak dapatlah pulah ayah ikut pujukan adik aku ni memandangkan ayah kena bertolak pagi.

Agaknya lagi dua tiga tahun, aku akan dapat tahu adik bongsuku pula yang berjinak-jinak dengan hoki.Tapi aku rasa adik kecilku ini akan jadi usahawanita berjaya suatu hari nanti.Bakatnya sudah ada.Tinggal untuk diasah sahaja lagi.InsyaAllah.
Paling kelakar jambu depan rumah yang tak masak lagi dibawa kesekolah dan dijual dengan nilai dua puluh sen sebiji.Itu pun ada orang beli.

"Nape adik jual jambu kat kawan-kawan?" Aku saje nak usik dia.
"Saje je," dia sipu-sipu malu. Iyelah aku kakak sulung yang beza 20 tahun dengannya.Lagak mak soal anak pula. :)
"Ada pulak ye kawan-kawan adik nak beli," aku pancing nak tahu jawapan darinya.
"Adik tanya je.Diorang nak beli.Adik juallah." tulus sahaja adik kecilku ini menjawab.
"Tapi buah jamou tu putik lagi,kan kelat tu" aku korek lagi.
"Mula-mula adik makan, lepas tu diorang pun nak juga.Adik cakap dua puluh sen.Diorang beli," akhirnya itu rupanya yang dia buat ye.

hai budak-budak. Kang kalau tahu dek mak bebudak tu kang yang adik aku jual jambu tak sempat masak , takut kena marah je...heheh...hari tu pulak aku dapat tahu dia potong-potong mangga muda, jual dalam plastik dua puluh sen jugak... insyaAllah bakal usahawan nanti si kecik aku ni.

Sesekali aku tersenyum pula.Benarlah menjadi yang sulung ini perintis kepada segala-galanya. Yah aku bangga menjadi anak sulung walaupun menjadi anak sulung ini hidupnya tidaklah seindah menjadi anak bongsu.Tapi tetap ada yang manisnya.
posted by Mirip at 11:55 AM 0 comments

Wednesday, July 04, 2007

nun di sana cintaku

Disini cinta pun bertemu.

"Nun di sana cintaku".Bisik hati kecilnya.Bagai sebuah cerekarama dalam siaran RTM pula nampak gayanya.

Dia termenung sendirian.Memikirkan untung nasib dirinya.Arah tuju hidupnya.Antara impian diri sendiri dan harapan orang tuanya. Antara keinginan diri membebaskan dari belenggu percaturan orang lain atau terus mengikut dan menurut. Walau hampa dan rasa ingin memberontak ada dalam diri.

Menelusuri hari-hari di perbukitan Cameroon Highlands ini, hatinya sering terimbau kenangan-kenangan lama.Sejak dari zaman kanak-kanak riang ribena, hinggalah usia menginjak dewasa. Benarlah kata orang, biasanya insan berbintang Virgo ini sebenarnya mempunyai jiwa sentimental.Walau nampak agak brutal di luarnya. Brutalkah dirinya? Rasanya dia tidak brutal, tapi dia juga bukan seorang wanita yang pura-pura ayu di hadapan orang lain. Dia cuma mahu menjadi dirinya yang sendiri.

***
"Kenapa dengan kau ni Lan,membebel dari tadi lagi aku tengok?" Anuar akhirnya bersuara setelah melihat Azlan tidak tentu arah sejak akhir-akhir ini. Pagi ni, mulut dia pula yang membebel terkumat kamit entah apa yang dibebelkannya sejak balik dari kelas Advance Mathematics tadi. Aku yang ada tercongok kat depan tv ni pun dibuat dek sahaja, menonong terus masuk ke bilik. Tak boleh jadi ni, kena korek gak rahsia best friend aku ni.

Azlan buat endah tak endah. Kakinya terus melangkah ke biliknya di hujung sana.Biliknya yang kecil tu memang muat untuk dirinya seorang sahaja kalau hendak dikira, tapi untuk sama-sama jimat kos, bilik yang hanya muat seorang dimuat menjadi dua orang.Badan yang berpeluh-peluk dihempas ke katil.Kipas syiling dan kipas meja study dipasang. Arggh nyaman.Matanya terkebil-kebil memandang syiling bilik.

"Woit, angau ke apa kau ni, aku panggil pun buat derk aje,"Annuar sudah berdiri tercegat di depan Azlan.

Aduh, apa sajalah kau ni Nuar, aku nak melayan blues bengang pun tak boleh. Ingin je aku keluarkan kata-katatu tapi tersekat pula di hujung rengkung.Hanya air liur yang tertelan.Azlan membiarkan Annuar di situ.Matanya masih menatap syiling.

"Amboi sampai hatinya dia, aku tanya buat derk aje,blah lagi bagus lah," Annuar melangkah.Pura-pura ingin keluar sebenarnya. Dengan harapan, Azlan akan menahannya.Kakinya sudah hampir benar ke pintu bilik.satu, dua , tiga...

"Aku dah tak tahu nak buat macamana lagi dengan Hany tu,aku senyum pun muka dia macam tu jugak, muka toya dia tu la jugak,kekadang masam macam cuka," Azlan akhirnya bersuara antara dengar dengan tidak.Lirih.

Yes...aku berjaya juga mencungkil apa yang terpendam di lubuk hati Azlan. Menjadi juga ya taktik merajuk tak jadi aku ni pada roommate aku ni.

"Apa?" Annuar pura-pura tidak mendengar.Padahal dia dengar dengan jelas tadi.Saje mahu mengusik Azlan.Masakan tidak mendengar, telinganya kan telinga lintah. Slow macammana pun dia boleh dengar. Kelebihannya itulah yang membuatkan teman-teman serumahnya jadi hairan. Badan dipusing 180 darjah.Perlahan menapak ke arah Azlan.
posted by Mirip at 5:25 PM 0 comments

Monday, July 02, 2007

Hobiku yang satu ini memang tidak mendatangkan hasil.Ya betul, penghasilan dari segi material kalau hendakkan lagi spesifik.:) Tetapi aku kira aku mendapat penghasilan yang lebih dari itu.

Aku memang suka bercerita, menulis tentang kisah-kisah, tetapi tak dapat aku coretkan kesemuanya di sini.Mungkin kerana tidak mahu ada yang terluka sekiranya terkena pada batang hidung sendiri.Aku sekadar menulis untuk melepaskan tension aku semata di sini.Kerana itulah postingku akan ada apabila aku tension dengan orang dan kejadian-kejadian di sekelilingku.

Sebaliknya, walaupun hobiku yang satu ini menyebabkan duitku mengalir keluar dari poketku yang tak seberapa nak tebal ini, tetapi sekurang-kurangnya aku mendapat banyak pengalaman.Berjumpa dengan orang-orang di luar bidang tugas kerja harianku yang kadangkala terlalu amat letih.Letih melayan karenah orang yang bermacam ragam dan letih juga mengadap mesin-mesin dan huruf-huruf ciptaan manusia sendiri ini.

Sebenarnya hobi aku ini menyebabkan aku berpeluang bertemu dengan orang-orang yang aku sendiri tidak sangka akan bertemu. Walaupun ada sesetengahnya hanya bertemu di alam maya, tetapi aku tidak lepas dari mengikuti perkembangan mereka dari masa ke semasa. Ada temanku yang lumpuh, asalnya dia seorang yang sempurna. Membaca coretan hatinya betul-betul membuatkan air mataku tumpah. Apatah lagi posting terkininya tentang kematian anak saudaranya.

Namun,kerana kekangan tugas, aku terpaksa menghadkan dulu semua-semua ini buat sementara waktu. Kepalaku tengah berserabut dengan urat wayar entah dari mana pagi ini. Mungkin kerana hari ini awal bulan dan aku terpaksa susun dan susun report-report, analisis semuanya dan lagi dan lagi. Itulah siapa suruh aku ambil bidang ini dulu ya? emmmm, Sudahlah jangan difikirkan lagi. Itukan sudah takdirnya. Sudah ditakdirkan aku berada di sini. Mungkin ini yang terbaik untukku buat masa ini.

Ok, sampai jumpa lagi ya huruf-huruf dan ayat-ayat di depan mataku ini. Aku harus menumpukan lagi pada tugas utamaku.Lagi dua atau tiga hari lagi harapnya kepalaku yang pusing ini akan kembali stabil....:)

Salam
-Dari bumi KelanaJaya menanti kejayaan-
posted by Mirip at 10:42 AM 0 comments