Catatan Hidup Seorang Aku
Tuesday, August 21, 2007
semangat baru
Pendapat yang sama.Buah fikiran rupanya sama walaupun masing-masing tidak pernah mengenali.Yang berbeza? Jantina.Lokasi Timur dan Barat.
---
Ops satu lagi.
Hari ni memang aku gembira sangat.
Dapat emel dari 3 kawan yang lost contact.
Sorang study Jepun, sorang kawan se USM dahulu
Bila dapat emel dari mereka, kesimpulan yang aku dapat
Trend yang tetiba ada dalam kepala aku
"Kebanyakan yang berjaya hari ini adalah kawan-kawan yang sederhana pencapaian akademiknya ketika zaman persekolahan".
Ya Allah, gembira bukan kepalang tadi bila dapat emel dari Mazni
"Aku tengah further study Phd"
Yang dari Jepun tu pula rupanya dah balik Malaysia.Dulu ambil Master kat Jepun.Tah le tak tanya pula entah-entah dia pun dah ada PhD.Sekarang balik Malaysia.Menetap juga di Kota Bharu.
hanya aku ajelah nampaknya di sini. Niat di hati nak sambung belajar, tapi apa kan daya tak tahu Fokus ke mana lagi..Orang lain dah ke hujung dunia, aku masih di sini.:) Tapi apapun aku tumpang gembira.
Kawan-kawanku semua dah berjaya ya..Gembira sungguh.Di saat dan ketika ini, barulah aku perasan, mereka-mereka ini dahulunya bukanlah top5 atau top10 student ketika sekolah dahulu.Tapi pencapaian mereka ketika ini amat membanggakan.Mereka bukanlah scorer Straight A's,yang famous seantaro sekolah, daerah dan sebagainya, namun itulah yang terjadi berbanding dengan ada antara rakan-rakan yang dahulunya bahasa mudahnya 'glamour', sebut sahaja namanya semua orang kenal, kesudahannya menjalani kehidupan seperti orang biasa-biasa.Bukanlah aku menafikan atau merendah-rendahkan sesiapa, sungguh, susah untuk aku menulis menyatakan pendapatku ini.Takut kalau-kalau ada antara kita yang terasa jauh hati, kecil hati dengan aku pula.
Namun, andainya di ambil positifnya, tidak mengapa kan?.Kembali kepada topik tadi, mungkinkah 'glamour' di awal usia sebenarnya sesuatu yang negatif?Glamour atau dikenali di awal usia, sehinggakan kadang-kadang terlebih tumpuan diberikan.Mengganggu perkembangan diri sendiri?Itu yang aku nampak.
Namun, tidak pula mengambil pukul rata semuanya begitu.Ada juga yang meneruskan kesinambungan kecemerlangan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke alam kerjaya.
Tapi bagi adik-adik yang pernah, atau gagal, atau keputusan peperiksaan tidak membanggakan, jangan sekali-kali putus asa.Jadikan kawan-kawanku ini sebagai teladan dan pendorong.Yang kita yang biasa-biasa ini juga mampu pergi lebih jauh selagi ada keazaman.Tidak semua orang juga ada semua kelebihan.Allah itu maha adil.Cuma, cari dan guna kelebihan diri masing-masing untuk meneruskan dan menggapai apa yang dicitakan.
Sebenarnya di rumahku kini sedang dilakukan sedikit construction.Melihat beberapa pekerja dari seberang bekerja, sungguh tetiba rasa insaf datang dalam diriku sendiri.Sebelum ini aku merasakan aku telah membuat keputusan silap paling besar dalam hidupku, bertukar bidang, bertukar university dahulu.Sungguhlah aku ini tidak bersyukur.Apalah yang perlu disesalkan pada perkara yang sudah berlaku.Yang penting adalah hari depan.Hari atau barang yang lepas tak usah di kenang lagi.Atau kalaupun di kenang, janganlah terus-terusan bersedih hati.
Hari ini, aku datang ke pejabat dengan perasaan baru.Walaupun aku tidak suka, aku benci(kadangkala) dengan kerjaku ini,tapi orang lain lagi ramai yang susah payah dari aku.Ketika aku berada dalam air cond dan dalam keadaan sungguh tension(kononnya),masih ramai di luar sana yang berhempas pulas,tenaga tercurah mengalir tanpa ada apa-apa sungutan pun.Apakah aku masih ingin mengomel itu ini.Walau hanya dalam hati? Sungguh, Nikmat manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman). Sungguhlah aku ini kadangkala lalai dalam nikmat yang Allah sudah berikan.Ampunkanlah aku.
Adakah mereka ada pilihan?Mungkin mereka juga tidak ada pilihan lain.Dalam keadaan negara yang begitu, tentunya apalah lagi yang dapat diharapkan dari rakyat marhaen seperti mereka.Kalaulah mereka boleh dengan sabar menghadapi kehidupan, kenapa aku yang ini tidak boleh? Sungguhlah kejadian dunia ini berpasang-pasangan. Kaya dan Miskin.Kuat dan Lemah.Siang dan Malam.Tiada siang, tiadalah kayu ukur untuk mengukur malam.Tanpa adanya si miskin, tentulah tiada si kaya.Manusia saling bergantungan.Namun,pergantungan yang pasti itu hanyalah kepadamu Ya Allah.Dan aku kembalikan segala ketakutanku,kepercayaanku, dan takdir hidupku seterusnya hanya pada sang Pencipta, Tuhan sekalian alam,Allah s.w.t.
Thursday, August 16, 2007
Cuai orang lain, Padah orang lain
Abang motor kejar Mercedes besar ni dan tunjuk isyarat(faham-faham sendiri lah).Aku pun melajukan juga sang kancilku.Nak lihat sendiri siapa pemandu yang perasan jalan ini dia yang punya. Saat aku memotongnya (ingat, aku masih di lane kanan dan dia di lane kiri) ada akhbar The Sun di depan sterengnya. Amboi, tahulah awak tu sibuk sampai baca akhbar dalam kereta, tapi janganlah pula kerana kecuaian awak tu meragut keselamatan pemandu lain. LELAKI. Biasa kalau kes-kes macam ni, kan orang kata ni mesti driver perempuan. Tapi kali ni, sah, gender tidak memainkan peranan ya dalam attitude pemanduan.(kepada lelaki, jangan marah-ini kenyataan).
Aku dapat rasakan mungkin(ya mungkin sebab tak semestinya tepat),driver Mercedes ni hanya ambil dan tatap akhbar The Sun hanya sebagai escapisme dia untuk lari dari tatapan mata abang motor yang marah pada dia tadi.Mujur jugalah abang motor tu tidak tendang kereta itu.(sebab masing-masing masih memandu kan).. Pernah juga lihat insiden ini suatu waktu dahulu.(Kerana kesalahan kereta itu, pemandu dan pembonceng motor terlalu marah dan menendang kereta tersebut.situation occured at traffic light..emm mungkin sebab masing-masing sedang berhenti, pemandu kereta tidak berani keluar,kali ini pemandunya seorang wanita....)
Ok, kembali kepada pemandu Mercedes tadi.Itu kemungkinan pertama.bak kata Ustaz aku dulu.
"Biasanya fitrah orang yang bersalah ni dia tak berani nak memandang orang yang dia buat salah tu.kalau diperhatikan kat jalan raya macam tulah.Cuba perhati.Orang yang salah mesti tak berani nak pandang orang yang dia buat salah tu." Jadi, macam betul aje apa Ustaz aku cakap..
kemungkinan kedua.Oleh kerana dia dah sibuk sangat nak baca paper masa memandu, itu yang memandu dalam keadaan macam tu.sekejap kanan sekejap kiri tak hirau orang lain. Tapi kemungkinan ini tak logik pula sebab takkan dalam keadaan dia ke kanan ke kiri tu dia sedang baca paper. Jadi kemungkinan pertama tadi lebih kukuh hujjahnya.
Baca paper tu hanya sebagai alasan tidak mahu memandang abang motor yang marah dia tadi.Sebab semasa aku melintas driver ni tadi, dia sedang macam sudah baca-nak letak akhabar The Sun itu ke sebelahnya.
Itulah.tahulah awak tu orang kaya.Bawa kereta paling gah di dunia.Akulah engineer paling berwibawa dalam dunia ni.(sebab ada topi Engineer putih tu kan kat dalam kereta dia). Tapi tolonglah berhati-hati sikit bawa kereta tu. Tahulah aku ni Sang Kancil yang tak sedar diri ada dalam lane paling kanan, tapi tolong hormati aku yang juga bayar cukai jalan ini.Tolong jangan sesuka hati masuk kanan masuk kiri. Tahulah kalau aku tak sempat brek tadi, kereta aku yang remuk, dan mungkin aku yang kojol dulu, sebab aku sang kancil dan kau Mercedes, kereta yang kuat tak ada apa-apa berlaku pada driver. Tapi aku betul-betul sakit hati pada orang yang terasa diri dia raja jalan. Orang macam ni kalau jumpa dengan samseng jalan raya, haa barulah kena buku dengan ruasnya.
Eh, cik abang, zaman sekarang ni, dah tak heran la pakai Mercedes ke, pakai Camry ke, kalau nak accident, accident juga. Sebab apa? Sebab adanya orang-orang macam saudara lah yang terlalu perasan kaya.Macamlah bagus sangat bawa Mercedes tu.Macamlah kalau pakai Mercedes tu, wahh semua perempuan akan tergila-gilakan aku lah nih..aku kan Engineer...Entah-entah topi putih tu topi pinjam je..hahaha zaman sekarang bukan boleh percaya sangat..Entah-entah tu topi orang lain ke, topi wife dia ke, ala zaman sekarang ni, ramai juga yang menumpang atas nama isteri dia...(kaum ADAM, don't feel angry with me..so sorry not all of you, but some of you did it).
Atau kan, sebenarnya yang parah lagi... kereta tu bukan yang dia punya pun, kereta pinjam atau dia sebagai driver kereta tu... hahahha... tapi kalau aku tengok muka cam berlagak aje... Itu yang lagi aku geram tu...
Cerita pasal pemanduan ni.. ada satu lagi kes yang aku nak cerita la kat sini. Satu hari, ketika di salah satu tol, semua orang sedang beratur, tetiba sahaja ada dua buah kereta ni memotong..aikk... tetiba aje mamat ni dok sebelah aku... ooo nak masuk line aku la nih ye... nak jalan mudah ye.. orang lain beratur elok aje dia nak potong queue, aku apa lagi, tak bagi can la,..tah camana aku pun mood tak mahu beralah hari tu.. heheh (jahatnya aku).. dia jalan depan, aku jalan depan lagi. aku tak bagi can dia mencelah depan aku..hahahha...dia depan, aku depan.. mestilah dalam hati dia tu kata..
"kereknya minah ni..tak bagi aku mencelah ..macam bagus,macam lawa sangat bla bla bla...."..ops ini assumption aku je ye heheh..
dia nak gi depan tak boleh sebab depan dia ada juga minah lain kat depan.. oh ya minah ni pun sama species la ngan dia , jenis potong queue.
Last-last dia tak dapat mencelah depan aku, akhirnya dia masuk belakang aku .. tak kisahlah kan...janji belakang aku.. walaupun mestilah kereta belakang aku tadi pula yang nak marah ...emm tapi lain la kalau dia jenis yang penyabar, baik hati etc :)....
Dah nak sampai dekat nak bayar tol ni kan.. hhahha. ini kalau ingat nak tergelak juga,,, sebab minah depan mamat ni tadi nak masuk la depan aku sebab kalau dia depan lagi, jawabnya dia langgar tiang la kan...kekek.. aku kan jahat juga...selagi aku boleh ke depan aku ke depan lagi...last-last dia angkat tangan minta isyarat aku bagi dia masuk lane tu...heheh aku pun bagilah dia masuk...walaupun sebenarnya kalau aku berdegil, lepas lagi kalau kereta aku yang nak lalu..kereta aku kan cute aje..mestilah muat..takpelah :) kalau aku tak bagi lagi, itu jahat tahap gaban la pula aku ni... :)
Moralnya kat sini.Jangan ingat sebab aku drive kereta paling murah dalam Malaysia ni, tapi janganlah sesuka hati potong-potong queue lak. Orang lain boleh dengan sabar beratur dari hujung sana, takkanlah awak-awak semua tak boleh..Tolong belajar erti sopan sikit ya...Tak kisah la samada orang tu naik kereta apa, sebab zaman sekarang ni, kereta tak menjamin kedudukan seseorang pun. Ada orang memang pakai kereta besar, tapi itu semua hanya untuk imej, sedangkan duit tak ada pun.. (sorry, bukanlah semua orang macam tu, tapi ada orang yang macam ni..)
Dalam keadaan tertentu, aku mudah kesian pada orang, tapi dalam keadaan tertentu, hati aku kering...
Sorry again if my article here is hurt your feeling out there.However, i feel like to blogging here to express my frustration about attitude of some drivers.Sorry again. :)
p/s: tak semua yang memandu kereta mewah tu kaya. dan tak semua yang naik motor tu miskin.Ramai juga yang naik motor tu sebenarnya Project Manager,Engineer.Aku tahu sebab ramai kenalan aku pun naik motor pergi kerja.Housemate aku pun.Boss-boss aku pun.(dan mereka pun ada MPV).Mereka naik motor bukan sebab tak ada duit nak beli kereta tapi untuk mengelakkan dari jammed jalanraya.Tolong hormati mereka juga.Aku pun selalu juga jadi pembonceng motor, thats why aku marah kalau pemandu kereta buat seolah-olah pemandu motor ni tak wujud di jalan raya.Dan aku pun ada ramai juga kawan-kawan engineer,tapi tidak la perasan, lifestyle macam biasa aje.Masih berpijak di bumi nyata. Kerana itulah kita semua ni. Sama sahaja. Darah merah juga . Ke ada yang berdarah putih? (exceptional for only Mahsuri :)
Jangan juga bila dah terjadi sesuatu barulah nak buat itu, buat ini.Nak buat apa lagi.Semua dah terlambat.Yang pergi tetap pergi.Tak mungkin akan kembali lagi. Macam kejadian kematian 20 mangsa kemalangan bas express baru-baru ini.Traggic accident.Sedih baca kisah-kisah keluarga mereka.Menunggu ketibaan yang tersayang namun, yang dapat dilihat hanya jasad terbujur kaku.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh dan Solehah.InsyaAllah andainya perjalanan adalah dengan niat yang baik,dapatlah mati syahid. Bukan 'Mati Sia-Sia' sepertimana tajuk akhbar Kosmo hari Selasa lepas.
Wednesday, August 15, 2007
luluhkan hatiku
p/s: Ayat tidak dalam susunan yang betul seperti dalam novel.Akan dibaiki apabila teks ada didepan mata nanti. Sekarang tulis apa yang ada dalam kepala sahaja.
--
"belilah"
"Saya tiada anak kecil"
"Belilah.Saya doakan saudara mendapat isteri yang solehah,cantik,anak-anak yang cerdik,rezeki yang berkah dan melimpah ruah,hinggakan saudara dan anak cucu saudara tidak perlu berjualan seperti saya di bawah panas terik dan basah oleh keringat peluh.Belilah agar ianya dapat memberi semangat kepada saya untuk terus berjualan"
Siapa yang tidak tersentuh hatinya mendengar orang mendoakan begini.Aku lantas membeli.....
--
Keratan novel di atas berjaya membawa hati pembaca(baca: aku) luluh.Saat itu, aku dapat merasakan perasaan sang penjual.Bagi anak orang berada yang ibu bapanya bekerja dalam kesejukan air cond ,hidup bagaikan sang putera puteri dan sebagainya, tentulah ayat-ayat di atas tidak membawa kesan apa-apa.Orang putih kata ."Nothing". Tetapi bagi seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang berniaga kecil-kecilan, aku tahu setiap pembelian dari pelanggan adalah rahmat dan kegembiraan pada kami.Semakin ramai pembeli, semakin bersemangat untuk meneruskan hari-hari walaupun penat dan letih tidak terkira.
Begitu jugalah, aku 'salute' pada adik-adik salesman,salesgirl yang menjual mainan atau lebih baik lagi sekiranya yang menjual buku-buku.Mereka tidak menghiraukan perasaan segan dan malu bertanya kepada sesiapa yang lalu lalang untuk membeli buku-buku mereka.Memang betul, mereka hanya mendapat komisen hasil dari jualan tetapi semangat mereka yang aku kagumi. Bukan mudah untuk memujuk orang membeli produk kita.Kadang-kadang aku membeli dari mereka,kerana aku dapat merasakan dia seperti sang penjual tadi, dengan harapan setiap pembelian itu semakin meninggikan semangat mereka selain dari produk yang mereka berjualan itu.
Senario hanya kepada penjual buku-buku atau toys game for kids tapi tidak kepada Kredit Kad :). Aku tidak merasa tergugat dengan pujuk rayu sang penjual untuk aku menambahkan lagi hutangku.Maaf sekali lagi. Walau dikejar-kejar, ditanya-tanya, aku tetap dengan gelengan kepala dan tunduk dan terus jalannnnnn...........
Jadi pada adik-adik yang berjualan itu, Tahniah. Pasti suatu hari nanti, adik-adik inilah yang akan menjadi salah seorang usahawan nanti.InsyaAllah. I am with you.(even all of you tak kenal pun saya...hehhe)
Wednesday, August 08, 2007
Ayat-Ayat Cinta
Habiburrahman berjaya mengolah, menulis ,menceritakan (mungkin apa yang tertulis adalah campuran kisah-kisah kehidupannya sendiri plus rekaan), namun aku terasa Fahri itu wujud. Walau memang agak sukar kini berjumpa dengan lelaki sebaik Fahri, dengan adanya bingkisan Ayat-Ayat Cinta ini sekurang-kurangnya masih ada lagi watak seideal Fahri.Yang mungkin akan menjadi teladan, ataupun idola bagi anak-anak muda remaja mengikuti langkahnya.(tidak kurang yang sudah dewasa ini)
Aku dapat membayangkan dalam keadaan cuaca empat puluh satu darjah Celcius, kehangatan yang membakar ubun-ubun kepala.Mungkin juga kerana latar kisah ini berdasarkan nama tempat sebenar, watak seolah-olah berjalan dan hidup.
Walaupun ada juga terbit dalam hatiku, mungkin penulis terpengaruh atau pernah membaca buku MARIA karya karya Aminah(ohh aku terlupa ejaan nama penuh penulis MARIA kerana sebutan dan nama Turki) yang diharamkan penjualan buku ini di Malaysia. Kerana adanya watak MARIA-pelakon pembantu utama(kalau difilemkan).MARIA yang kedua-duanya akhirnya memeluk Islam.Arggh tidak kisahlah, itu mungkin sahaja sumber inspirasinya ketika mencipta watak Maria. Tak mengapa, nanti aku tanyakan pada sang penulis berkenaan hal ini.
Pengorbanan Aisha seorang isteri pula mungkin diinspirasikan dari Saidatina Khadijah r.anha. Dan Noura bersumberkan Zulaikha.Pengorbanan Aisha saat membenarkan Fahri berkahwin dengan Maria demi beberapa nyawa.Sungguhlah aku seolah-olah menjadi Aisha la pulak.(walaupun aku tak mungkin menjadi sepertinya yang cantik kacukan Turki dan Jerman, aku pula Melayu tulen, dia solehah, berpurdah, manakala aku wanita biasa-biasa, dan Aisha anak usahawan kaya raya, aku ini jauhlah dari itu semua).
Aku jadi sayang sungguh pada bukuku yang satu ini.Terasa-rasa terbayang-bayang pula alangkah damainya hatiku kiranya buah hatiku, 'ustazku' @ anakku nanti bakal menjadi Fahri.hehehe Angan-angan yang insyaAllah menjadi kenyataan dengan izinNya. Sungguh selepas aku membaca kisah ini, aku akan merelakan andai suatu hari nanti, aku akan benar-benar berpisah dengan anakku untuk menggapai ilmu di bumi Mesir atau juga mana-mana Tanah Anbiya'.. Tapi jangan pula dia menerima nasib seperti Fahri yang diseksa.. Aku betul-betul merasakan sakitnya disebat..Arrghh jauh sungguh lamunanku. Tapi biarlah.. moga-moga dia salah seorang dari sekalian banyak generasi kini yang berhempas pulas di tanah orang mencari ilmu. Aku redha walau sebelum ini aku hanya mampu dan ingin dia belajar di tanahairku ini sahaja..(terlalu mementingkan diri sungguh aku ini)
Ehh apa pula yang aku tuliskan ini? Jauh sungguh impianku.Tak tahu akan tercapai atau tidak.
tapi memetik kata-kata Fahri.
"Andainya ada tujuan, pastinya akan berjaya juga walau jalannya berliku
berbanding jika tiada tujuan,tentulah tidak berjaya walau jalannya mudah"
(quote kata-kata Fahri tidak tersusun).
Kepada anda yang membaca coretan ini.
Luangkanlah masa membaca buku ini.Novel islami yang ku kira penuh dengan ayat-ayat cinta!
ops ada juga sedikit-sedikit kesalahan terutamanya ejaan,nama Aisha tertukar dengan nama Noura(sekali tertukar), dan sedikit-sedikit bahasa Indonesia, yang boleh diperbaiki lagi untuk cetakan yang seterusnya.
4 1/2 bintang