Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, January 31, 2008

Kehilangan besar negara



Berita TV3 semalam memaparkan dua berita kematian tokoh terkenal berlainan bidang.
Waktu pulang ke rahmatullah hampir sama.

Bukan menidakkan laporan, namun melihat paparan berita, hati sedikit terusik apabila langsung tiada paparan lanjut mengenai bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom.

Institusi media menunjukkan seolah-olah kehilangan beliau tidak meninggalkan kesan apa-apa dalam pembangunan negara.

Untuk itu, saya mengambil inisiatif ini untuk menyatakan pendirian saya Pemergian bekas Mufti Selangor satu kehilangan besar kepada rakyat.

Labels: ,

posted by Mirip at 11:46 AM 0 comments

Tuesday, January 22, 2008

Tulisan anda gambaran diri anda

Subhanallah, Maha Suci Allah.Kalimah ini saya mulakan hari ini menggambarkan betapa selama ini saya tidak menyedari keadaan ini.

Sesungguhnya saya benar-benar tidak menyangka ilmu yang sedikit yang saya simpan selama ini benar-benar mendatangkan manfaatnya kepada saya.Benarlah kata orang, ilmu kalau disimpan memang tidak akan membawa hasil sedikit pun. Sebenarnya bukan niat saya untuk menyimpan, namun sudah menjadi fitrah diri saya bersikap low profile.Dan segala-galanya tidak saya tunjukkan.
Hari Ahad lepas, saya menghadiri satu bengkel untuk mengisi masa lapang saya dan juga memenuhi hobi saya yang ditinggalkan di belakang selama ini.
Dari situ, Guru saya Puan Ainon telah meminta peserta menuliskan 5 tajuk yang difikir sesuai.Entah ilhamnya datang dari mana, saya pun tidak tahu, 5 tajuk yang terlintas secara langsung dalam fikiran 'on the spot' tanpa dirancang itu saya tuliskan di atas kertas dan diserahkan kepada Guru saya.

Saat Guru menuliskan di papan hitam, Guru meminta tulisannya dianalis. Sepintas lalu saya menganalis serba sedikit dan betul-betul saya tidak menyangka ramainya orang berminat dengan apa yang saya sampaikan rupanya.Topik saya mengenai kaitan tulisan dan personaliti itu rupanya diminati ramai. :)

Waktu tengahari, beberapa rakan meminta tulisannya dianalisis.Saya melakukannya secara santai. Apa yang menggembirakan saya, mereka amat suka dan salah seorang darinya menghadiahkan saya satu buku nota kecil yang amat cantik. Katanya, sebagai yuran 'ceramah' saya ke atas tulisannya. Arrghh benar-benar saya tidak menyangka.Usaha saya yang sedikit itu pun dihargai mereka.

Hari itu memang meninggalkan kenangan manis buat saya. Selain dari mendapat teman-teman baru dari pelbagai latar belakang, saya juga rupanya tahu sedikit kelebihan diri yang saya simpan dan tak pernah hebahkan pun selama ini.Benarlah kata orang-orang yang berjaya, buatlah apa sahaja asalkan kita minat, kejayaan akan datang selepas itu.

Di saat-saat kepala saya agak pusing dengan kerja-kerja pejabat yang tidak putus-putus, sekurang-kurangnya saya gembira bila mendapat tahu hobi saya ini sebenarnya ada manfaatnya buat orang lain.
posted by Mirip at 10:13 AM 0 comments

Thursday, January 17, 2008

Lepas lagi?

Petikan Utusan

Nurin Jazlin, 8, hilang pada 20 Ogos lalu dekat rumahnya di Wangsa Maju di sini. Mayatnya dijumpai di Petaling Jaya 27 hari kemudian.

my comment.
1.Nurin-Hilang Wangsa Maju, arwah ditemui di Petaling Jaya
2.Nur Fatihah- Hilang Taman Medan Petaling Jaya, ditemui di Wangsa Maju.

Memang macam ada kaitan. Polis tolonglah siasat segenap ceruk Wangsa Maju-tentu ada bukti di sekitar kawasan Nur Fatihah ditemui.

Tidak mahu terjadi Nurin kedua sebulan dari sekarang.

Anekdot:
Kalau bullet train kat Jepun yang kemalangan, pemimpin teratasnya yang mengundur diri letak jawatan.Kalau fikir, tak ada kaitan pun dengan dia kan.Kagum dengan prinsip mereka.Kamikaze era moden.Kagum dengan Jepun.Kagum dengan Korea.
posted by Mirip at 10:15 AM 0 comments

iv- Erti Cinta

Apakah peristiwa yang masih anda ingat membabitkan kadar adrenalin yang tinggi menjalar di seluruh anggota badan anda?
Antara yang diingat ialah:
1.Saat menerima panggilan pertama dari insan berlainan jantina.Tangan jadi lemah,jantung berdegup macam nak pecah,untuk cover semua itu, intonasi suaraku sudah tidak normal.Soalan disambut dengan soalan kembali.Jadi garang.Sebenarnya itu bukan diri sebenar aku, tapi akus pun tidak tahu kenapa terjadi begitu.360 darjah berbeza.Sehinggalah keesokan harinya, aku diberitahu teman yang menelefon merah parasnya dan sedih perasaannya.Aku minta ampun!!Emmm sampai saat ini pun,masih berbekas rasa kesianku pada dirinya atas perbuatan 'jahat' aku.

2.Surat pertama mengandungi kata-kata pujangga ingin menjadikan aku teman hidupnya.Hah? Secepat itu? Macamana dia tahu nama aku walaupun yang ditulisnya itu sebenarnya nama gelar untuk anak-anakku sekarang kepada aku kini? Siapa gerangannya dia? Rupanya selama aku menunggu naik bas dengan kakak-kakak serumah ke kilang, dia memerhatikanku.Selepas kakak-kakak itu memberitahu insan itu, aku jadi takut sampai memang akan melarikan diri.Tidak sempat untuk cam mukanya betul-betul.Emm kesian juga dia sebab aku lari macam lipas kudung naik apartment sebaik melihat dia.Maafkan aku.

3. Panggilan pertama ke rumah ibu bapaku. Panggilan diterima ketika sedang makan. Symptom kes pertama menyerang lagi. Cuma kali ini tindakbalasku tidak lagi seperti kes no 1.Soalan disambut dengan jawapan kali ini.Sebaik gagang diletakkan, kembali ke hidangan. Tangan masih tiada upaya diangkat untuk makan selaju tadi.Symptom masih ada, terus ditanya oleh ibu dan jawapan telus dihulur.Akhirnya kini orang itu yang menjadi teman serumahku?.Emmm

Tidak tahu pada orang lain, tapi kalau dikenang semula,itulah diriku suatu waktu dulu.Mungkin kerana cinta tidak pernah menjadi agenda dalam hidupku.Lantas saat cinta hadir menawarkan diri, aku jadi gabra tidak tahu apa harus dibuat. Kerana suatu waktu dahulu aku memang membenci cinta. Dan seangkatan dengannya. Juga jadi takut pada lelaki yang ingin menghulur cinta. Takut sehinggakan aku jadi bukan diriku lagi. Berlainan pula andai sekadar menjadi kawan-kawan biasa.Aku tidak ada masalah berkawan dengan siapa-siapa pun. Tangan aku tidak jadi lemah,aku tidak jadi garang,jantungku tidak berdegup bagai ingin pecah kalau aku tahu dia tidak ada apa-apa perasaan selain menganggap aku ini kawannya. Jadi, perhubungan itu memang berterusan sampai bila-bila.

Akhirnya aku sedar yang kematangan itu datang seiring usia.Semakin usia meningkat, kematangan juga meningkat.Jadinya kini kalau diingat kembali semua peristiwa yang menjadi ketakutan dalam hidupku suatu waktu dulu adalah saat-saat manis yang indah untuk dikenang.Tentunya proses pembelajaran itu memang akan sentiasa berkadar langsung dengan perjalanan waktu. Dan inilah catatan perjalanan seorang aku. Seorang aku yang hanya aku yang tahu rahsianya.:)
posted by Mirip at 8:36 AM 0 comments

Wednesday, January 09, 2008

ceriakan harimu

I am happy today.
Tak tau
Rasa happy
Mungkin sebab dah ramai tahu aku ada jual daging rusa.
Dan mungkin juga atas sebab-sebab lain.
Ohh mungkin sebab dah ramai gak yang tahu pasal magnetik.
Eh happynya kalau tiap-tiap hari hati ceria macam ni.
Tapi hidup ini roda
Kadangkala pasti ada hiba menyusup datang
Disulami keceriaan pula lepas beberapa detik.

Arrgh hidup ini memang macam roda.
Itulah masam manis kehidupan.
Asam garam hidup.

Oh ya my friend Alhamdulillah dah sedar dari komanya,
Mungkin minggu ni perutnya akan 'ditutup'. I don't know what term to use.
Syukur, syukran...
Maybe this is one of the reason.
posted by Mirip at 1:52 PM 0 comments

Water Treatment Reform System

Attending class water treatment tonight.
Sebelum ni memang dah ada sedikit kesedaran mengenai kepentingan pengambilan air bersih. Dah tahu pasal bahaya klorin sikit-sikit.
Tadi, bila dengar secara details pasal-pasal air ni,talk by Ir. Puan Maznah, tak syak lagi water treatment adalah satu keperluan wajib yang perlu ada dalam setiap rumah.

Ilmu yang aku dapat tadi bolehlah dirumuskan:
1.Fungsi air
2.Keadaan, Kualiti dan Kepentingan air
3.Kesan pengambilan air berklorin
4.Technical Aspect

A.Fungsi air(semua orang dah tahu cuma samada ambil berat atau tak, selepas ini aku akan banyak minum air berbanding sekarang yang hanya 3-4 gelas sehari)
1. Elemen asas yang penting, badan ada >70% air
2. Mengawal atur suhu demam (oo patutla kalau demam, mak suruh minum air banyak-banyak).
3. Membuang sisa badan
4. Menghasilkan gigi dan tulang yang kuat
5. Agen pengangkut mineral
6. mencegah sembelit
7. Otak,paru-paru, hati, ginjal,saluran darah (komposisi > 80% air)

Kita adalah apa yang kita minum.
Dan proses nak sakit tu bukanlah minum hari ni,esok sakit. Ambil masa yang lama untuk penyakit-penyakit tu dapat dikesan.

Facts: link later
Menurut pakar kesihatan Jepun, air yang mengandungi racun arsenik mengambil masa 8-10 tahun baru dapat dikesan penyakit

Situasi Malaysia:
Asap-asap yang dilepaskan mengandungi pelbagai toksik, plumbum,merkuri-boleh membawa kepada kecacatan janin.Terutamanya kita-kita yang tinggal di KL ni.Water treatment bukan lagi keperluan tapi kewajipan.

Klorin adalah perosak dan pembunuh paling hebat zaman moden.

Sanggupkah kita minum 1 cawan bahan kimia? Tak sanggup kan...
Patutla kalau kita pelihara ikan, dan hanya letakkan ikan-ikan kita tu cantik berenang macam tu je, nenanti ikan-ikan tu akan mati sendiri.
Makanan ikan dah bagi dah. Sistem air dah OK. Rupanya tak letak alat pembuang clorin tu.

B&C Kesan pengambilan air tidak bertapis (Air kita yang secara automatiknya ada clorin ni)
-kolera/taun/(emm musim-musim banjir ni :( )
-cancer, hepatitis A

Cancer stage
Stage 1 ---> Stage 2 ---> Stage 3 ---> Stage 4
effect
(Sel) ----> (tisu) ---> (organ) --->(system overall badan)

Sistem rawatan air
Sungai/tasik -->Loji pembersihan(tapis)
--> +kapur (untuk buang busuk hanyir segala)+tawas (untuk jernihkan air)+klorin (bunuh bakteria/water born deseases)
--->KE SALURAN PAIP --> PAIP RUMAH

Paip tu pulak kalau ada karat-karat tu?
Tangki air rumah?
Oohh tiidakkk...

Soalan :Kalau dah tahu clorin tu merbahaya, kenapa letak juga?
Jawapan: Tak ada cara lain utk bunuh segala kotoran bawaan air kecuali dengan cara tu dalam mana-mana rawatan air.
Soalan :Jadi?
Jawapan:Menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan air yang kita consume tu adalah air bersih, tulen, tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia yang dinyatakan di atas.

Jadi?
Allah dah jadikan setiap permasalahan tu ada penyelesaiannya.
Solution: Water treatment.

konsep dia-kembali kepada alam semulajadi kita. Dari tasik/sungai, melalui proses pemeluwapan, jadi awan, turun balik dalam bentuk hujan, hujan turun melalui gunung-ganang,masuk dalam lapisan-lapisan tanah...kembali menjadi air. Dan air yang terbaik adalah mata air. (Air zam-zam berpunca dari mata air).
Macam kita belajar dulu, pernah buat ekseriman kan,air ditapis oleh lapisan-lapisan tanah yang berbeza. Untuk dapatkan mineral,ion,magnet dan sebagainya.
Konsep alam ciptaan TUhan yang lengkap inilah yang diulangi/ditiru oleh manusia dalam penghasilan water treatment.

D. Technical aspect
5P+1F

FIR= Far Infa Red kebuk= molekul2 air yang bergetar tu berupaya memecahkan molekul-molekul yang padat tu menjadi "longgar".
Senang pengaliran air dan oksigen tu diangkut ke seluruh badan.

Memandangkan peri pentingnya water treatment ini dalam kehidupan seharian kita dewasa ini, aku rasa menjadi tanggungjawab aku untuk memperkenalkan kepada kawan-kawan/masyarakat dan sesiapa sahaja di luar sana.

Setakat ini sahaja yang aku boleh tuliskan secara ringkas.Sorry tiada lukisan untuk aku lukis disini. Boleh buat research sendiri.
Kepada sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, do contact me.Or just leave your message. I will be there to help you.InsyaAllah.

Labels: , ,

posted by Mirip at 12:17 AM 2 comments

Tuesday, January 08, 2008

pencarian kawan-kawan lama

Entah kenapa pagi ni teringat pula pada kawan-kawan lamaku
1.Dr Julaina
2.Dr Hasliza
3.Dr Azlina
4.Dr Azmaniza

Dimana mereka sekarang? Lost contact terus.Kalaulah mereka terjumpa blog ni, do contact me.

Yang masih berhubungan
1. Dr Khadijah (Hosp Serdang,sepatutnya hari ni due date jangka kelahiran new baby born)
2. Dr Azi (USM)
posted by Mirip at 10:13 AM 4 comments

Saturday, January 05, 2008

misyari

Labels: ,

posted by Mirip at 11:31 AM 0 comments

Wednesday, January 02, 2008

Apa dah jadi dengan Malaysia?



‘Sayalah orangnya’ -- Pengakuan Menteri Kesihatan mengenai isu DVD seks libatkan ahli politik

Apa dah jadi? Benarlah di akhir zaman ini, golongan yang menjadi pemimpin adalah orang yang tak sepatutnya menjadi pemimpin.Juga orang ditakuti kerana kezalimannya.Juga hadis dari Nabi Muhammad yang ada kaitannya juga:Tunggulah kebinasaan sesuatu kaum andai sesuatu jawatan dipegang oleh orang yang bukan ahlinya.
Kalau dahulu, soal akhlaklah yang paling dipandang.Itu adalah kriteria utama.Mengalahkan kriteria-kriteria lain.Pemimpin adalah contoh kepada anak buah di bawah pimpinannya.Andaikata ibu ketam berjalan bengkok, bagaimana mungkin beliau ingin mengajar anak-anaknya berjalan betul?
Tapi kini? Masih menghulurkan huluran simpati. Sungguh tak masuk akal.
Tulisan ini adalah secebis ekspresi diriku pada apa yang terjadi.
Bangkangan hatiku terhadap persekitaran.

Malaysia, cemerlang gemilang
Malaysia kebanggaan negara
Malaysia
Malaysia boleh!!

Labels:

posted by Mirip at 8:42 AM 0 comments