Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, February 26, 2009

Braveheart

Untuk pertama kali aku nak ucapkan tahniah dan syabas kepada RTM2. Atau nama baru TV2dah kot sekarang.Tak pasti sebab aku bukan kaki tv.
Tapi kali ini memang aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Ketika heboh isu katak-katak di satu negeri hari tu, dan aku pun tengah tak de kuasa nak tengok berita atau apa-apa rancangan kat tv. Apatah lagi aku memang sedang memboikot TV3 yang beritanya bukan lagi berita, siarannya pun dah penuh dengan rancangan realiti yang entah apa-apa. Ya aku akui aku yang konvensional, aku yang terpinggir dan aku yang anti TV3.

Lalu tanganku, mungkin dengan kuasa Allah jualah, yang menekan remote di kaca TV. TV2. Ada cerita perang-perang. Waaa... macam tak best. Tapi watak utama hero dia pakai skirt?Isk macam best plak. Tengok dan tengok. dan Yuppaaa... aku tahu lagu tema ini. Aku dah lama minat. Aku boleh nangis shahdu kalau dengar. Aku yang buta muzik ni boleh pula berangan nak main piono nak main lagu ni. Ooohhhhh no.... This is what i am searching for all this while!.

Nothing new. Rupanya cerita tu adalah cerita BRAVEHEART, lakonan MEL GIBSON. Ohh aku tak cam MEL tapi aku tahu kalau BRAVEHEART dia yang berlakon. Uhuhuhu....

Aku dan anak teruna tengok sari satu scene ke satu scene. Anak teruna pun semangat."Tumbuk dia, tumbuk dia..lawan, lawan..." masa tu scene orang jahat negera mana tah tengah serang orang-orang rakyat biasa(kaum Mel Gibson).

Dan lagi dan lagi perang. Lagi lawan.. mati, kalah, menang, etc etc.

Bab-bab akhir, Mel Gibson bengang sebab ada orang mengkhianati dia. Bangsawan tu dah janji nak tolong dia tapi mungkir janji kerana dapat ganjaran tanah dari Raja England. Dia bengang la kan, (kalau aku pun bengang gak, yeah i kan emo person, kwang kwang kwangg)... dia pun pi bunuh sorang-sorang. Apa lagi Mel dah mengamuk sakan. Takut habis la bangsawan-bangsawan kaki lompat tu. Kecut la perut dia, dah cakap sama-sama sendiri. "Eeeiii takut, takutttt....".... Aku yang jahat ni pun kata lah kat hati aku sendiri,, "Haa rasakan, padan muka kau."

Tapi biasalah, hero kan. Dah biasa la tu kena tipu, kena khianat, tapi masih jugak think positif. Akhirnya terjerat masuk perangkap Raja England. Part-part yang lagu tema dimainkan. Part-part kaki tangan dia kena tarik.

Coinsidence or not! I'm not sure. Tapi mungkin bagi sesiapa yang terfikir macam aku, faham maksudnya. Very relevant with the current issues.

Tahniah kepada mereka. Tapi jangan lah pula kerana artikel ini, mereka pula yang terkana kesannya.Aku doakan mereka selamat. Mereka = pun braveheart juga!
posted by Mirip at 10:36 AM 0 comments

Tuesday, February 24, 2009

17 (part 2)

Tak perlulah ungkapan kata "tumpang bersedih dikeluarkan," kalau ia sedikit pun tidak ada keihklasan di dalamnya. Tidak lah perlu pura-pura menunjukkan wajah bersalah kalau yang benarnya tidak ada sekelumit pun rasa bersalah itu hadir di sanubarimu.

Apalah ertinya kesedihan, apapun juga kata- kata tidak dapat menyamai apa yang sekeping hati merasakan. Apalah ertinya kedukaan pada orang yang tidak pernah mengalami penderitaan pun dalam hidupnya. Maka itu ungkapan kata " berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" itu memang benar belaka.

Batu yang dihempap pada bahunya ini kadangkala ingin rasanya dia buangkan ke sungai. Lalu dia campakkan batu besar itu, dan campakkan juga dirinya ke dasar sungai itu. agar segala bebanan hidupnya dapat terlerai, dan dia pun sudah tidak lagi perlu hidup dalam dunia yang semakin kejam ini!

Kalau diikutkan hati mudanya, memang mahu sahaja dia tamatkan sahaja riwayat hidupnya yang penuh dengan kepedihan ini. Ya, orang mungkin sahaja melihat dia gembira, melihat dia itu dan ini, tapi apakah mereka tahu perang apakah yang ada dalam batinnya?

Tidak! Tidak akan ada sesiapa yang tahu apa juga penderitaan hidupnya. Apakah anak-anaknya yang berbaris itu, apakah abang kakaknya, atau apalah lagi ibunya? Tidak sama sekali dia akan lontarkan dan luahkan segala kekusutan ini pada orang lain. Adalah lebih afdal bagi diri seorang dia untuk menanggung sendiri. Apakah dengan melibatkan orang lain itu akan segera menyelesaikan segala permasalahan dirinya?

Air sungai yang mengalir perlahan, tidak pernah melupakan tabii sifat alamnya.Tenang dan mendamaikan. Dari riak air yang menggetar perlahan, tidak siapapun tahu apakah harta karun yang ada di dasarnya, atau apakah pula kedalaman dasarnya.

Dia ingin sekali tahu. Biarlah kalau orang tidak mahu tahu kedalaman sungai itu pun , tapi dia mahu tahu. Dia mahu meredah sungai yang tidak pernah berhenti mengalir itu, tidak kira dalamnya di paras lutut, paras pinggang, paras hidungnya, atau paras mata kebil-kebilnya. Atau juga dia yang berada di bawah paras air itu.
Dia mahu buangkan semua apa yang ada pada bahunya, pada kepalanya dan pada badannya.
Dia tidak mahu lagi menanggung batu-batu besar itu, mahu melepaskan sungguh-sungguh.
Tapi bagaimanakah caranya?

"Wahai fikiran, kau berikanlah aku ilham, jawapan keluar pada semua ini wahai fikiran," dia mengarahkan akal fikirnya turut bekerja, jangan sampai hanya tahu ada di atas kepala tapi tidak mampu berbuat apa pun untuk membantu keserabutan tuannya.

"Kau mahu tahu?" tanya fikiran.

"Iya."

"Kau terjun sahaja dalam sungai itu. Habis cerita dan batu atas bahu kau terlepas.Kan senang!" Senanggggg.. senanggggg.. senangggggg... berdengung dengung kalimat itu mengisi suasana petang.

"Betulkah?"

"Ya betullah.. kenapa kau tidak percaya? Kalau kau tidak laksanakan,mana kepercayaan itu akan datang? Kau buatlah dahulu, kemudian baru kau percaya."

Diam. Dia angguk-angguk kepala. Senyum. Kaki kiri melangkah ke depan.

"Coppp. copppp.. Apa kau buat itu Chah?" suara mendayu menyapa telinganya. Dia berpaling ke kanan. Tidak ada sesiapa di situ. Hanya pohon-pohon nyior melambai-lambaikan pelepahnya. Hanya ada batu-batu kecil coklat muda dan tua berbaris menemani gigi sungai." Aneh, takkan pohon itu yang bercakap denganku?Takkan pula batu-batu yang bagaikan mempamerkan senyuman anggun itu yang menegurku?"

"Akulah yang bercakap denganmu."

"Siapa?"

"Abaikan saja siapa daku.Apakah kau sudah fikir semasak-masaknya tindakanmu itu?"

"Tindakan apa?"

"Aishah, jangan membohongi dirimu sendiri, kau mahu terjun dalam sungai ini? Kau mahu dimakan buaya-buaya bergigi tajam itu? Kau mahu buangkan batu dalam kepala jemala kau tu ya?"

"Tidak.. siapa kata begitu... aku.. aku kan masih di sini, aku masih bercakap denganmu, cepat siapa dirimu. Janganlah main sembunyi tom-tom bak denganku di sini. Aku tidak ada masa untuk itu semua tahu!" Dia membentak, menunjukkan sisi tegas dirinya yang selama ini tenggelam.

"Aishah, kau boleh tipu diriku, tapi kau tidak boleh menipu dirimu sendiri kan? Walau mulutmu katakan tidak, tapi kakimu sudah mendekat ke tebing sungai"

Diam. Tunduk. Air mata sudah menakung di jurai mata.

"Aishah, Aishah........ apakah sudah pendek akal fikirmu? Apakah hanya setakat itu yang kau boleh fikirkan? Apakah kalau kau terjun di dalam sungai ini, segala masalahmu hilang? Ya kalaupun batu besar ats kepalamu sudah tercampak entah ke mana, apa kau fikir kau akan selamat. Selamatlah atas dunia ini kalau kau sudah meninggalkan dunia yang kau benci ini, tapi kalau ditakdirkan kau tidak mati? Tapi buaya-buaya itu yang gigit kau, dan ratah badan kau?Bukan dia ngap semua tau, tapi sebahagian tangan kau je. Cukupla bagi dia hilang lapar. Kau jadi cacat,apakah kau ada insurans ke?Apakah kau nanti tidak akan menyusahkan orang?"

"Kau.... kau hantu, kenapa kau suka sangat kacau hidup aku?"

"Arghh , Chah, sampainya hatimu... Kau panggil aku hantu? Mana boleh aku tinggalkan dirimu. Dirimu adalah diriku. Ceritamu ceritaku. Ada kamu ada aku.hihihihi..."

"Kau tidak pernah serius. Aku sedang memarahimu ni, sempat lagi kau ketawakan aku ya," Aishah melepaskan keluhan bengangnya pada sang suara.

"Aishah.. Aishah...apakah aku belum cukup serius? Kalau aku tidak serius, mungkin aku pun setuju apa yang temanku, "si F" itu tadi katakan. Aku tahu kau lebih sukakan dia daripadaku kan? Kau memang bias, dan kau memang selalu lebihkan dia..,"nada suara itu berubah menjadi sayu, ketara perubahan dari ketawa menggema tadi kepada kesayuan. Aishah dapat merasai keikhlasan yang terlahir dari suara itu. Dia tahu dia bersikap zalim pada temannya itu. Dia tidak bersifat adil. Dia lebih mengutamakan teman "F" nya. Kasihan "si H", kadangkala tidak ada ruang untuk "si H". Mujur jugalah "si H" tidak pernah berganjak dari perjuangannya walau sering ditolak mentah-mentah oleh seorang bernama Aishah ini.

"H, aku tahu kau baik hati, kau sabar melayan karenahku, kau tegar di sisiku. Tapi apa katamu susah semuanya. Aku tahu apa yang kau katakan semuanya benar, tapi selalunya cadangan F memang mudah untuk aku ikuti," luah Aishah. Masih ingin mempertahankan dirinya sendiri. Normal bagi seorang berjiwa manusia.

"Memang susah, tapi bukankah kau sudah biasa susah? Apa kau masih takut untuk menghadapi kesusahan sedangkan itulah yang kau alami seharian pun!" H berhujjah, saat-saat genting seperti ini, dia pun tidak mahu kalah. Kekalahannya menegakkan hujjah dalam sessi pendakwaan dan pembelaan ini samalah halnya seperti dia gagal berhujjah untuk membela seorang yang tidak bersalah di mahkamah dari dijatuhi hukuman bunuh.Sudah jatuh ke tahap wajib baginya menegakkan keadilan, membetulkan kembali apa yang sudah selama ini telah menjadi bengkok. Ya, memang susah tapi itulah perjuangannya, sebagaimana Aishah berjuang melawan dirinya sendiri.

"Aku sudah tidak tertahan menanggung ini semua, H. Aku tidak mampu lagi. Aku pun mahu seperti orang lain, aku tidak mahu terusan menderita, uhuk uhukk..." tangisan Aishah berderai, disaksikan langit biru, pohon nyior pun sudah berhenti melambaikan tangannya, seperti faham akan kesedihan hati Aishah. Tidak ada burung-burung berterbangan di ruang udara, mungkin kerana tidak sampai hati burung-burung itu melihat kerakusan dunia yang telah menghukum Aishah, atau adalah lebih baik bagi burung-burung itu sendiri pulang ke sarang masing-masing, menghulurkan rezeki hari itu kepada anak-anak burung mereka sendiri. Tidak berkuasa pula burung-burung itu untuk mengambil tahu perihal hidup seorang Aishah. Anak-anak burung masih kecil, mereka juga mahu hidup, kalau sang burung asyik sibuk merenung dan mengambil tahu perihal seorang Aishah, alamatnya anaknya pula yang kebuluran. "Tak apalah Aishah, kau selesaikanlah sendiri masalah kau. Aku pun ada masalah juga dengan anak-anak aku yang kecil-kecil tu. Sarang aku pun dah rosak semalam kena tembakan dari spesies yang sama macam kau lah juga Aishah. Cuma bezanya badannya kuat, kekar, tak macam kau. Kau yang sekeping itu memang lah akan kalah kalau berlawan dengan spesies yang tembak sarang aku semalam," kata burung dalam dengusan bunyinya yang menciut.

"Sabarlah lagi. Kalau selama ini kau boleh besabar, takkan kerana peristiwa semalam, kau sudah hilang sabarmu?" H menjawab perlahan, ya dia memang menjawab tapi dia juga tidak lupa menyoal kembali tuannya.

"Sabar? Kau memanglah, hanya itulah kata-katamu. Hanya itulah pun jawapanmu. Dulu, kini dan selamanya! Tidak ada yang lain. Yang itu-itu juga. Sebab itulah aku tidak suka berkawan denganmu H," Aishah membentak. Dia melepaskan kemarahannya yang membuak-buak. Ya dia sedang marah, dia marah pada semua. Dia marah pada orang-orang di rumah itu, dia marah pada sungai yang ada buaya, dia marah pada pohon nyior yang tinggi menjulang, tapi tidak membantunya menjulang hidupnya lebih tinggi atau sekurang-kurangnya pindahkan saja dia dari tenpat itu menggunakan batang tingginya dan pelepah panjangnya? Dia marah pada batu-batu yang hanya tahu tersenyum, ingin rasanya dia mengambil batu-batu itu , kecil dan besar dan dia lemparkan pada orang-orang di rumah itu. Ya rumah yang menyaksikan segala-galanya tapi tetap membisu pada dirinya sendiri. Padahal dia tuan kepada dinding, atap bumbung, dan lantai rumah itu.

"Kalau kau lihat orang lain gembira, apakah benar dia gembira? Atau dia pun sama seperti kau? Orang pun lihat kau gembira?" H sudah bertukar menjadi YB Karpal Singh. Bertalu-talu tanpa henti berhujjah.

Tiada jawapan. Suasana hening. Satu markah untuk H. 0 markah untuk seorang Aishah.

"Mereka juga sama seperti kau Aishah. Kalau kau tidak mahu orang lain tahu masalahmu, begitu jugalah mereka. Jatuh ego mereka ke lantai kalau orang tahu apa masalah mereka. Atau mungkin masalah mereka lebih besar dari masalah mu sendiri? Ada kau tahu?"

"Apalah lagi yang lebih besar daripada apa yang aku alami H?" Aishah mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.

"Aku tidak pernah ada apa-apa sejak lahir. Miskin harta, miskin kasih sayang. Ksih ayah entah kemana,harta benda jauh sekali, yang aku ada hanya ini, kesetianku, tapi kini kurasa hidupku punah....."

"Kau selalu melihat dari satu sisi Aishah. Apakah yang Abdul Rahman Auf ada ketika akhir hayatnya? Sama juga sepertimu kan? Apakah kau rasa derita Muhammad ketika kecil itu sama sepertimu? Dia bahkan lebih hebat lagi deritanya darimu. Apakala kau masih punya ibu untuk mengadu, dia tidak ada ibu dan ayah. Apakah ada seorang ibu itu tidak cukup bagimu? Ya tidak cukup kalau kau bandingkan dengan orang yang ada ibu dan ayah. Tapi sudah tentu lebih dari cukup kalau kau lihat pula pada si yatim piatu. Chah, tak perlu kau lihat orang lain, cukup kalau kau hanya lihat nabi kita, Muhammad S.A.W. Ku katakan begitu kerana kesedihan dirimu itu tidak seberapa Aishah. Aku tidak minta kau percaya, tapi kau fikirkanlah sendiri."

"Aku tidak mahu berfikir lagi. Aku penat. Dan lagi kalau makin kufikirkan, aku makin berserabut otak fikirku," balas Aishah.

"Ya, akan menjadi keserabutanlah fikiran engkau kalau kau fikir hanya sekadar fikir. Kalau sekadar itu yang kau fikirkan, tidak akan kemana dirimu Aishah. Terjunlah ke sungai itu. Lepaslah segala bebanmu. Tapi ingat, kau pasti tidak terlepas dari beban yang satu lagi. Itu aku boleh jamin." Ya, hujjah H kali ini seperti pula YB Zulkifli Noordin dalam kes Aishah Bokhari dahulu. Kali ini yang dilawan hujjah oleh YB Zulkifli bukan lagi Aishah Bokhari, tapi hanya seorang Aishah yang terpinggir dari kehidupan.

Mata Aishah terkebil-kebil, tanda menanyakan persoalan.

"Sudah pasti kau akan masuk menjadi ahli neraka. Hanya kerana satu kesalahan pendek akal kau tu. Kau sudah putus asa dengan rahmat Allah. Tidak berbaloi dengan kesedihan yang kau tanggung selama ini." H menggulungkan hujjahnya. Dia memberikan pukulan bola tanggung pada Aishah. Pukulan yang tidak dapat dibalas semula oleh Aishah. Lalu pada penghakiman petang itu, H yakin benar yang dia akan menang. Lalu dia tinggalkan ruang itu, dia tahu adalah lebih adil baginya untuk dia tinggalkan Aishah seorang diri kerana dia sudah pasti benar hati seorang Aishah. Bukankah dia juga yang bernama Hati itu?

"H... H...." Aishah memanggil. Tapi tiada lagi suara bergema. Molekul udara sudah sepi kembali. Tiba-tiba ada pula burung yang tersesat di udara berterbangan, ada pula lambaian pohon nyior yang tadi terhenti, air sungai tetap juga mengalir tenang. Semuanya sudah kembali ke asal sepertimana dia mula-mula datang tadi. Air matanya juga sudah mengering sendiri disambut oleh desiran angin lalu.

Aishah bangun berdiri. Dia merenung langit biru. Dia mendepangkan kedua tangannya, lagaknya seperti Kate Winslet dalam cereka Titanic. Oh bukan, bukan dia yang meniru Kate Winslet, tapi Kate Winsletlah yang meniru dia.

Dia mendapat kekuatan kembali. Setelah kekuatannya hilang semalam. Setelah dia kehilangan jiwa setelah jantungnya gugur melihat kejadian semalam. Setelah matanya bagaikan tersembul kerana tidak mahu percaya apa yang dilihatnya. Kalau selama ini matanya tertipu, tapi tidak peristiwa semalam.Semalam adalah realiti dan selama ini yang dilihat hanyalah ilusinya semata.

Sabar... itulah. Hanya itu satu kalimat ubat buat dirinya. Kadangkala dia juga tahu kekuatannya tidak sekuat mana untuk menempuh segala cubaan besar di atas junjung kepalanya itu. Dia pun tidak cukup penuh iman di dada untuk terus tabah menghadapi peritnya sebuah pelajaran yang bernama kehidupan. Tapi dia tahu itulah namanya sebuah kehidupan. Hidup itu akan penuh dengan warna warni permasalahan. Kalaupun yang sebenarnya hidupnya hanya ada sedikit warna, itupun rupanya warna kelabu. Yang lain, rasanya hanya hitam kelam.
posted by Mirip at 8:50 PM 0 comments

Tuesday, February 10, 2009

...

Apabila kita berada di atas jangan terlalu merasa bangga atas kejayaan itu. Barangkali apa yang kita ucapkan pada orang lain itu tidak terasa kepedasannya.
Bawahan ini sudah terlalu biasa untuk menelan.

Akhirnya apabila pusingan roda berpusing,
pahitnya untuk menelan hakikat adalah sepahit peria.
Doa orang yang teraniaya itu tiada hijabnya.

Moral of the story:- Banyakkan berdoa. Teringat ketika zaman persekolahan.
Ayat Quran bermaksud- "Orang-orang beriman itu
Berlembut pada yang berhak. Berkeras pada yang sepatutnya."
Soalan anak murid: Kenapa macam tu ustazah?
Jawapan ustazah : Semestinya begitu, untuk saudara seagama harus berperlakuan sehabis baik dan lembut, untuk musuh-musuh harus kuat/keras. (ayat lebih kurang).

Tapi dunia akhir zaman:-
1.Pada saudara seagama- bertindak di luar peri kemanusiaan
Pada musuh-musuh- hipokrit dengan hanya mengutuk di belakang, di depan,memuji-muji kerana ketakutan kepala lutut.


2. Islam itu datangnya dari kelompok orang-orang yang lemah, tidak berdaya, miskin, tidak ada apa-apa kepentingan lalu mudah menerima apa itu Islam. Sebaliknya bagi bangsawan yang kaya raya, Islam itu bagi mereka tidak patut. Tidak patut ada keadilan, tidak patut tidak ada hamba, etc etc. Samalah dengan dunia hari ini. Yang tidak mahu menerima kenyataan adalah orang-orang berkepentingan, orang-orang yang berharta, orang-orang yang dunia ini adalah miliknya. Sedangkan yang tertindas sudah lama dapat melihat.

3. Islam itu bermula dengan keperitan dan airmata. Samalah dengan dunia hari ini. Sesiapa yang bangun dan nampak, ada airmata mengiringi.

4. Yang bercakap benar kelihatan seperti bersalah. Yang bercakap putar alam, kelihatan seperti benar.

Aku takut hidup dalam zaman ini. Bagaimana nasib anak cucuku nanti yang hidupnya tentu lagi menakutkan. Kalau difikirkan rasa ketakutan bahawa aku ini rupanya hidup di zaman dunia hampir kiamat, rasanya aku tak mahu lagi buka mata.
Tapi mengenangkan inilah namanya hidup. Harus juga kucelikkan mataku.
posted by Mirip at 3:32 PM 0 comments

Thursday, February 05, 2009

16(Part2)

Apakah yang ada pada sepasang mata? Mata yang berbentuk sfera putih diseliputi salur-salur darah kecil.Ada iris membulat di dalamnya. Boleh membesar dan mengecil mengikut persekitaran alamnya.Iris yang membezakan dari bangsa manakah manusia-manusia itu berdiri di dalam alam dunia yang sederhana kecil ini.

Iris coklat membayangkan yang empunya diri itu besar kemungkinannya dari tanah Asia, dan yang beriris biru dan hijau pula dari tanah Caucasian. Tapi pada zaman yang semakin tua ini, pengenalan bangsa tidak harus lagi berdasarkan iris mata kerana betapa ramai yang wajahnya Asia tetapi bermata merah, biru dan ungu. Bukan hanya sekadar tiga warna itu sahaja, namun fikirkan sahaja apa sahaja yang otak mampu fikirkan, disitulah kelihatannya iris palsu itu. Apalah yang hendak dihairankan, kerana pada zaman moden dan canggih ini, kulit yang berwarna coklat pun boleh dipadankan dengan rambut blonde walaupun tentu sekali hasil eksperimen seni ini jelas tetap juga tidak menghilangkan wajah Asia atau coklat tanah wajah azalinya.

Apa pula gunanya sepasang mata cantik kurniaan Tuhan ini? adakah hanya untuk melihat? Melihat pula adakah sekadar melihat apa juga yang berlaku di sekeliling, atau melihat itu akan menjadikan memori kotak masa lalu itu tepu? Terpulang saja pada pendirian masing-masing. Apa juga yang mereka katakan pada mata, apa pula persepsi mereka pada mata, tidak ada jawapan yang pasti. Kerana setiap orang pada saat ini akan menjadikan alasan "argghh ini mataku, bukan matamu. Suka hati akulah nak tengok apa, dan nak buat apa dengan mata aku ni. Ada aku kisah pasal mata kau?"

Sinis. Ungkapan kata yang keluar dari mulut-mulut sang egois. Yang zahirnya tidak mengakui yang matanya atau hidungnya atau kaki tangannya itu bukan miliknya? Apa jadi kalau matanya sudah hilang fungsi penglihatannya? Walaupun mata itu masih juga tetap di situ, kekal berkedip-kedip 20 kerdipan/saat, namun apalah gunanya mata kalau fungsi yang satu itu tidak dapat lagi dinikmati. Bukankah semua pinjaman yang diberi itu boleh sahaja ditarik sekelip mata oleh sang pemberi?

Memang mata itu gunanya untuk melihat. Melihat pusingan hidup dan gerakan-gerakan kinestetik di sepanjang jalan kehidupan sebelum terhenti jarum jamnya. MATA-KEHIDUPAN-MASA, tiga kombinasi yang saling berkait. Perkaitan yang berungkai-rungkai, tidak ada yang di depan, akan tidak ada juga yang di belakang.Kalaupun tidak bagi orang lain, cukup bagi Aishah, dia merasakan seperti itu. Biar sahaja dia tidak memiliki segulung atau bergulung ijazah dalam dan luar negara, cukuplah tiga kombinasi yang Allah berikan padanya untuk dia memahami dengan jelas jalur-jalur kehidupan.

Dia tidak perlu menjadi Albert Einstein yang mempopularkan formula E=MC2, atau dia juga tidak perlu menjadi Pythagoras, bapa Matematik yang mencipta teori Pythagoras, bapa Numerologi moden mencipta nombor meletakkan satu had kepada sesuatu, yang berkaitan dengan alam sekeliling.Yang semua kehidupan adalah nombor.Yang kelakuan manusia rupanya juga berbentuk nombor.

Dia juga tidak perlu menjadi siapa-siapa. Cukup sekadar menjadi seorang Aishah, dia sudah boleh memahami apakah teori-teori yang mereka katakan itu benar atau tidak. Dia sendiri tidak mengenali atau untuk menyebut nama mereka-mereka yang namanya tercetak dalam sejarah itupun dia tidak tahu, teori yang mereka ciptakan itupun apalah lagi, namun memang takdir dalam kehidupan mengajarnya lebih dari teori-teori itu semua. Yang dia lalui sekarang adalah praktikumnya, dan bukan lagi teori kehidupan.
posted by Mirip at 12:30 PM 0 comments

Tuesday, February 03, 2009

A MUST READ FOR MUSLIM.

A MUST READ FOR MUSLIM.
**********************
FWD MESSAGE

Mengapa Yahudi Bijak



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon
posted by Mirip at 4:40 PM 0 comments

dari hitam kelam pada mimpi aneh.

Semalam aku bermimpi sesuatu yang pelik. Mula-mula dalam kumpulan yang ramai kemudian aku jadi memasuki dunia lain. Aku nampak orang-orang di luar, memanggil-manggil mereka, tapi mereka tak nampak aku. Macam kisah dalam hutan, tersesat tanpa dapat melihat pandangan sekeliling. Bila aku tahu orang memang sah dah tak nampak aku, aku dah tak memanggil lagi.

Kemudian ada beberapa facilitator mengarah aku berbuat sesuatu. Mak Cik tua dalam lingkungan 40-an berpakaian profesional sut pejabat. Kemudian ada orang lain masuk pula dalam bilik itu. Yang masuk itu pula sama macam aku, mereka tak dapat panggil orang di luar, tetapi mereka tahu orang di luar juga mencari mereka.

Seorang demi seorang masuk, aku nampak muka sorang client aku yang sekarang. Banyak masa aku habis dengannya sahaja.

Kemudian, mimpi jadi makin pelik. Ada banyak bilik. Apakah maksudnya ini?

Cerita misteri nusantara apakah mimpiku malam tadi?
posted by Mirip at 11:35 AM 0 comments