Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, February 24, 2005

Request by my friend

May be i should write in English sometime, coz my friend is not only Malaysian. Some of them can't understand malay words. Heheheh..Unfortunately, my English is not good as others. Feel shy a little bit to wrote it in this language.

i wrote this blog to save important msg that i received, share an important knowlegde with others. may be this one can be one of my effort to sharing knowledge with other people. But, those who can't read Malay, don't understand what content in my blog. And my intention to sharing good knowledge to other people not achieve.

As English is an international languange( feel sad coz Malay language once become a Lingua Franca among ASEAN long-long time ago, but now it seems like Malay Language is little bit seem by people as not important anymore), like or dislike we should at least know the usage, understand it too :). Wonder why my father can speak fluent English and Siamese but us, all his daughter can't. heheheh..

To you who can't read Malay, i hope u understand this post today. :)
posted by Mirip at 1:33 PM 0 comments

Wednesday, February 23, 2005

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Membersihkan emel2 lama, tertarik utk share di sini utk tatapan bersama

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu
cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita
rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan
di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan
cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama
ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala
yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat
.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran
cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan
untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran
cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar
yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja
kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat
adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang
solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,
pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat
dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,
solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan
cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahualam.
posted by Mirip at 4:17 PM 0 comments

Khas Untuk Wanita

Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah.

Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.

Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin........

Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul
Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk
kebahagiaan rumahtangga kita.




056.035 إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً



056.036 فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا




056.037 عُرُبًا أَتْرَابًا




056.038 لأصْحَابِ الْيَمِينِ





Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
posted by Mirip at 3:47 PM 0 comments

Tuesday, February 22, 2005

Mimpi Yang Tak Sudah

Love this song,
Lirik by Habsah Hassan..
Suka sbb melodi, lagu & lirik mmg citarasa aku. Lagu puisi macam gak lagu2 Kopratasa.
Jom tgk lirik dia.

Mimpi Yang Tak Sudah
(IBNOR RIZA)

Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menanti ku
Atau jelmaan titi kenangan
yang bernama pengalaman

* :
Siapakah diantara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang


** :
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah
Mimpi yang tak sudah
posted by Mirip at 10:10 AM 0 comments

Monday, February 21, 2005

Mayat Membaca Yassin

fwded by one of my friend

---
Dilulus terbit pada Friday, October 01 @ 10:27:17 MYT oleh CucuBavoo
XXXXXXX menulis - "Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..
Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser.... penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia....
Ceritanya begini....

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang Negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.....


Wallahulam..Apa perasaan anda?
posted by Mirip at 2:39 PM 0 comments

Thursday, February 17, 2005

Untukmu wanita

Good article forwarded by one of my friend. Lets share together.

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda
yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg
mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk
didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 'sampai hati' sesama sendiri

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah
menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari
sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda
untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama.
Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada
keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya
lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi
wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat
dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah
coraknya ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki
amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda
sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan
wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada
disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak
hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali
sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil
sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa
siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara
diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas
diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di
manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah
tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga.
Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang
lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya
lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg
tahunya melihat anda sebagai 'alat'.Tapi wanita ibarat mutiara dipuncak bukit di
mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar
terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak
mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya
payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya
mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi
menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada
dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh
tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan
pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.

~ Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk
memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki,
tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup
jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.~
posted by Mirip at 2:35 PM 0 comments

Wednesday, February 16, 2005

Masyarakat Malaysia pentingkan diri sendiri?

Hari ini, 16 Feb 05, membaca paper harian membuatkan hati terasa sebu dan sebak. Mana hilangnya sifat2 mahu menolong org lain yg didalam kesusahan? Ingatkan di Kota metropolitan ini shjlah , yg org2nya terlalu sibuk utk memberi bantuan, rupanya bandar sekecil Melaka pun..
Kau, Kalau kau jadi mangsa, apa perasaan kau? Sudahlah dilanggar org dr belakang, tiada pula insan membantu. Malang seribu kali malang, Memang ajal maut di tangan TUHAN, kita hanya mampu berusaha, tp kalau aku jadi suami mangsa sedikit sebanyak aku jadi terkilan, di saat isteri kau yg hamil 8 bln, terlantar di tepi jalan dilanggar, tiada sesiapa membantu , hanya 20 minit kemudian , barulah ada insan berhati mulia ingin membantu. Tp itu semua sudah terlambat, anak kembar bersama ibunya sudah mengadap Ilahi. Aku doakan mereka2 ditempatkan bersama org2 soleh/solehah.

Yang peliknya?? kemana hilangnya pemandu yg melanggar motosikal mereka pd jam 6.45 pg itu? Langgar dan terus lari?????? Pemandu berumur 73 thn. Berikan sahaja hukuman yg berat padanya. Sudahlah langgar, lari tanpa menghulunurkan bantuan pula???

Baca di sini
posted by Mirip at 8:38 AM 0 comments

Tuesday, February 08, 2005

Gempa

Hari tu aku ada citer aku beli buku "Tanda2 Akhir Zaman" karya Harun Yahya kan?.
Tp aku tak bawa pula ari ni utk diambil petikan perenggan utk dishare sesama disini. Tp papepun aku masih ingat isinya.

1.gempa bumi kerap berlaku
Semalam 7/2/05, utusan Malaysia melaporkan ada gegaran berukuran 7.2 skala ritcher berlaku di kepulauan Filipina. Kesannya penduduk Sabah lari ketempat yg lebih tinggi utk menyelamatkan diri. Klik sini utk detail.

Tragedi 26 Dis masih segar diingatan.
Aku terus teringat isi kandungan buku yg aku beli tempohari.
'Tak akan datang hari kiamat sehinggalah bumi2 sering dilanda gempa bumi.'
Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari semua hakikat kejadian yg berlaku ni.
posted by Mirip at 5:01 PM 0 comments

Thursday, February 03, 2005

Kuasa Allah

Jumpa dari blog member aku,VIZ tertarik nak share kat sini jugak

rakaman video seorang kanak2 perempuan yang berumur 6 tahun, yang hafal al-quran sehadam2nya. namanya.. fatimah mir louhi, dari iran (bukan arab). majlis tasmi' ini diadakan di lubnan.

sedikit preview:
beliau diminta utk menyempurnakan ayat al-quran, ditanya (ditasmi') oleh ulamak2 hebat lubnan. ditebuk sana dan sini. tapi semua pertanyaan dapat dijawab dengan tepat2. kadang2, adik fatimah tanya balik ulamak tu.. ayat ni dari surah a ke.. surah b, kerana ayat yang ditanya repeated dalam surah yg berbeza !! (refer timecode 1:50 dan 3:10).

sebelum membaca/menyempurnakan ayat yang dibaca, adik fatimah akan bagitau
1. ayat yang ditanya tu dari surah mana,
2. juzuk ke berapa,
3. bilangan ayat,
4. makkiyah/madaniyah,
5. kedudukan ayat dlm mashaf, eg ayat ni terletak di bahagian tengah mukasurat, di mukasurat kanan atau kiri !!!!!

subhanallah...

round kedua (refer timecode 6:30), beliau ditanya dengan menggunakan thematic methodology. pertanyaan berdasarkan topik al-quran. eg: sila kemukakan ayat berkaitan dengan topik ihsan. adik fatimah akan bagi 3 contoh dgn ayat quran, dari surah mana !

mu'jam bergerak !!

subhanallah ....


Video adik Fatimah
posted by Mirip at 9:44 AM 0 comments

Wednesday, February 02, 2005

Inikan Celcom!!!! :(((

My phone tak bleh guna sejak dari 14 jan 05. Tarikh keramat tu.. sbb mudah plak aku ingat tarikh ni. Sejak dari itu maunya 7/8 kali aku dah telefon Celcom Careline minta tgkkan line aku. Dlm 15 @ 16 hb ada la sorang staff Celcom phone aku tanya. She mentioned that tru system , my phone line is Ok. Aku bantah ckp kata tu dlm sistem, tp sbnrnya my phone still tak leh call/sms out.

Sampailah hari ni , 2/2/2005, talian aku still tak leh guna.Memandangkan aku dah terlalu fedup dgn careline Celcom, terpaksalah aku contact my bestfriend yg keja kat sana.Sblm aku ctct dia, aku dah ctct careline , agent sana kata talian aku dah boleh guna, tunggu sampai ptg atau mlm ni. Bila aku ckp kat member aku ni agent celcom kata talian aku dah bleh guna, sdgkan aku kat sini still tak leh guna, Dia kata, camana org tu kata bleh guna sbb talian hang ni still kena block. Bermula kul 3.00 tghari sampailah skrg dah 5 lebih, dia masih cuba setelkan problem aku.

Skrg dah pukul 5.43 pm , barulah aku bleh buat call out. Thanks banyak2 pd member aku sorang tu yg tolong setelkan dgn caranya tersendiri.

Aku rasa, kalaulah aku ni tiada kawan dekat Celcom, sampai bebilalah jawabnya phone aku tak leh guna. Agaknye report yg aku dok buat selama ni depa buat pekasam kot ek..

Thanks to Hallaj & kawannya. Nanti aku belanja hangpa minum nooo…
Budi baik hangpa 2 org, aku ucapkan berbanyak terima kasih dan semoga hidup kawan2 ku ni diberkati dunia akhirat.

Jemput datang rumah aku yer...
posted by Mirip at 5:45 PM 0 comments

How do others see you

Others see you as sensible, cautious, careful & practical. They see you as clever, gifted or talented, but modest...Not a person who makes friends too quickly or easily, but someone who's extremely loyal to friends you do make and who expects the same loyalty in return. Those who really get to know you realize it taked a lot to shake your trust in your friends, but equally that it takes you a long time to get over it if that trust is ever broken.

How do others see you? wanna find out?
posted by Mirip at 4:32 PM 0 comments

Lagi pasal kematian

Hari Isnin , aku dikejutkan lagi dgn berita kematian 2 orang guruku di MRSMPC. Bagi sesiapa yg belum tahu, arwah cikgu Kaunselor dan Cikgu Zamil Physic telahpun pulang ke rahmatullah. Arwah cikgu kaunselor aku tak pasti bila exact date, tp arwah cikgu Zamil aku dapat sms pukul 3 ari isnin.

Aku masih ingat kedua2 cikguku ini yg walaupun hampir 10 tahun kutinggalkan PC. Aku masih ingat wajah2 mereka.
Cikgu kaunselor – masih ingatkah kawan-kawan Ammarku, ketika kita semua bertelagah antara lelaki dan perempuan, arwahlah orgnya yg kekelas kita , bertanya kenapa sampai jadi begini, sessi luahan perasaan , mencadangkan kami semua berkelah ke Jeram Lenang. Buang yg keruh ambil yg jernih… sedih kalau diingat kembali…Aku tahu pun bila dah baca blog anaknya yg sekarang bekerja satu syarikat dgnku.

Arwah cikgu Zamil pula terkenal dgn terror Fizik. Ya dia guru Melayu yg terer fizik. Jarangkan? Biasanya kaum lain yg mnegajar subject ni..Arwah tak pernah marah. Tuannya kecil sahaja. Walaupun aku tak minat sgt fizik sebenarnya dan tak terer fizik pun, heheh tpi aku kagum dgnnya.Aku sayang kat dia. Cool teacher.

Aku doakan kedua-dua guru kesayanganku ini bersemadi tenang dialam sana. Benarlah kata org, kerja yg paling mulia adalah guru. Walau pelajarnya bergaji setinggi mana sekalipun,pangkat besar, tp siapa yg mula2 mendidik kita semua kalau bukan guru. Dan walau dah pencen, org tetap panggil cikgu kat depan nama kita.
Setiap kali solat, aku doakan kesejahteraan mereka di sana, Amin…

Semalam, Selasa lagi berita kematian menjengah. berita kematian salah seorang tokoh korporat Malaysia. Seorang Melayu.

Dia ada segala-galanya. Rumah banglo di ibu kota, perniagaan sendiri, tetapi cara kematiannya begitu sadis. Polis masih mengklasifikasikan kesnya sbg mati mengejut.

Bila baca kisahnya semalam, aku terfikir, apalah agaknya masalah dia ye. Ye kita tak tahu apa yg terjadi sebenarnya , hanya melalui pembacaan paper shj, but everybody at least tentu berfikir sama sprt yg aku fikir. Entahlah Hanya Allah yg tahu.

Kalaulah nak dikira masalah, aku rasa org miskin banyak juga masalahnya, yg berpunca dari duit . tak de duit nak sara hidup, or peluang kerja tak de, nak besarkan anak2 yg ramai. Etc etc…

Tp itulah, masalahnya tak sama bagi setiap orang. Besar atau kecil masalah bergantung pd kekuatan diri. Kekuatan iman . bersabar dgn dugaan yg Allah bagi. Mungkin masalah tu besar sgt bg kita, tp aarggh “that’s small matter” bg org lain. Hanya kekuatan iman disini yg membezakan. Aku harap aku dan generasiku, kaum kerabatku, kawan2ku, muslimin muslimat seluruh alam ini mampu menghadapi segala dugaan yg telah ditetapkan oleh Allah ke atas kita semua.

Tp bila difikir-fikirkan balik, ye tak semua benda yg kita akan dapat dlm dunia ni. Cthnya kalau kau kaya, may be kau hanya ada 2,3 orang anak sahaja. Kalau kau miskin lak, mungkin Allah anugerahkan kekayaan anak2 pada kau. Yg paling penting bagi aku, aku tak nak terlalu kaya yg menyebabkan kekayaan tu boleh menyusahkan hidup aku plak. J Aku nak hidup sederhana dlm keadaan famili aku tak porak peranda, ada duit lebih2 skit boleh aku salurkan ke tempat2 positif, sesiapa yg memerlukan. Tp ni pendapat peribadi aku sahaja. Harapanku skrg ni, aku nak anak-anakku jadi soleh solehah, dan ada ilmu agama, Hanya ni yg boleh aku berikan pd mereka. Nak harapkan harta kekayaan , jawabnya aku tak ada harta utk diberi..heheh hartaku hanya ilmu pengetahuan dan kasih sayangku sahaja.

Panjang pulak aku membebel ari ni.. heheh

Kepada user2 aku yg tak boleh kalau sehari tak dgr suara aku kat telefon nih, aku sarankan, cubalah banyak2 kali dulu sblm telefon aku. Sbb bila aku dah angkat telefon, kebanyakannya akan kata mcm ni
“ eh dah boleh dah? Tadi cuba banyak kali tak dapat” hhahahha kalau telefon aku baru dapat ye…tp korang tak tahu , telefon aku berdering2 tak berhenti, sekali ayat “ eh dah boleh dah? Tadi cuba banyak kali tak dapat” ni jugak yg aku dgr…

Kalau kau jadi aku, kau boring tak?



posted by Mirip at 9:42 AM 0 comments