Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, May 19, 2010

Misteri Nusantara

Dulu, dulu-dulu mungkin 10 tahun lepas, berbicara dengan pak su.
"Sign tu buat elok-elok,ada makna tu," pesan dia padaku.

"Kenapa?"

"Ada makna tu," balasnya.

Aku seperti memandang dia, tetapi sebenarnya pandanganku terus pada gambar lama yang tergantung di dinding rumah pusaka itu.


**

Kini, aku mengerti rupanya memang ada makna tersembunyi di sebalik tulisan dan tandatangan seseorang. Rupa-rupanya menjadi seperti dia, menjadikan dia tahu banyak perkara di luar lingkup yang kadang-kadang benda tu tidak dipandang orang pun. Mungkin kerana pekerjaannya memerlukan dia begitu.

Sekarang, aku pula yang mempelajari dan sedikit demi sedikit, aku ingin menguasai ilmu tersebut. Sekurang-kurangnya untuk memperbaiki diri. Kerana pada setiap tulisan itu adalah gambaran sebenar jiwa seseorang. Andaikata mahu berubah, ubahlah tulisan ke arah yang lebih baik. Seiring tulisan yang berubah, sikap yang kita mahukan itu juga secara perlahan-lahan akan turut berubah. InsyaAllah.

Sekarang, untuk lebih maju dalam kerjaya baruku, aku akan mempraktiskan tandatanganku seperti angka 8.
posted by Mirip at 4:36 PM 0 comments

Monday, May 17, 2010

Blue

Your Primary Personality is -- Blue
These are our perfectionists. Blue personality types have a strong desire to do things "the right way." They not only read instruction manuals, these are the people who write them. They are great at quality control. They love accuracy. They make wonderful accountants, engineers, architects, etc.

Blue personality types love rules. They believe that rules allow a family, relationship or nation to operate successfully. How could you win at anything if you didn't know the rules? They are consistent and hold themselves to standards of excellence. They get very frustrated when other people do not share these same characteristics.

---***---
Apa tujuanmu belajar? Aku tahu keputusanku memerah otak dan mencari penyakit dengan menyambung pelajaranku adalah satu tindakan yang aku nak buat. Bukan sebab orang lain. Dan bukan sebab naik pangkat. Sebab aku tahu dalam organisasi ini kurasakan mungkin line ku yang tidak kena etc etc, jadi tak ada siapa pun yang pandang. Atau aku terlepas pandang pada satu-satu job yang betul-betul kena dengan diriku.

Aku rasakan ada kemujuran aku berjumpa dengan iklan tempohari. Sesuai dengan diriku yang mencari-cari, kurasakan assignment yang aku lakukan walaupun berjam-jam tidak akan merugikan aku,kerana kalau aku tak buat assignment dan semua itu pun, akan aku habiskan juga mencari.Sekurang-kurangnya untuk mencari siapakan diriku.

Aku sudah tidak kuasa lagi untuk belajar bidang-bidang yang aku tidak minat. Belajar semata-mata untuk aku naik pangkat, atau naik gred sedangkan jiwaku bukan ke situ. Materialistiknya aku? huh. Aku adalah insan yang sesat dalam teknologi. Tetiba aku disini.Aku jadi menyampah, meluat dan nak muntah apabila aku belajar dan buat benda yang aku tidak suka. 5 minit belajar benda yang aku tidak minat umpama satu penyeksaan batin buatku. Tapi mempelajari apa yang aku pelajari ini, sungguhpun tidak akan membuat gaji aku bertambah,(memang aku merajuk sebenarnya, kih kih kih), tapi aku tidak menyesal sekali-kali.

Mujur aku merasakan ada connectivity antara thesis ku nanti dan juga assignment untuk semester ini. Serampang 2 mata. Satu kajian untuk beberapa subject. Aku sungguh suka. Berbanding belajar yang entah apa-apa. Yang tak ada correlation sekurang-kurangnya bagi diriku. Ada kaitan ke CPE tu dengan aku? Tak ada kaitan pun OLT tu dengan kepala otak aku. BRAS dan Radius itu lagi tak ada kaitan. hahahha.. Tapi tak apalah... for a meanwhile, ni tak salah la belajar dan buat lagi benda-benda tu tapi rasanya bukanlah sampai seumur hidup aku.. hihihih byebye BORAT, dan babai Juniper.

Kalau aku fail dalam pengajianku pun tak mengapa, sbb aku sendiri yang nak belajar. Sekurang-kurangnya aku dah buat yang terbaik.Kalau lulus, Alhamdulillah aku puas hati. Belajar bukan kerana sekeping kertas.

Mudah-mudahan apa yang aku nampak tercapai.
posted by Mirip at 1:57 PM 0 comments

Allah lebih mengetahui

Apa bezanya antara Melayu dan Cina?
Banyakkkk
Aku akan tulis berdasarkan 2 pilihanraya

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.- Malam--> DAP menang. Cina tak heran dengan janji duit.

Sama kes dengan prk Hulu Selangor. "Kalau Sungai Buaya menang, hari Isnin dapat cek, baki" utk pengundi2 Sungai Buaya. Kes perumahan.1K sudah dihulurkan pada hari itu juga.Malam --> BN menang. Melayu mengharapkan duit cash masuk isnin nanti.

Aku tidak salahkan orang Sungai Buaya. Mungkin keadaan hidup yang terdesak menyebabkan mereka perlukan duit itu. Zaman sekarang, kan orang kata kalau tidak ada duit tidak boleh hidup. Bukan macam dulu yang kalau tak ada duit pun, masih boleh hidup dengan aman damai.

Kesimpulannya.
Orang-orang berketurunan cina yang datang dari tanah besar China, yang telah melalui kesukaran tidak terhingga (zaman dahulu), hari ini tahap ekonominya kukuh.

Tidak mahu komen banyak.

Moga-moga tanah sekangkang kera ini tidak diapa-apakan.

Anak kecil main api........
posted by Mirip at 8:08 AM 0 comments

Wednesday, May 12, 2010

Tua sebelum waktu (men only), vice versa for women

ooo, Hairi anak wayang tu baru 22. Paper hari ni cakap dia selesa dengan imej tua. Aku pun tak tahu dia baru 22. Pertama kali tengok dia,aku suka lakonan dia dalam grand finale Anak wayang. Kategori pandai gak la berlakon. Rupanya dia orang Utara, dekat la gak ngan kampung tok aku, selang 2-3 belah kampung. Kalau kat situ, memang la suasana hidup masih kampung lagi. best. Dan dia pun tak kisah kalau orang panggil dia hero kampung.

Dulu pun, masa memula kenal aku tak tahu umur housemate aku. Bila tanya, lor la... ahahahaha.
posted by Mirip at 8:12 AM 0 comments

Monday, May 10, 2010

Dalam pressure ada kelucuan

Meeting yang aku organize start at 5.00 pm.
Weekly status meeting start at 3.30 and ending at around 4.45.
Aku solat asar kejap sementara tunggu orang Huawei datang.
Aku memang la tak suka meeting petang2 ni.. sian anak2 aku.

Aku biasa la, as a low profile person, selalu tak nak ke depan, selalu aku akan bagi orang yang lebih berkuasa dan berauthoritative dari aku dulu.
Sekali aku sempat lagi dok luar bilik meeting sementara tunggu bos aku datang & sembang2 sekejap ngan KIMAN, and Desmond.

At 5.15, Desmond cakap, "can we start meeting as they are all in here?" sambil tengok jam kat tangan dia.
Aku masa tu yang tengah sedap kudap kuih yang orang lain tak makan (yang meeting team lain plak). huh sungguh sedap kuih itu!. Dan aku dengan terkejut terus masuk bilik meeting dengan segera. Pantas.

"OK we can start a meeting now," sambil masuk aku terus cakap macam tu.
Aku tengok muka Ray macam masam. Oh atau jugak memang muka dia dah macam tu.

Berbelas2 mata tengok aku. Aku seorang yang FEMALE and MUSLIM. 7 of them from Huawei.3 from EMC and 1 from ACCENTURE. Most of them are Chinese except 2 of them are from US. Huawei team combined both RND person from China Mainland and local Malaysian.

Aku duduk. Des start discussion.

Bla bla bla....

Kemudian masuk team member aku- 2 man from my team. And then Shng.

Akhirnya aku yang jadi chairman, aku yang bagi decision orang tengah antara 2 vendor organisasi aku ni. Orang tengah yang memang dok kat tengah-tengah antara berapa belas orang lelaki dan aku seorang yang perempuan yang kecik molek antara orang badan besar-besar ni. Mujur la orang dari tanah besar China pun kecik2 jugak. Mat salleh kat sebelah aku ni, aku tengok muka dia je pun takut sbb rasa nisbah 5:1 ngan muka aku nih. Sekali dia tolak je aku dah melayang. Tak leh bayang kalu husband aku Mat Salleh yang badan cam diorang ni, aku jalan kang macam anak dia plak kalu dari belakang. Kalu Mat Salleh badan kecik macam aku ni, tak po la jugak, tapi ada ka? hahahh kih kih dah start merapu meraban dah ni.

Tapi dalam hati aku masa tengah discussion, aku rasa bersalah sangat sebab aku dah tak bagi contoh yang baik buat mereka. Aku rasa diri aku memang seorang yang punctual, sebab aku sendiri suka orang punctual. Tapi aku memang silap sebab oleh kerana misscommunication, aku ingatkan boss aku nak masuk dulu meeting tu dan chairkan dan organize, jadi boleh aku duduk kat luar, kat kerusi hitam tu padahal aku memang nak meeting tu sharp on 5, sbb on 6 bilik team lain dah booking.

Sebagai satu-satunya Muslim kat dalam discussion tu, aku telah tidak tunjukkan attitude yang Muslim itu punctual. Dan mungkin KM @ Des akan anggap yang solat tu yang menyebabkan Muslim tu lambat dan tak tepati waktu.

Last sekali, untuk tidak menyebabkan hati aku ni bercakap2 tak puas hati kat diri aku sendiri, lepas habis chair and discuss, i said " i want to apologize for being late just now because of misscommunication. I adjourned.... bla bla.. "

Moral of the story:
1. Bersiap siaga
3. Banyak lagi la.. learn from mistakes.

Tapi aku suka plak meeting ni. Sebab macam biasa, aku rasa lucu. Team kat sini cakap mandarin sama sendiri lepas tu terjemah in English.Yang paling untung dalam banyak-banyak adalah 2 mat salleh tu, sebab dia tak yah pikir nak translate atau apa, sbb bahasa perantaraan adalah memang bahasa harian percakapan dia. HUHUH rasa tak adil plak... ni kan MALAYSIA, kenapa plak kat MALAYSIA tapi semua orang kena cakap ENGLISH. Kalau gi Jepun, orang luar yang kena cakap Jepun, gi Jerman, orang luar kena cakap Jerman, gi Malaysia, orang tanahnya sendiri kena cakap luar. BUkan mother tounge dia. Idea ada 10, bagi 8 je pun dah cukup baik, sebab malas nak cakap banyak-banyak. Idea tersekat plus campur buah malas sama. hahahhaha..
posted by Mirip at 6:12 PM 0 comments

Friday, May 07, 2010

Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah

Rupa-rupanya sudah setahun lebih dia meninggalkan dunia fana ini.
Masa sesungguhnya terlalu cepat meninggalkan aku.

Rasanya aku sudah pun siap apa yang aku rancangkan dulu.
Walaupun masih ada perancangan yang tidak dapat dilaksanakan buat dirinya kerana percubaan pertamaku gagal. InsyaAllah aku akan lakukan juga. Mudah-mudahan sebelum aku menutup mata, aku dapat sumbangkan apa yang aku lakukan ini buat dirinya.

Kukirimkan doa dan bacaan Quran untuknya.
Walaupun jasadnya sudah bersemadi, namun kehadirannya dalam hidupku dalam larian hidup yang lampau tetap malar segar dalam kotak ingatanku.
posted by Mirip at 11:02 AM 0 comments

Pak Cik tua bertongkat

Satu hari, di KL Central, hari di mana aku dimurahkan rezeki tanpa aku ketahui.
Bersama seorang teman. Sedang menunggu makanan sampai kepadaku.

Chit chat.

Tiba-tiba ada seorang pak cik tua. Sangat tua. Meja ku walaupun tidak lah paling tepi, tapi aku adalah orang yang paling hampir dengan gigi jalan lalu lalang. Aku perasan pada kelibat pak cik ini. Dia kelihatan teragak-agak mahu masuk atau tidak masuk dalam restoran itu.

Aku melihatnya. Temanku juga. Aku melihat itu kalau2 ada orang lain dengannya. Mungkin anak cucunya atau siapa2 di belakangnya. Tidak ada. Lalu mata kami bertaut. Dia memandangku dan temanku lalu mendekati meja kami.

Butir bicaranya tidak jelas. Tapi apa yang aku dengar lebih kurang begini.

"Pak cik ni dari Ipoh, mahu ke Alor Gajah. Pak cik tak sihat. Pak cik tak boleh makan nasi. Pak cik boleh makan mihun je," tangannya menunjuk ke arah bekal plastik empat segi lutsinar berbungkus beg plastik merah. Aku memandang walaupun pandangan mataku tak dapat menembusi bekalnya itu.

Pak cik tua bertongkat menambah "pak cik tak mintak, tapi kalau boleh bagi je berapa-berapa.."- Aku tidak berapa faham dan dengar apa pak cik ni cakap sangat. Aku ini ada masalah pendengaran kot.Hahahha.. Kena dengar betul2..

Manusia ini memang selalu ada was-was. Aku kasihan tapi dalam masa yang sama ada gak rasa was-wasnya betul ke pak cik ni.

Aku bukak dompet, aku keluarkan RM2. Temanku keluarkan RM5. Aku hulurkan pada pak cik tua. "terima kasih nak". Dia berlalu pergi.

Dia pergi, dan temanku mengucapkan "aku tak boleh la tengok orang macam tu."
Aku menambah "Kalau dia betul, kesian kita tak tolong dia. Tapi kalau dia tipu kita tu antara dia dengan Allah. Tapi aku tak dengar sangat apa dia cakap"

Temanku sambung bicara "dia cakap dia nak balik alor Gajah. Duit tak ada. Tambang RM15"

Aku terkesima. "Arh tapi kita bagi dia RM7 je. Mana dia cukup."
Temanku, "dia kata dia ada dah separuh. Kalau tak cukup,ada orang lain bagi la tu"
Aku " tapi, dia kena mintak dengan orang lain pulak la kalau duit dia tak cukup, mesti dia malu kali kedua plak. Tadi pun dia nak masuk tak nak masuk je"

Temanku " ko nak gi mana ni?"
Aku "ko tunggu kejap, kejap je"

Aku keluar dari restoran. Menuju ke arah jalan pak cik tua tadi, mencari kelibatnya. Tapi tak ada, oooh sungguh cepat dia sudah tidak ada. Atau terlalu ramai manusia menyebabkan penglihatanku tidak dapat menangkap susuk pak cik tua itu.

Aku duduk kembali.
Temanku "jumpa?"
Aku "nehi"
**

Sebenarnya itulah manusia. Kekadang selalu terlepas berbuat kebaikan. Atau kalau nak buat kebaikan, ada gak fikir negatif-negatif. Padahal tak luak dan tak jatuh miskin kalau bagi lebih skit pada pak cik tua tu.

Dalam perjalanan balik rumah, aku tak habis memikirkan pak cik tua bertongkat itu. Masalah juga diriku ini, selalu fikirkan barang yang lepas, dan tak dapat kembali lagi. Dan masalah juga diriku ini, selalunya duit aku dalam dompet cukup2 untuk perbelanjaanku untuk 2-3 hari. Arghghh..

Aku doakan pak cik tua itu dapat selamat sampai ke Alor Gajah. Kasihan seorang tua bersendirian dan miskin pula. Satu malapetaka paling hebat kurasakan. Mudah-mudahan dia selamat.
posted by Mirip at 9:54 AM 0 comments

Kasih seorang abang



Gambar mampu menceritakan seribu kisah.

Dalam usiaku sebegini, dalam kekalutan memikirkan masa depan, aku ingin menikmati hidup yang sekejap ini.

Semalam, 6 May aku berpeluang berbicara dengan salah seorang orang berjaya dalam lapangan industri yang aku ceburi ini. Bumiputera.Melayu. Sudah berkecimpung 25 tahun dalam bidangnya. Sekarang lebih banyak meluangkan masa dengan kerja-kerja kebajikan. Haji A, orangnya baya2 ayah pada diriku, muda sedikit dari ayahku sendiri barangkali, kerana anak2nya masih berada di Uni. Tinggal di rumah persekitaran KLCC. Nilai sewaan rumahnya di kawasan itu mencecah RM15K sebulan. Ya, dia membelinya zaman sewaktu KLCC belum wujud lagi. Orangnya berbicara lembut, (nada seorang bapa-bapa). Kata-kata hikmatnya yang masuk dalam jiwaku.

" Saya tidak meletakkan duit pada tangga pertama. Pada ketika ini, saya lebih kepada kerja-kerja kebajikan. Inilah kerja saya. Macam apa yang kita sedang buat ni. Tapi kalau tak ada duit pun tak boleh juga."

Tambahnya lagi, "saya ni, kalau kerja kat tempat lain, dah lama kena buang kerja."

Aku mengerut dahi, tidak memahami. "Maksud haji?"

"Yelah macam mana tak kena buang. Saya memang datang ofis, tapi ni je la kerja saya. Chit chat. Macam sekarang. Macam apa kita buat sekarang. Karang pukul 3 ke 3.30 ke saya turun bawah, minum. Saya datang kerja memang tiap2 hari. Selalu ada kat sini, tapi macam ni je la kerja saya "

Aku memahaminya, lalu menambah.. "aa'h... tapi mula2 tu la yang susah sikit tu kan"

Haji A mengangguk ," Az*** pun mula2 dulu susah gak," sambil menunjuk ke arah orang di sebelahku dan menambah perlahan sambil tersenyum "Mula-mula aje susah, ..,". Insan di sebelahku menambah "mental kena kuat & tabah".

Banyak aku belajar semalam dari Haji A. Pelajaran yang tak kudapat melalui pembacaan dan teori segala mala. Pembelajaran yang diadun bersama melalui teori dan praktikal, walaupun kadangkala ianya tidak selari, kedua-duanya aku ambil. Aku merasakan walaupun payah,dan kadangkala mahu sahaja aku menarik diri, tapi untuk pengetahuan diriku sendiri, aku merasakan tidak salah aku menyambung pelajaran dalam bidang psychology tempohari. Walaupun sangat jauh antara teori dan kajian dan thesis dan segala mala assignment yang harus aku laksanakan, sekurang-kurangnya pada masa depan, tatkala aku dapat mencapai apa yang aku cita-citakan, ilmu itu dapat aku applykan pada organisasiku sendiri, insyaAllah..

Walaupun di sini, ya disini, di meja dan di organisasi tempat aku coretkan kisah ini, kadangkala aku merasakan apa yang aku buat belajar itu tidak pun mendatangkan kelebihan buatku, ya tidak akan ada sesiapa yang memandang aku, dan course itu pun mungkin tidak relevan pada bidangku sekarang ini, (sangatlah pening aku rasakan duduk dalam industri yang sentiasa berubah ini), tapi utk diriku sendiri, insyaAllah ilmu itu aku ada gunanya. Biarlah kalau orang lain tidak memandangnya. Untuk sekali ini dan akan datang, aku ingin lakukan apa yang aku ingin lakukan, tidak lagi kerana terpaksa. dan tidak lagi kerana selalu memikirkan orang lain.

Selalu dalam hidupku ini, banyak yang aku fikirkan, dan aku selalu mengambil kira banyak sudut sebelum melakukan sesuatu. Ada bagusnya dan ada juga tidak bagusnya sikapku itu. Sungguh ku akui.

Tidak mengapalah, yang lepas biarkan lepas. Tidak ada untungnya dikenang barang yang lepas. Dan aku tidak dapat kembali masa dan segalanya. Kalau pun ada kegemilangan atau kesedihan atau apa2 sekalipun, samada diriku sendiri, bangsaku atau agamaku sekalipun, segala-galanya adalah lepas. Ku fikirkan, ya memang umat islam itu pernah gemilang, tapi kegemilangan itu sudah lepas. zaman ini umat ini diinjak, tapi umatnya masih lagi leka dengan kegemilangan masa silam. aku tidak merujuk pada orang lain, ya aku pun tidak boleh merubah orang lain. Tapi sesungguhnya aku mengatakan ini pada diriku sendiri.

Yang penting kini adalah masa sekarang. Dan masa depan!
posted by Mirip at 9:07 AM 0 comments