Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, April 27, 2005
mahluk asing atau Yakjuj Makjuj?
++++++++
Izin saya memetik satu berita dari laman www.webkl.net :
WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
"Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.
"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"
"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".
"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".
"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.
Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
++++
Any comments?
Tuesday, April 26, 2005
Left VS Right
You Are 65% Left Brained, 35% Right Brained |
The left side of your brain controls verbal ability, attention to detail, and reasoning. Left brained people are good at communication and persuading others. If you're left brained, you are likely good at math and logic. Your left brain prefers dogs, reading, and quiet. The right side of your brain is all about creativity and flexibility. Daring and intuitive, right brained people see the world in their unique way. If you're right brained, you likely have a talent for creative writing and art. Your right brain prefers day dreaming, philosophy, and sports. |
Pengajaran dari Toba & Yellow Stone; supervolcanoes
+++++++++
sharing some facts...
baru2 ni di dalam siaran National Geog. ada menceritakan perihal
Yellowstone..fakta di bawah adalah benar belaka..berkenaan lake toba,
kurang pasti..
Toba Dan Yellowstone
RENUNGKAN SEPOTONG AYAT AL-QURAN:
Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil).Sedangkan Kami
memandangnya dekat (pasti terjadi).Pada hari ketika langit menjadi seperti
luluhan perak. Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan),
(QS. 70:6-9)
Kita semua tahu betapa dahsyatnya apabila gunung berapi meletup. Lihat
sahaja kesan letusan St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina. Jika
letupan terjadi di kawasan berpenduduk, beribu-ribu orang yang tinggal
berdekatan atau di lereng gunung akan terbunuh. Tetapi letupan
gunung-gunung berapi ini hanyalah permainan bunga api kecil jika
dibandingkan dengan letupan gunung berapi "super"(super volcanoes).
Super volcanoes adalah punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya selain
hentaman asteroid. Ianya boleh meletus dengan kekuatan beribu-ribu kali
ganda dari kekuatan gunung berapi biasa. Ia boleh diam beratus-ratus ribu
tahun dan mengumpul magma yang banyak di dalamnya sehingga meletup dengan
dahsyat yang boleh memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan sejagat.
Kajian menunujukkan letupan terakhir setakat ini terjadi lebihkurang 75,000
tahun yang lalu di kawasan Toba, Sumatera. Ianya 10,000 kali ganda lebih
kuat dari letupan Mt St Helens dan menghamburkan beribu-ribu km isipadu abu
ke udara sehingga seluruh dunia menjadi malam berbulan-bulan. Dianggarkan
letupan hebat ini telah hampir memupuskan manusia dimana jumlah penduduk
dunia tinggal dua ribu orang sahaja. Kajian genetik menunjukkan semua
manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok manusia yang selamat ini.
Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. Kejadian gegaran demi gegaran
di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau petanda Toba kembali aktif.
Jika Toba meletup, kita semua di Malaysia hampir pasti akan mati. Semua
kehidupan 1,000km sekitar letupan akan mati serta-merta. Kemudian, suhu
dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu di
angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan pupus
akibat perubahan suhu ini. Abu tebal akan meliputi mukabumi sehingga India
dan China. Tsunami raksaksa akan menghentam pantai timur Afrika, India,
Asia Tenggara dan Australia.
Satu lagi super volcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di Amerika
Syarikat. Tanda-tanda menunjukkan kawasan ini sudah kembali aktif sejak
beberapa tahun lalu. Permukaan bumi kawasan ini sudah mula menggelembung.
Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003
kepada awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok
sudah mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan ini. Di
dasar Tasik Yellowstone,gelembung tanah setinggi 70m telah muncul.
Ikan-ikan tasik mati dan timbul memenuhi permukaan.
Kajian menunjukkan Yellowstone meletup setiap 600,000 tahun sekali. Letupan
terakhir adalah 640,000 tahun yang lalu. Kita sudah diberi 40,000 tahun
perlepasan oleh Allah SWT. Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak lama
lagi? Mengapakah pihak berkuasa Amerika dan
media mereka "tutup mulut" mengenai kemungkinan bencana besar ini yang
boleh membunuh berbillion-billion manusia?
Now, renungkanlah... apakah
selama ini kita hidup dengan selesa akan terus selesa dari bencana Allah?
Renungkan amal dan dosa kita selama ini. Renungkan insan-insan yang pernah
kita berbuat dosa kepadanya.. mungkin kini masa untuk kita bermaafan dengan
mereka. Dosa dengan Allah? Segeralah bertaubat kerana pabila nafas telah di
halkum segalanya telah terlewat.
Thanks a lot for sahabat, those forwarded this message.... and please
spread this out.
Semoga Allah mengampun segala dosa ana dan kalian semua.
AMIN...
Friday, April 15, 2005
Amaran dr Allah
Berita yang baru dibawa oleh kawan kita yang baru balik dari kelantan.Kejadian berlaku diHospital kubang Krian, dimana seorang bayi yang baru lahir yang tangannya tertutup rapat ....tak boleh dibuka sehingga dibuat solat hajat baru bole buka....... nak tahu apa yang tertulis dalam genggaman tersebut......tertulis kalimah Allah s.w.t ditangan kanan bayi tersebut dan tarikh 25.11.2005 disebelah gengaman kiri......RENONGKANLAH!!!!! dan malam tadi....siapa yang tengok Misteri Nusantara...kesah surah dalam Al-Quran ada yg hilang!!! tak kan Mak Chik yg dah khatam 40 X Quran yang sama .....boleh hilang surah tersebut oleh bahan kimia tak logik!!!!
Ni plak emel lama… rasa ni masa study lagi dpt emel ni
...DIDALAM MULUT BAYI AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapitakdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut.............. Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi" Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...
Adakah anda percaya ? Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan Pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda- tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh dinegara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................
Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya.. oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian.. Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)
===***+++
Ye, skrg pon Indonesia tgh berlaku kekacauan. Huru hara, memula Tsunami, Gempa Bumi berlarutan, skrg ancaman gunung berapi. Ye kita tak tau masa hadapan. Tp kita kena ingat apa yg nabi kata akan berlaku tu sudahpun berlaku depan mata…Mcm Ustaz Taha tu kata 5 thn lepas.. masa tu mana ada tanda2 Indonesia kecoh lgi tp skrg dah nyata lagi bersuluh.. sama2 lah ambil pengajaran..Sbnrnya aku tak kata org lain., aku kata aku sendiri. Dlm pada kita terlalu sibuk ngan hidup harian , jgn lupa bekalan akhirat.. takut ni .. banyak dosa lagi… dosa bengang kat org.. dosa tu dosa ni.. banyaknye.. ni ingat kat mak ni. Lama dah tak tepon dia.. nak tepon dia skrg jugak… huhuhuhhu..
Thursday, April 07, 2005
Posisi Makkah Di Permukaan Bumi
Namun kalau orang bersungguh-sungguh memperhatikan ilmu yang terkandung dalam Alquran, walaupun belum pernah keliling dunia, akan dia temuilah data-data ilmiah yang saling berhubungan menerangkan betapa keadaan bumi ini dulunya bersamaan dengan planet-planet lain mengitari surya sebagi pusat orbit. Hal inilah yang menjadi pokok dalam penganalisaan kita dalam memperbincangkan posisi permukaan bumi di mana kota Makkah dinyatakan ibu segala negeri dan Ka’bah adalah tempat rumah pertama paling tua.
Nak tahu seterusnya, klik sini
banyak org banyak ragam
Tp ada org, post dia kerani je, tp masyaAllah, kerek dia mmg aku tak tahan., Banyak jugak yg aku jumpa post dia sbnrnya tak seberapa, tp lagak dia, mak aaii aku ni mmg tak tahan ngan org berlagak..mulalah aku buat bodo je...kui kui kui padan muka ko.!!!
Tadi masa meeting, mix with management people and us. Tp yg aku berbulu tu, sbb ada la sorang mamat ni ,dr pandangan aku dia mmg berlagak le.. Dah la ko curi password, pastuh ko biarkan je.., bukan ko nak ikut prosedur yg betul, tp main belasah je, janji ko bleh setel prob ko.. dan tinggalkan hasil perbuatan ko tu pd org lain.. bleh ke macam tu??? tak boleh kan.. problem effect sistem aku ni la.. tu la pasalnya boss aku dah bengang sgt, n dia tak mo join meeting tu. Dia wakilkan aku join.
Padahal, kita dah bgtau sebelum ni, dilarang sama sekali direct access pd database, sbb ni mmg akan effect.. user seluruh malaysia akan terasa kelambatan sistem. Kita minta dia hantarkan pd our team apa yg dia nak, dan kita bleh bg apa yg dia nak in a proper way,(alternative way ) tanpa ada apa2 effect pd sistem. Tp tak jugak buat nye..eii apa nak jadi ni..
Tp masa meeting, aku tak de la menyalahkan sesiapa, cumanya aku xpresskan apa yg perlu dia buat.the right procedures.aku mmg tak suka bg kata2 laser aku pd org..tak suka bantai org depan org ramai..aku ni jaga jugak le air muka org heheh ..pendam je le..Tp yg klakarnya, bila aku kuar bilik meeting, bukan aku sorang je yg rasa berbulu, ada jugak org lain yg berbulu ngan dia... kah kah kahhhh.. aku rasa lawak antarabangsa plak ...Boss aku plak , kalu dia tak rasa selesa jumpa org, dia akan wakilkan aku le...
Bila aku nak ada duit banyak nih??? :)
Wednesday, April 06, 2005
Virgo Girl
If your child is born in Virgo, he or she is cautious, discreet, and not only contemplative but industrious. Virgos will enjoy the things money can buy and will gladly work for them. The Virgo child is self assured but not easily content with the commonplace. He or she will learn quickly but may worry at times. Virgos will be sensitive to their surroundings and have a thirst for knowledge. They will be very careful of details and can view things with a critical eye. The Virgo child is methodical and spends little time speculating on the unknown.
The Virgo child can absorb and learn anything he or she is determined to learn. Virgos want facts; in business they work for greater improvements, sometimes unobserved and unappreciated. These individuals are greatly affected by marriage and expect purity and constancy in mates.
Virgo children are persevering and ingenious as well as very intelligent, but rarely control their own lives or make changes unaided. They make money and spend it for pleasure and education instead of on material things.
Virgo can succeed in life as an agent or intermediary for a large company, or can be a trusted executive assistant for a public or political figure. He or she excels in general commercial ventures, imports and exports, and matters connected with the earth and its products. Virgo persons generally rise in life through their own merits.
Writing, bookkeeping, record keeping, research, and the instruction of others lure this person.
Me: "i love this quote" - kalau lah dapat job mcm ni.. wah wah best nya...may b aku kena jadi penulis lah.. heheh
Virgos are most compatible with Taurus and Capricorn.
jepong name
Fumie Aizawa- nama jepun aku ...hehehehhe ni rasa nak gi jepun sgt2 ni..
sape nak cuba , klik sini.
http://rumandmonkey.com/widgets/toys/namegen/721
dr blog mior. kawan lama aku.
Minah kerek VS Abg Guard
Abg Guard: "Pakai pass cik"
Minah : Buat Selamba (atau dia ckp sesuatu tp aku tak dgr)
Abg Guard: "Maaf cik, sila pakai pass"
Minah : (aku tak dgr sgt apa dia jawab)
Abg Guard: "Nanti kena ambik nama"
Minah : "Ambiklah ,.." mcm tak heran
Svisor abg Guard dtg: " Cik , sila pakai pass"
Minah : "I nak letak kat mana? i am not comfortable OK"
Svisor ambik nama, dan lepaskan minah masuk lif
Tentu Abg GUard dan Svisor abg guard tu menyampah gila ngan mjinah kerek ni kan.Aku yg tgk ni pun jadi kesian dekat abg guard tu. Yelah , dah keja dia cek org pakai pas kad ke apa ke , kita kena ikut je la kan. Jgn sesekali pandang rendah plak kat dia semata2 hanya krn dia guard, OK? Kalau tak de guard, sape nak jaga bangunan yg ko duduk ni. Dah la ko hanya visitor kat bgunan ni, ko nak tunjuk lagak plak.
Mungkin itu cabaran abg2 guard yg keja kat bawah tu, jumpa org2 yg kerek sgt mcm minah tu,...Tak pe Sabar ye abg2 guard semua..
Dlm Lif, lepas Minah tu keluar
Abg OpisMate: " Eii nak pakai passkad pun susah, pakai je lah, Nanti masuk lif buang lah, takut kuku rosak kot ataupon hilang cantik.Sampai 3 kali kena suruh"
OpisMate : "A'h, tak pe glamer"
Aku : " Tah le , susah sgt kot pakai pass" , nyampuk gak aku ye..hehehhe
Ye kecantikan rupa paras je tp kalau tak disulami ngan budi peketi nan indah, mmg menyakitkan mata memandang. Mungkin Minah tadi tu rasa dia dah cantik sgt, Bergaya, keja kat tempat best, so dia tak perlu nak mengikut arahan org lain (abg guard)....
Akhir kata, hiasi dirimu dgn hati nan ceria dan senyumlah seindah suria...yg membawa sinar....(ehh betol ke aku nyanyi ni?)
Tuesday, April 05, 2005
sessi luahan perasaan
Aku xplain, "kita develop sistem based on user requirement. Kalau tak de user yg bg input masa requirement, kita tak tahu dan kita tak buat".
User: "sape user tu? kita tak dipanggil bg input pun?"
Aku : "ye kita hanya panggil wakil user kat KL je,xx, yy,zzz sbb senang nak communicate, ada meeting semua"
User: " tulah " sambil membebel.
Aku : " Lagipun kita ikut je sistem yg lama, n tambah yg baru apa yg patut"
User: " knp nak ikut sistem lama, ni kan sistem baru?"
Aku : "based dia sistem lama"
dan dia minta aku tambah new requirement dlm sistem.
Aku ckp , kalau nak enhance boleh tak encik hantar email pd project manager, sbb verbal ni tak kira, dia kena ada hitam putih, sbb bila ada user lain plak yg query, kita ada bukti kenapa ubah sistem. dan bila dah hantar email, kita kena analisis dulu.Biasalah bila ada masalah, masing2 tak nak mengaku sbb verbal je kan, dan susah nak trace dr siapa.
User : "alah, nak email2 ke?"
aku : "yep".
User : "ok, saya diskas dulu ngan boss saya"
Ha tahu pon nak diskas dulu ngan boss, maknanya tahu plak takut kena soal kemudian hari. Kalau verbal ni, bukan main lagi je nak mintak tu mintak ini. siap marah sistem tak betul, ini tak betul apa pon tak betul..tp kalau aku dah xplain kena tru bertulis, haa tahu pun nak diskas.
Lepas tu, dia call lagi, kali ni bukan aku lah, member aku sorang lagi, Siap bagitahu member aku tu yg dia dah report kat sorang staff, tp tak de tindakan yg diambil.
Adohhh,,, ko ingat senang je ke keja kami2 ni? satu yg dia mintak berapa banyak yg kami kena ubah? database checkup. log file, history, tak masuk programming part yg dioutsource pd vendor...? ingat klik2 je ke? mcm keja harian depa tu? agaknya dia ingat utk ubah satu2 benda yg dia mintak tu, aku hanya perlu bukak skrin dan klik sana klik sini ,then OK mcm yg aku buat utk diorang???
Masalahnya tak semudah tu kawan.
Ko tahulah bila ko deal ngan ramai org, ko akan jumpa org yg mcm2 ragam. mcm2 perangai. ada yg cool, ada yg sabar jugak, ada jugak yg nak ikut angin dia je..
aku bukan nak menyalahkan semua user, yep mereka pon manusia biasa, tp dia jugak kena ingat yg kami develop sistem ni bukan lah semata2 nak menyusahkan hidup dia, tapi sama2 nak menyenangkan user jugak. aku bukan anti user. tp kekadang user seolah2 anggap yg kami ni semuanya salah.Kiranya sistem tu yg salah, mmg kami memerlukan cadangan dari pihak user jugak utk membantu menyiapkan sesempurna mungkin sistem ni.
Ada jugak user yg bertoleransi, faham condition .Mmg relationship kami baik. Tp dlm setandan pokok pisang tu, tentu ada satu dua buah yg rosak kan.
Sorilah kalau aku tulis agak kasar sedikit, tp aku nak luahkan hati aku nih. ye sesiapa yg bukan org sistem, mmg tak memahami, tp cubalah juga faham condition org lain. Bayangkan nanti, kalau pon bukan ko yg buat benda ni, macamana kalau nanti2 anak2 kau plak yg keja mcm aku ni?? mcm mana anak ko hadapi user yg mcm ko???pkr-pkrkan..
to my beloved tolerant users, i luv u all. hahhehhehe
Monday, April 04, 2005
Sabar kena kuat lagi
X: “nape kak X buat tak dapat2 ni, satu apa pun tak keluar, nak assign tak dapat, nak dispatch tak dapat.. semua tak dapat,..” suara garang gila
Y: “semua tak dapat? Saya cek kat pc saya ok je ni”
X: “ dari tadi kak X try buat tak dapat2, apasal tah ngan sistem xxxx nih”
Y: “ saya nak advise pun saya tak tau nak ckp apa lagi sbb semua tak dapat, bleh tak direct ngan boss saya , Pn Z, ckp semua tak keluar.
Tak lama lepas tu
Kring kring
Puan Z: “ u ada receive call dari XXXXXXX?”
Y : “tak de”
Puan Z: “dia kata ada call u,”
Y : “o0o0 kak X ke, aa’h ada.”
Puan Z: “U ada buat solution apa kat dia?”
Aku explain, Kak X call n ckp mcm ni mcm tu kat aku.
Puan Z: “apa solution U?”
Y: “ saya mintak dia direct ngan Puan sbb dia kata semua dia tak dapat buat, saya pun tak leh nak solve apa masalahnya”
Puan Z: “U tak ckp kena check Windows and IE ?”
Y: tak
Puan Z: “Lain kali u kena tanya dia guna Windows apa, dia guna windows 95 mmgla tak dapat”
Y : “OK”
Ye, tetiba aku jadi sedih. Sedih yg amat. Tak tau nape.
Tak leh nak tulis sbb tak reti nak tulis,
Tp yg aku sedihnya
Kak X bukan sekali ni je tepon aku, berkali kali , dan aku sangkakan mmg dia pengguna sistem aku yg dah lama kan. Jadi aku tak assume masalah yg dia hadapi hanyalah kerana system PC yg tak menepati system requirement.
Masalah spt guna WINDOWS 95 dan guna IE selain version 6.0 hanya dialami oleh user2 yg baru, bukan yg telah lama,.Oleh kerana selama ni aku selalu dea ngan Kak X, aku mmg assume bukan masalah ni yg dia hadapi. Tp bila Pn Z kata dia mempunyai masalah ni, ye aku tau apa persepsi Pn Z pd aku.
Kau paham apa yg aku rasa???
Aku pernah handle masalah yg lebih teruk dr ni, tp masalah sekecil ni menyebabkan aku down., kau mmg tak paham aku kalau kau bukan di tempat aku…
Aku sedih sbb kalau user telefon aku dlm keadaan marah2. . mungkin dia tensen, tp dia tak tahu ke kalau nak kira tensen, aku tensen lagik..Atau paling kurang , bukan dia sorang tensen hadapi user. Aku tahu sejak akhir2 ni, aku sudah tak friendly lagi dgn user. Mungkin sbb terlalu banyak kerja lain aku tertangguh hanya kerana melayan user2 yg berbagai ragam dan berbagai sifat. Tp aku cuba jugak buat yg terbaik .Dlm suara yg masih terkawal, aku try bersabar. Tp bila time aku sendiri tensen, lepas tu user dgn suara garang2 menyalahkan itu ini, ko tahu apa jadi “ tensen bertemu tensen” o0ohhh sbb tu tadik aku mintak dia direct dgn boss aku je..
Aku kena bersabar lagi. Tingkatkan kesabaran aku, Ya Allah. Kerja mmg memerlukan kesabaran. Biarlah yg lepas. Tp aku mmg tgh sedih gila ni. Sedih gila babas////
Hhohohohohohoohoh, tak pe la engkau wahai user2 aku yg aku sayang sgt2, teleponlah aku lagi spy leh dgr suara lemak manis merdu aku ni lagi. Jgn tepon org lain. Biar keja aku pun terbengkalai. Biar lah, Biarlah apa nak jadi ponnn.. J
Lain kali ingat ini
WINDOWS 98 above and no less than IE 6 !!!!!!!