Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, March 31, 2005
hai , user lah user...
Dia gelak sakan tiap kali tmpt aku berdering2 dgn telefon.
Dia kata tmpt aku mcm call center.
X:" ha?? ko baru tahu ke? kalau ko nak tahu, mcm ni lah aku hari2,
mana kerja, mana nak jawab telefon."
Y:" nasib baik user aku sorang je"
X:" yelah user aku nationwide"
Y:" tulah, ko kena tegas skit, ni ko lembut sgt"
X:" ye ke? aku lembut sgt ke? macamana nak buat suara tegas???"
Y:"lain kali kena tegas,......bla bla bla"
X:" aku rasa aku dah cukup tegas dah tp tulah,.."
sbb tu ke user suka sgt telepon aku. dan user yg kepoh skit, suka menyalahkan aku. sbb aku tak marah diorang ke?
Mungkin aku akan dgr dan praktikkan nasihat kawan aku...siaplah user2 yg suka marah aku, mrk akan bertemu buku dan ruas kali ni..hehehehhehehe....
Wednesday, March 30, 2005
Sabar kena banyak lagi!!!
1. aku tak leh siapkan kerja2 aku sbb tepon aku berdering2..user aku asyik telepon aku je..nape dioranga syik telepon aku, sdgkan bukan aku sorang yg support sistem ni. :(
2. yg phone tu plak, aduhh,, masalahnya kecik2 je, tak add tu tak modify ni macamana nak nmpk?
3. aku rasa jiwa aku tak sesuai nak support menyupport ni..sbb kalau tak, mmg keja aku asyik pending aje.. last2 aku dah boring dan tak ada semangat nak buat keja kau.. kau bayangkan, tgh ko kusyuk2 buat keja, ko banyak sekali diganggu oleh deringan2 telefon nationwide, sekali tak pe lagi, 2 kali tak pe lagi, tp kalo berkali2...? last2 ko dah hilang concentrate pd keja asal ko,.. dan mula lah ko merapu surfing, bc blog memember, etc etc...
Selama ni aku anggap kerja sbg satu jambatan nak meneruskan hidup. Aku mmg bercita2 tinggi.. tp kalau nilah keja aku hari2, lelama aku leh demotivated..
Tak pe Sabar. Sabar bebanyak,.. memana keja pun ada rintangan dia.. aku kena ingat ni kan?
- gegaran baru2 ini mmg mengingatkan aku yg dunia sudah semakin hampir ke penghujungnya. sedangkan aku masih terkial2 mencari nafas dunia ..Sudah bersediakah aku?
Friday, March 25, 2005
Nak Kaya kan? Kaya dan Pemurah
+++
Petikan kata-kata
Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
L/belakang Syed Mokhtar
- Umur – 53 tahun
- Pendidikan – SPM
- Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan –RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
- Sumbangan sosial –Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ..….kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan
i. Tun Dr. Mahathir
Untuk berjaya, kita hendaklah mengharapkan pertolongan tuhan. Kalau dah berjaya, kita bersyukur. Kalau tak dapat, kita tak kecewa.
Robert T. Kiyosaki
i. Every one has a dream to succeed. In order to succeed, you must have a will and skill. Otherwise you will be ill. At the end of the day, your dream will be killed.
+++++
Paling suka ayat ni
Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
Thursday, March 24, 2005
Anak solehah
2. " ni umi kan kan kan" sambil buat kepala terteleng teleng sambil senyum2
tulah antara kata2 my sweetheart ni yg terngiang2 kat telinga aku. biasalah toddler age 2-3 years, mmg seronok dgr diorang bercakap. banyak tanya, dan bersedialah utk memberikan jawapan.
Aku sentiasa mendoakan spy Ya aku ni mendapat kecemerlangan dunia akhirat. Jadi anak solehah, boleh mendoakan kebahagiaan kedua ibu bapanya di alam barzakh nanti.
Semalam, sampai rumah kul 8, dan dia tak kacau aku skit pon, lepas solat maghrib yg dah lewat, aku bleh masak dgn senang hatinya,
Sempat plak aku masak soteng goreng pedas, ikan goreng istimewa"(resipi ada dlm prev entry hehhe). dan at last aku buat kerabu mangga .. huh , mangga lagi...
resipi kerabu mangga
mangga "dilicik/dimayang"
bawang merah 1-2 ulas, cili padi, ikan rebus ditumbuk, limau nipis, garam, santan skit kalau ada,
kacau2 dan makannn...
kenapa aku obses ngan mangga..? emm sejak azali lagi.ingat zaman sekolah dulu, kawan pompuan bawakkan sebaldi mangga yg boys bagi. Pkok mangga tu ada kat kawasan hostel boys la plak, kalau kawasan girls, aku rasa kejap je pokok tu dah tak berbuah sbb kena bedal ngan kami2 yg hantu mangga ni...ko bayangkan satu baldi sedang (bukan baldi kecil), penih ngan mangga kejap je abis kena belasah ngan satu dorm. dorm aku luas yg dipisahkan dgn bilik2 kecil. satu bilik, 2 org..ingat zaman sekolah.. mmg best kan..
Ari ni citer pasal gred ngan akak2 opis ni. tp mmg sedih sbb tah le malas nak citer. Rezeki kat tgn Tuhan, sesapa yg sekat tu, terpulang lah, kena soal nanti, tanggung lah sendiri..
Tuesday, March 22, 2005
Reality VS Fantasy
The way you think about things makes you a Conceptual Synthesizer. This means you easily grasp underlying concepts when learning something new. You're also able to see complex relationships between ideas that are not always apparent to other people. You're very focused in your approach to life and are not easily distracted.
How did we determine that your thinking style is that of a Conceptual Synthesizer? When we examined your test results further, we analyzed how you scored on 8 dimensions of intelligence: spatial, organizational, abstract reasoning, logical, mechanical, verbal, visual and numerical. The 3 dimensions you scored highest on combine to make you a Conceptual Synthesizer. Only 6 out of 1,000 people have this rare combination of abilities.
====
This number is based on a scientific formula that compares how many questions you answered correctly on the Classic IQ Test relative to others.
Your Intellectual Type is Visual Mathematician. This means you are gifted at spotting patterns - both in pictures and in numbers. These talents combined with your overall high intelligence make you good at understanding the big picture, which is why people trust your instincts and turn to you for direction - especially in the workplace. And that's just some of what we know about you from your test results.
====
You're a visionary in many people's eyes - able to think outside of the box to come up with your own solutions. You're creative not necessarily in the artistic sense, but because you can expand your mind to do things differently from others.
It might take a while for colleagues to recognize and reward for your entrepreneurial spirit and abilities. That could be because they envy you, or because they find your ideas slightly rebellious - willing to go against the current.
All in all, you make it hard for people to pigeon hole you. That is why you, more than others, need a job that allows you to play to your strengths, break out of the mold, and truly excel
++++
is it right? emm, but in reality, what is your current job is not a job that u are really wish.
yeaahh nowadays, u can't too choosy, or otherwise u can't get job forever.
as for me, although my current job is not as my wish, i hope i still can do the best,can fulfill my responsibilties well, achieved my personal target.
Monday, March 21, 2005
menuku
Resipi harian aku kalau hari kerja dan nak cepat.
1.Ikan goreng istimewa.
Bhn2nya
-kunyit hidup (tak kisah banyak mana-sebesar ibu jari pun tak apa)
-garam kasar
-bawang merah 2-3 ulas
-bawang putih 2-3 ulas
-cili boh kasik dia merah skit.
bhn2 boleh tumbuk banyak2,bila nak guna , just lumurkan pd ikan yg hendak digoreng ya tuan-tuan dan puan-puan.
bhn2 ni tak bleh simpan dlm peti, sbb dia mengandungi garam yg banyak jugak(sbg bahan pengawet), nanti rosak plak peti2 tu kang..just simpan dlm bekas bertutup, bila nak goreng ikan je bleh guna..best dan cepat..:) ni resipi mak aku.
Resipi ke2 ni kalau kau ada simpan mangga muda yang banyak, tak habis nak makan..resipi ni best kalau makan dgn nasik panas.. yes balik ni aku nak makan sambal ni.
senang je nak buat.. bleh tumbuk banyak2 dan simpan je dlm peti sejuk
2. sambal ikan kering mempelam muda-ikan kering yg ada isi digoreng @dibakar
-cili padi n cili merah secukup rasa nak pedas
-garam
-mangga muda.
sumer tumbuk2 sampai lumat.. dan bleh lah dimakan bersama nasi panas..pasti berselera..!!ni resipi arwah moyang aku turun temurun.
3. Lemak Tempoyak cili padi
Resipi ke3 ni plak resipi dihari minggu.biasanya ada permintaan @aku rasa terlebih rajin nak duduk kat dapur..
-bawang merah n bawang putih 2,3 ulas
-serai
-kunyit hidup
-cili padi
-lengkuas
(kisar semua)
perah santan, masukkan asam gelugur, cili boh, tempoyak, daun kunyit kalau ada, daun kesum kalau ada, ikan@ayam, dan bahan2 dikisar, garam secukup rasa. kalau ada nanas @ ikan kering @ belimbing buluh bleh tambah sbg penyedap rasa.. dah siap..kejap je,(pon resipi dari mak aku)
Makan dgn sambal mempelam muda fuhh sodappp...
cukuplah dulu pelajaran utk hari ni ye anak2 murid.
Friday, March 18, 2005
Doa Sheikh al Mohaisany
sesiapa yg masih ingat doa yg dibaca ketika bulan ramdhan dulu2, Shaikh ni dah ditangkap kerana membaca doa ini. Dulu ada Video flash, tp link ni ada audio je.
May b video tu pun dah di banned oleh org2 tertentu.
Credited to abuhandzalah@blogspot.com.
tERjumpa ni masa tgh cari petua ...
Sape nak PIZZA KUPON free... cepat2 sblm 10th April
KLik Sini
Tuesday, March 15, 2005
Lupa link
sabar, moga masih ada harapan utk kalian
kalaupun matrikulasi tak mahu menerima mereka, aku doakan harapan mereka masih cerah. IPTA masih boleh menerima mereka. Mungkin mereka perlu mengikuti kursus tanpa melalui Matrikulasi.
Allah lebih mengetahui yg mana benar dan yg mana salah. Kalaulah benar hanya kerana mereka belajar ilmu agama di Pakistan menyebabkan mereka dianggap "terorrist" hanya Allah jua yg dapat menolong mereka.
Kalaupun tidak didunia ini mereka diadili, sudah pasti di akhirat nanti, yg benar tetap benar....
Tidak takutkah mereka2 yg menganiaya org lain? kalaupun mereka tak tak punya kuasa didunia, aku percaya doa aorg yg teraniaya akan dimakbulkan Allah...
Ye pada mereka2, aku doakan kalian pasti berjaya...
details, klik
sini
Friday, March 11, 2005
Little Stuart 2
fortunately i have my little sweetheart who can make my day..:)
nowadays,she was always request for me to open the LITTLE STUART 2 cd, everytime we were at home, that is the only things she want to do.. yes, play again and again the cd, till morining until night.. then we (other than this little sweetheart) can't see other movies,.. huhu...
but the best part is, she can see the mouse,the bird Mangalo, George which he called "Abang" without disturbing me doing my works..(sometimes only, but most of the time, she wanted me to be there beside her, even i can remembered all the words in the film already);...
uh, that is the hardship of being a mummy to bring up the children until at least 5 years.. kekekkk.. but anyway i love her soo much..of course..
don't want to talk about work, coz it is the peak of bz day..(and i still can write here to release my tension..:))
see you at home my little sweetheart!!!
Wednesday, March 09, 2005
bz day
kekadang tu, aku jawab soalan dari teman2, tetapi selepas menjawab soalan itu, aku akan rasa bersalah pd diri sendiri kerana menjawab dgn lurusnya...o0hooo...
itulah yg terjadi tadi...i have a lunch with my junior..dia tanya something..masa tu mmg aku menjawab soalannya sbg seorang kawan, yg mana aku berikan jawapan aku terus terang..skrg ni, aku tak bleh nak maafkan diri aku sbb aku menjawab soalan dia tadi.. apalah salahnya kalau aku tak beri jawapan, atau aku kata rahsia....tp tu la masa tadi tu, aku tak de niat apa2 pun, ntah le lain kali better senyum je kalo rasa tak nak jawab...wink :)
Thursday, March 03, 2005
Petikan ceramah Ustaz Hassan Din. 3/3/05@ 1.00 pm
Ingat- Selari dgn kedatangan tahun baru, kena ingat, semakin bertambah usia, semakin sedikit baki umur yg tinggal, Sentiasa ingat mati.
Peristiwa.
Ali gantikan dirinya di malam hari ketika kaum Musyrik ingin membunuh Nabi. Abu Bakar bersama2 Nabi ke Madinah. Asma’ yg meninggalkan bekas2 tapak kaki Nabi utk menjaga keselamatan Nabi dan Ayahnya.
Hikmah di sebalik Hijrah.
Satu.Kita nak anak muda yg macam Ali. Tp anak muda zaman skrg? Anak muda yg mata kuyu?Kalau mcm nilah anak muda, buat menyemak je. Nak cari mana yg mcm Ali? Sengaja Allah paparkan watak2 mcm Ali. Yg jiwanya Islamik. Mengorbankan diri kerana Allah.Bukan mengorbankan kerana dadah. Apabila ditanya kenapa Ali sanggup tidur di tempat tidur nabi. Ali menjawab
“ kerana aku tahu yg Kaum Musyrik ingin membunuh Nabilah, aku sanggup menggantikan diriku. Kerana kalau aku yg mati, hanya aku seorang yg mati, tp kalau Nabi yg mati? Berapa ramai lagi yg akan mati. Bagaimana dgn Islam” Jawapan dari anak muda yg mungkin anak muda zaman skrg tak akan terfikir.
Dua.Islam nak watak org tua mcm Abu Bakar. Meninggalkan segala2nya semata2 nak selamatkan Nabi. Hijrah bersama Rasullullah. Tp kalau org tua yg pikir keduniaan?. kalau pk duit je, pk harta, buat apa.
Tiga. Nak Wanita mcm Asma’. mempertaruhkan nyawa demi Islam. Mempertauhkan nyawa demi keselamatan ayahnya dan Nabi. Jgn jadi wanita zaman sekarang, yg mendedahkan sana sini.
Cakap pasal kejayaan Islam. Sepanjang 13 tahun di Mekah,jgn kata nak bina masjid,nak sembayang pun tak boleh. Tp sampai di Madinah, Islam kuat, gagah. Saya berpendapat kejayaan islam di Madinah ada hubungkait dgn perancngn kuat .Perancabgan semasa dlm perjalanan Hijrah. Semasa perjalan ke Madinah, di Kuba’ Nabi bina masjjid, sampai di Madinah bina Masjid Nabi. Sekiranya Umat Islam menjadikan masjid berperanan, kerajaan mudah berkembang..
Agenda kedua. Kejayaan islam mengambil kira perpaduan. Satukan Aus & Khazraj. Sblm ni, memasing berebut nak jadi ketua. Berperang sesama sendiri.Beribu-ribu meninggal. Tp bila nabi ke Madinah, berpegang pada tema “muslim adalah saudara muslim”. Manusia yg bersengketa selama bertahun, mereka bersatu, Tida lagi Aus, Tiada lagi Khazraj. Wujudlah Ansar.. Satukan pula Ansar dan Muhajirin. Penyatuan tanpa syarat. Khalifah pertama , Abu Bakar (Muhajirin), Umar ( Muhajirin), Usman (Muhajirin)-penyatuan tanpa syarat..kerana inilah islam berjaya,Muslim adalah saudara Muslim.
Kesimpulan
Kejayaan Hijrah.
1. Jihad. Kena ambil kira anak muda,orang tua, wanita. Watak2 seperti Ali, Abu Bakar dan Asma’
2. Penyatuan tanpa syarat. Tida masalah. Tiada perbalahan. Kerana itu Islam berjaya mnguasai 1/3 dunia.
Nabi bersabda
“Org yg berhijrah yg sebnrnya ialah org yg pmeninggalkan apa yg Allah larang. Apakah kita masih melakukan apa yg haram? Tinggal.. itulah hijrah yg sebenarnya.”
“Tidak ada lagi Hijrah selepas pembukaan Madinah, yg ada hanyalah Jihad. Niat kerana Allah.”
“ Org yg bersedekah, rahsiakan sehinggakan tgn kanan memberi, tgn kiri tak tahu”
Berhijrahlah kerana Allah.
----
Sekadar sedikit sumbangan aku sbg umat Islam. Sambil mendengar, aku taipkan isi kandungan ceramah. Mudah-mudahan ramai yg mendapat ilmu darinya. Maaf kalau ayatnya tunggang langgang sedikit.