Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, April 26, 2006
Ayah dan anak
User yang aku sentiasa deal tapi tak pernah mendengar suara,sekali dengar suara, identiti aku dikenali.Aku tak kenal User aku ni tapi user aku siap tahu dulu aku sekolah kat mana, masuk u mana..
Aku terus telefon ayah utk bercakap dgn GM (ayah-ketua keluarga, juga layak digelar GM kan).
Terima Kasih pada ayah.Sbb ayahlah aku disini.
**
Masa kecil-kecil aku selalu cakap
1.Kenapa ayah tak jadi ke Australia, kalu tak aku dah jadi mix dah(sbb ayah kawin minah salleh)
2.Kenapa ayah berhenti kerja kat Sabah
3.Kenapa ayah tak kerja kat **. Kalau tak mesti sekarang aku jadi warga KL.
Sekarang, aku sedar....
Kalau ketiga-tiga kat atas tu berlaku-maknanya aku tak ada kat dunia ni. atau kalau no 2 dan 3 jadi, mungkin aku yang itu bukan aku yang ini.
p/s:Kita selalu tak nampak dan sedar apa yang kita ada.Tapi selalu fikirkan apa yang kita tiada. Sebab tu ada sorang kakak cakap kat aku
"Kita sebenarnya tak boleh cakap KALAU" ...aku rasa sbb sebenarnya KALAU tu tak pernah wujud.Benda yang tak wujud tak payahlah difikirkan.
Ibu dan anak
Aku seorang ibu dan aku juga seorang anak.Kadang-kadang keadaan memaksa anak berjauhan dengan ibu.Aku mahu anak aku depan mata aku
Tapi kadang-kadang aku sendiri mau berdikari jauh dari ibu aku.
Mahu menetap oversea (konon-konon)
Mahu jauh supaya kalau aku susah hati,ibu aku tidak tahu.
Mahu jauh supaya hanya yang bagus-bagus, ibu aku nampak...(hehehehhe)
p/s:Itulah kasih seorang ibu.Org kata ibu boleh jaga 10 orang anak.tp belum tentu 10 orang anak boleh jaga seorang ibu.
Dialog semalam
Umi : Siapa nak ikut abah kat kedai
Ya : Ya (angkat tangan)
Abah:JOm, nak pergi dah ni
Ya : Tak nak pergi
Abah:Sbb apo plak
Ya : Ya nak jaga umi (peluk umi kuat-kuat)
Anak kecil.Hatinya polos.Bila besar.Harapnya hatinya juga sepolos ketika dia kecil.
Thursday, April 20, 2006
all in one
Aku tgh sembang ngan org belakang aku merangkap kawan aku(junior aku)
Abg belakang 1:Masuklah,nape tak masuk,baru dia tahu ada orang panjang ni
Aku :A'h OK.
Aku masuk.Aku intai.ada tulisan panjang di skrin.'ooh 50RM kehabisan.Ada not 10.Tak boleh lebih 20 keping pengeluaran'.Abg depan nampak blur.Aku bagitahu dia apa sebenarnya.Tolong tekan amaun yang sepatutnya spy duit dia keluar.RM200.Rupanya dia nak keluarkan RM1000.aku jelaskan dia boleh keluarkan amaun tu tp banyak kali.
Bila tgk dia aku rasa sedih plak.Sbb mesti abg tu rasa bersalah sgt.Sbb orang panjang.AKu plak silap sbb tak masuk awal-awal.Kalau aku masuk mesti boleh tahu apa jadi.Tak perlu orang dah ramai sampai 3-4 orang.Tak perlu dia pun mesti rasa malu sbb dia menyebabkan org beratur(sdgkan dia mungkin tak tahu sbnrnya belakang dia ada orang).
Aku teringat BErsamamu mlm Isnin hari tu.Aku tahu ada orang sakit yg mcam Mak Along tu.Walaupun aku pernah tgk sekali je kejadian depan mata aku.Tp bila pengacara describe penyakit mak Along tu ,mmg symptom dia sama.Memang betul.Memang ada gangguan.Memang kena makan ubat hari-hari.Nasib baik anak2 Pak Draman(aku tak ingat nama sgt) pandai.Boleh cope dgn pelajaran.Ada kesedaran walau dalam keadaan menghimpit.Tapi bila tgk Adun tu aku macam benci dia.AKu rasa ADUN kawasan tu macam nak nama je.Kalaupun bukan, tp aku tetap rasa mcam tu.(mungkin aku ni jahat sbb tak suka bila tgk muka dia je,padahal aku tak kenal dia)..Aku tak suka dia sbb rasa mcm gila glamour je.Kata nak tolong konon.Kalau nak tolong nape tak tolong lama sebelum masuk Bersamamu.Kenapa dah masuk bersamamu baru nak janji macam-macam. Pastuh masa nak bagi hadiah/sumbangan pun macam menunjuk depan kamera je. Takpelah lepas ni aku harap Pak CIk Draman and famili dapat hidup lebih sempurna.(Tapi yang aku muskil -paling muskil duit zakat yang banyak-banyak tu tak diagihkan kepada yang sepatutnya. mana pergi duit zakat yang orang bayar tu?).Tah le mungkin aku sendiri pun tak cukup baik . Tahu cakap aje...Emm sama-samalah kita bantu mana terdaya. so anak-anak sila taip TABUNG2 @TABUNG5 @ TABUNG10 - hantar pada 33533
FWD MSG
****> Subject: RE: [AL-HIDAYAH] Fw: Fw: Jawapan mudah yang boleh bawa kepada syirik(1) aku rasa jwpn yg plg sesuai utk persoalan ni ialah surah Al-kaafiruun, 'Qul ya ayyuhal kaafiruun....' atrnya dia suruh kita katakan, kita tak sembah apa yg diorang sembah (ayat 2). Dan diorang tak sembah Tuhan yg kita sembah (ayat 3). Diulang jwpn yg sama dgn olahan sikit berbeza pd ayat 4 dan 5. perasan tak, utk diorang kita refer 'apa yg diorang sembah', dan utk kita 'Tuhan'...so, rasanya kita boleh jawap kat anak kita, 'mereka sedang sembah sesuatu dan mereka tak sembah Tuhan yg kita sembah'wallahu'alam...
(2) apa kau org rasa jwpan paling elok utk anak2 kita...." Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah" .....aku rasa aku pun keliru jwnpan ni
(3)> Worth reading..... Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran >dengan keluarga yang bukan Islam. Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.
Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita "Uncle sebelah buat apa tu Abah?" Dan secara amnya, kita akan menjawab... "dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia" jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.."tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
tetapi apabila kita memberikan jawaban ..."dia tengah sembah tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah" Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka. Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan". Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih baik.....SILA KONGSI BERSAMA.
*****Petikan ceramah Ustaz Hassan Din
Soalan: Kenapa Nabi Muhammad ada ibu susu?Kenapa Ibu Nabi, Siti Aminah kehabisan susu badan?
Hikmah/Jawapan: Sebab Allah nak tunjuk betapa pentingnya susu badan/susu manusia tu sendiri.Nabi pun tak minum susu dari ibu dia cukup 2 tahun.Tapi nabi dapat susu badan jugak dari Ibu Susuan dia.Sbb tu jgn bagi anak susu lembu ke nanti anak perangai cam 'lembu'.
-maknanya kalau dapat elak, elakkanlah.kalau boleh beli susu soya.Umi pun kena beli susu based on soya jugak lepas-lepas ni. Tak apalah .Jimat benda lain utk anak-anak umi.
*******Subject: FW: FW: AWAS!!!!! BABI DAN ALCOHOL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA!
Ada dua product ni contain lemak babi. JAKIM ada hantar surat pada semua retailer supaya TUTUP tanda halal kat product tu. Productnya :
1. Dove - syampoo, cuci muka dsbgnya
2. Pringles - potato chips yang dalam tin panjang tu.. (Harap beritahu kengkawan yang lain )-p/s: yg ni aku perasan harga dia mmg drop betul. dulu RM8++ ,skrg aku rasa dah RM3++ kalau mata aku tak salah
3.KEPADA SEMUA PEMBACA MUSLIM SUPAYA BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI LAICI DALAM TIN. KALAU MEMBELI, TELITI DAHULU NAMA PENGELUAR, PERHATIKAN LABEL MAKANAN DALAM TIN YANG TIDAK HALAL. RUPANYA ADA SATU JENAMA YANG MENGETIN BABI DAN JUGA MENGELUARKAN PRODUK LAICI DALAM TIN. PERHATIKAN JENAMA INI..`NARCISSUS` KALAU TAK PERCAYA BOLEH TENGOK KAT SUPERMARKET.
TAPI RAMAI ORANG MUSLIM KITA KURANG PENGETAHUAN DAN KURANG BIJAKSANA SEMASA MEMBELI-BELAH. TAMBAH-TAMBAH KALAU BARANG TU MURAH. NTAH APA BENDA KANDUNGAN DALAM BARANG YANG DIBELI TU. HARAP BERINGAT SELALU SUPAYA DARAH DAGING KITA TIDAK MENGHALANG KITA BERIBADAT.
PETIKAN DARI SUMBER YG DIPERCAYAI..ini bukanlah hasil tulisan saya..cuma utk menyebarkan apa yg diketahui...
4.Coke Ada Alkohol??!!Saya memang tidak ragu perkara ini. Di universiti kami pernah membuat kajian kes berkenaan bagaimana menggunakan strategi pemasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Buku yang diterbitkan oleh prentice hall (international marketing) membincangkan secara teliti berkenaan bgm kejayaan coca-cola mengadaptasikan produk untuk memasuki pasaran asia.
Dinyatakan secara jelas di situ bahawa kandungan alcohol didalam coke yang berada di pasaran eropah dianggarkan 20%. bagi negara islam seperti malaysia, indonesia dll peratus alkohol ini dikurangkan kepada 5% dengan alasan untuk melepasi halangan agama tetapi tetap ia perlu diletakkan untuk mengekalkan rasa asli coke. W/bgpun ia ditulis sebagai bebas alkohol untuk melepasi halangan pasaran di negara tersebut.
Untuk pengetahuan juga hanya coke yang dibuat dan dipasarkan di Arab Saudi dan Pakistan sahaja yang benar-benar bebas alkohol kerana halangan undang-undang di negara tersebut terlalu ketat.
Perlu juga dinyatakan disini bahawa coke yang dijual bersama hidangan di restoran makanan segera ditambah kuantiti alkoholnya kepada 8%. Sebab itu jika anda merasa coke yang didapati di Mc Donald adalah lebih pahit dari yang dijual secara botol. Sebelum ini saya cuba menghebahkan kepada kawan-kawan tetapi selalunya ramai yang tidak percaya.
Ini sebagai respone kepada kenyataan ini dan sebagai melepaskan tugas saya untuk memberitahu. Harap kita semua sedar. Sekian
5.COCA COLA beralkohol !!!Alkisah diceritakan, Ustaz mengkhabarkan pada para jemaah bahawa pihak JAIS telah mengesahkan bahawa minuman Coca-Cola memang ada mengandungi alkohol (banyak sikit bukan persoalan).Perkara ini mengingatkan kembali pada perkara yang sama semasa belajar kat negeri mat salehdimana pihak Coca-Cola mengesahkan secara bertulis memang ianya mengandungi Alkohol.
Malangnya pihak JAIS tidak dapat menfatwakan perkara ini atas dasar & tekanan pihak-pihak tertentu, almaklum lahnegara Islam. Apa yang kakitangan JAIS yang berkesedaran mampu buat ialah dengan menyebarkanberita ini secara "diam-diam". Insyallah, dapatlah kiranya berita ini dipanjang-panjangkan.
Wednesday, April 12, 2006
part 1
sampai hanya 2 yang terbuat.
**
Hujan lebat diluar,lebat jugalah disini.Jam sudah menganjak ke pukul 5.28.Lagi 2 minit untuk aku pulang.Pulang bertemu buah hati.pengarang jantung.2 minit untuk mengungkap.Tapi tak terungkap.Lagi 1 minit.Tutup PC dulu.
To be continued....:)
holiday
10hb-MONDAY-umi bagn 5.30 sbb ustaz bangun awal sgt.. aduhh tak bolehlah umi bermalas-malasan.cuti cuti malaysia. sbb ustaz dan umi tgh sembang-sembang. Ya pun bangun. jadilah kita bertiga yang nak tido tapi tak boleh tido.. kesian kat kita kan ya.. emm tak pelah agaknya adik tak leh tido sebab sejuk sgt kot.. umi lupa nak tutup aircond.Dah subuh mata umi jadi ngantuk.umi nak pasang tv, tah apasalah plak tv tak mo nyala..last-last sbb ya dah bising nak mandi air kolam.kul 9lebih cam tu, kita turun.isi perut dulu.umi dah agak dah, ni mesti kena 10rm ni..nasik lemak 2, nescafe panas 1,milo panas 1. tp sbb memasing malas naik keta cari makan kat luar(duit minyak kan dah naik.. heheh),makan ajelah kat dalam pun. nasik lemak dia memang sedap. ya makan kemain banyak.mana umi nak masuk mulut umi lagi, mulut adik lagi, mulut ya lagi..hehe tapi ikan bilis dia skit sangat la...lepas makan, terus pergi kolam.kali ni giliran umi plak pegang adik.Ya mandi.tp sbb ya sorang je girl.budak lain semua boy..tahu ajelah budak-budak laki main, mandi..ganas skit...gedebum gedebam air terpercik..hihih tapi anak umi tak kisah kat orang. dia main aje..takpelah nanti kita datang ramai-ramai lagi ngan che su naa...
11.00++bertolak balik.. singgah saujana puchong tgk baby kawan umi.
Development of my boy
7 months 3 weeks- angkat punggung tolak-tolak belakang.nak belajar merangkak
Today
umi impressed sbb ya dah tak nangis masa pergi school.senang je umi bawak ke school.petang nanti umi beli kat ya jam ye..mlm ni kan pasar malam.macam nilah baru anak umi...good girl :)
Friday, April 07, 2006
flashback memory
**Flashback 9 year ago.For anyone who didn't know me well,surely they will say that i am a serious person.Yes.I admit that.Not very-very serious actually, but other people perception sometimes say like that.heheh.Aku tau la sbb aku dapat tau kemudiannya orang kata aku ni muka tak de perasaan,muka toya?ehh betul ke sampai tahap tu..aku rasa sbb aku ni jenis selamba orangnya.Dan aku tak suka sangat terlalu ambil tahu pasal orang-orang yang aku tak kenal..tapi kalau orang yang aku kenal.for sure la aku behave cam biasa.cam orang lain jugak..Bila dipikir-pikir balik aku pun tak tau..dalam pada some people assume aku ni serius orangnya, tah camana dlm masa yang sama aku jadi macam tempat luahan perasaan orang plak.Yang sampai sekarang bila aku ingat balik , alhamdulillah, dua-dua orang kawan aku tu tak terus terjerumus pada perkara-perkara negatif.Dalam pada some guys said i am serious, tak layan depa, sombong, boleh plak 2 kawan aku ni ceritakan segala mala masalah dia..Sorang still berhubung jarang-jarang sekali.Sorang tu dah terus lost contact.Tapi tak pe sbb at least, aku rasa happy sangat sbb dioarang tak terus terusan jatuh..Malahan sorang tu dah jadi engineer dah..Syukur.
**Sebenarnya yang orang tak tahu ialah aku ni orang pantai timur.aku dibesarkan dalam suasana tak terlalu terdedah kepada persekitaran yang terlalu bercampur perempuan dan lelaki.Memang aku bersekolah bukan dari sekolah perempuan je,tapi aku dah biasa dengan tak terlalu rapat dengan kawan-kawan lelaki kalau bukan disebabkan hal pelajaran,hal-hal aktiviti ke.Aku tak suka sangat sembang-sembang kosong.Lagipun aku rasa macam kat tempat aku belajar tu aku sedikit terasing.Terasing sbb aku rasa macam aku tak macam diorang.Aku ada tanggungjawab besar kat situ.Background aku tak sama dengan background budak-budak situ.Mungkin aku je yang rasa macam tu.Orang kata self esteem aku lemah.Lagipun aku ni dulu memang lemah la english ni.Belajar plak dalam bahasa enggeris.Full English Medium. . Mahunya aku tak rasa rendah diri sangat..Aku rasa akulah orang paling tak pandai.
Kerana itu, sesuatu terjadi.Tapi aku percaya tentu ada hikmah disebalik semua yang berlaku.
untuk dia aku sempat titipkan'Don't judge a book by its cover'.Sebenarnya bukan salah siapa-siapa.Mungkin silap faham.Cuma aku nak ucapkan terima Kasih banyak-banyak atas keprihatinan dia,sebenarnya dia cukup prihatin,tapi aku yang tak perasan.
**9 tahun.Tahun depan cukup 10 tahun.Sudah 9 tahun tapi aku rasa macam sekelip mata je.
Thursday, April 06, 2006
Kaya VS Kayap
Kayanya...klik sini...Mungkin sbb aku ini orang biasa-biasa.Bila aku dengar angka juta-juta, duit ada juta-juta, aku ingatkan dalam Slot SAMARINDA TV3 je,tapi memang dalam dunia,dalam Malaysia sendiri ada orang yang duit dia memang ada banyak sampai juta-juta.Tak kisah lah aset tu dalam bentuk duit atau hartanah.. tapi aku memang tak terfikir.
Kapitalisme.Dunia hari ni memang macam ni.Ada orang yang nak makan pun tak boleh.Sampai makan siput babi?.. tapi ada orang yang bagi dia duit tu tak ada nilai.Sebab dia boleh dapat semua dgn duit.Tunjuk saje.Semua dapat.(Orang kata mungkin kekayaan tak dapat beli kasih sayang- tapi aku rasa memang kekayaan boleh beli kasih sayang-soal ikhlas lain cerita, tapi bila kau kaya-semua orang suka nak rapat,nak kenal, dan dari pengalaman aku sendiri, (bukan aku yang kaya)jarang ada orang nak bangkang kata-kata kau kalau kau kaya-kalaupun ada yang nak bangkang, sikit sangat, yang lain-memang akan setuju aja apa yang kau kata..tak percaya? cubalah jadi kaya.. dan cuba juga jadi miskin... apa kau rasa? )
Kaya atau miskin-dua dua ujian Allah.Itu pasti.
***
Pekerjaan aku hari ini melibatkan ramai orang.Berurusan dengan ramai pihak dan bahagian memang buat aku sedar, kadang-kadang ada orang yang suka buat sesuatu tu jadi Sukar.Sukar Amat.Sedangkan benda nak jadi susah ke senang ke terletak pada diri sendiri.Kalau macam tu peel perangainya, even nasik dan lauk depan mata pun.susah jugak kalau tangan yang Allah kurniakan tu tak mahu gerakkan.Otak kanan dan kiri yang ada tu tak nak digunakan utk berfikir.Definisi susah tu sendiri pelbagai.Yang ni aku tak berkenan.Susahkah bagi dia kalau lauk dan nasi depan mata.Apa jadi kalau utk dapatkan nasi dan lauk tu sendiri memerlukan kau kena susah payah dapat.??? aku rasa lah kalau orang macam ni...alamatnya dia rela la tak makan nasi dan lauk tu daripada dia kena kerja dapatkan duit dulu.lepas tu dah ada duit, baru beli beras dan ikan(atau telur etc),lepas tu masak nasi, goreng ikan lagi....hahahhah
Apa pilihan kau-rela mati tak makan atau usahalah sendiri... masa tu baru kau tahu langit tinggi rendah...
p/s: macam anti plak aku ni ...tp realitinya.. tolonglah jangan susahkan hidup orang lain dengan membuat benda senang jadi susah..let make things easier for all people, not only easy for yourself..
Tuesday, April 04, 2006
motherhood???
Ya :Ya tak nakkk kawan dgn umi
Umi :Ok tak pe.abih tu ya nak kawan dgn sape?
Ya :nak kawan ngan adik sorang je
Umi :Sbb apa?
Ya :sbb umi maraaah ya
naluri ibu ni kan pelik betullah.umi tahu ya budak lagi.tapi bila ya cakap macam tu ada rasa sesuatu berdetik dihati.kesiannya anak umi ni.berjauh hati kat umi sampai tak nak kawan dgn umi.(angin sentimental datang plak..hehe)
Sambungan dialog
Umi :Ok tak pe.Ya tahu tak sbb apa umi marah ya
Ya :(diam-gigit kuku-air mata penuh)
umi : bla bla blaaa..
Ya, umi marah ya sbb umi nak ya jadi orang.kalau ya salah umi kena tegur.umi tak nak ya membesar jadi anak yang tak ada disiplin.tak mendengar kata orang tua.sbb ya masih kecillah umi kena tegur.kalau dah besar panjang..haa susah la kalau baru nak bentuk.Ok anak umi.Semalam ya dah dapat satu pelajaran kan.Umi nak ya ingat apa umi pesan semalam.ingat sampai bila-bila.Sampai akhir nanti..Cewahhh Alleycats lah plak umi nih..
***umi jumpa satu website nih.Ya Allah.merdunya suara anugerah dia.Sheikh Said Saad AlGhamidi.ya tahu tak sape ni?Imam besar masjid nabi.Suara dia bernasyid tanpa lagu tu mmg buat umi tenang sgt dengar..nak tidur pun pasang lagi...jgn risau umi dah rakamkan kat henset cikai umi ni dan jadikan ring tone..Ok cepatlah call umi(bukan nak ckp ngan caller,tp nak dgr ring tone handset..hohoho)
Monday, April 03, 2006
enjoy your life
Umi berjaya belajar dan buat benda baru.
sukanya umi.
ni yg rasa mcm jadik workaholic balik nih..
tips for today
-kena banyak sabar. sabar sabar sabarrr
-terima teguran dgn hati yg terbuka
-ada cara utk menegur spy tidak menjatuhkan mood orang lain
-dengar juga keluhan /penderitaan/kesusahan orang lain spy tak rasa terlalu tertekan(for sure ada lagi orang lain yang lagi susah hidupnya,kesusahannya,kesedihannya)
o0o agaknya umi rasa enjoy hari ni sbb dah lama umi tak dengar keluhan orang lain ek..(hahahah peliknya umi nihh-carik masalah nih.. )
Yang penting pengalaman umi dapat hari ni memang berharga
Ya & Ustaz- umi will coming.
kupohon kekuatan
Aku akan buktikan
Dan aku telah buktikan
Dan aku puas hati pagi ni sbb aku berjaya buktikan
aku boleh
Aku tahu aku degil
Aku harap dgn kedegilan aku ni
aku akan berjaya
InsyaAllah.
Kalau aku nak, dan dgn izin Allah,
walau apa pun berlaku.
InsyaAllah aku akan dapat.
(Aku tak rugi apa-apa tapi kau sebenarnya yang rugi)
**
Ya nangis lagi pagi ni.Mula2 ok lepas tu dah sampai taska dah nangis2.nanti bila dah reda skit kerja umi,umi akan ambil cuti ya..sabar.umi kena pergi work.ini tanggungjawab umi.bila ya dah besar skit ya akan faham sbb apa umi kena tinggalkan ya dan adik kat taska..OK.Behave elok-elok na anak2 umi yang umi sayang sangat-sangat.
Semalam umi tak dapat tidur sbb adik merengek-rengek.Umi plan nak ambil cuti pagi ini sbb kepala umi skit pusing-pusing,tapi tuntutan kerja sekarang tak membolehkan umi relax-relax dgn ya and adik..tapi takpelah ya..nanti umi ambik ye...byebyebye