Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, April 25, 2007
pelik yang tiada jawapan
Aku tak tahu
Macamana orang boleh terlalu laser mulut dia
Seolah-olah orang lain tak ada perasaan
Seringkali pula berlaku
Aku tidak tahu apakah itu gurauan
Tapi tidakkah itu gurauan yang keterlaluan?
Mungkinkah aku ini seorang yang terlalu sensitif?
Aku rasa aku tidak sensitif
Sebab selalunya aku tidak menangis pada perkara-perkara remeh atau kecil
Sebab aku juga tidak marah-marah pada sesuatu yang kadang-kadang orang lain bengang
Tapi yang peliknya tu
Aku jadi sensitif pada perkara yang orang lain tak anggap benda tu sensitif pun
eh aku pun dah jadi konfius
apakah aku yang pelik
atau orang lain yang pelik menafsirkan sesuatu?
Orang menganggap aku ni weird... tapi aku pula menganggap orang itu pelik...
Arggh dunia ini memang pelik
Tuesday, April 24, 2007
suratan atau kebetulan?
You Are 28 Years Old |
Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe. 13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world. 20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences. 30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more! 40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax. |
Friday, April 20, 2007
dunia hari ini
“Saya tak mahu lagi bawa pulang mana-mana budak kalau saya jumpa, saya sangat takut perkara sama berulang,” katanya.Details here.
-Diheret ke balai polis bagai orang salah sedangkan kita tak buat salah adalah satu perkara yang amat menakutkan apatah lagi kalau kita bukan rakyat tempatan.
Aku tidak tahu.Apa dah jadi dgn dunia ni. Kalau prihatin, jadi macam ni pula.
Sebelum suratkhabar hari ni kata pasangan Myanmar tu dibebaskan, aku ada dapat satu FWD emel pasal ni...sekali fikir logik juga kenapa tangan kaki Yin tu berkudis. Yelah sebelum ni tinggal dalam suasana lain, tapi bila dikelilingi dan main-main pula pasir, main besi-besi buruk, tangan kaki yang sebelum ni lembut pun boleh jadi kasar kematu.Sebelum tu ingin aku tegaskan aku tidak menyokong mana-mana kegiatan eksploitasi kanak-kanak/orang cacat jadi pengemis.
Bila aku hantar pada kawan-kawan terdekat pasal emel tu, ada sesetengah mereka yang tak percaya apa emel tu cakap.(betul tak boleh percaya semua fwd email, cuma kadangkala ia memberikan 'other perception' pada satu-satu kes/peristiwa. )Pointnya- "takkanlah tak tahu terpampang poster semua....".Tapi tak kisah, itu pandangan masing-masing.
Hari ni bila pasangan Myanmar tu dibebaskan, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya niat baik mereka kalaupun tidak mendapat pengiktirafan di dunia ni sekalipun. Allahlah yang lebih mengetahui.
Quote from Utusan
“Saya menjual pelekat ayat-ayat suci al-Quran dan buku agama. Saya tak tahu siapa lihat saya bawa Yin mengemis,” katanya.
-Mungkin kerana dengki/iri hati orang lain yang akan mendapat habuan RM15000 yang ditawarkan, terus disebarkan berita melihat Yin mengemis walaupun mata sendiri tidak pasti. Semalam suratkhabar melaporkan, beliau di panggil untuk kawad cam. Ataupun mungkin juga dia prihatin ingin membantu.Wallahuallam niat sebenarnya.Allah jugalah yang mengetahui.Details here.
Friday, April 13, 2007
Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa
B:Tak apa masuk, bayar hutang tak apa
kata-kata di atas adalah ayat benar yang diucapkan oleh orang-orang Islam sendiri. Message ni disampaikan oleh adik aku. Adik nyaris nak masuk skim pelaburan ni memandangkan semua satu pejabatnya dan kawan-kawan sekelilingnya dah join. Pulangan lumayan. Bila dia call aku, aku kata hold dulu sbb macam tak percaya bagi sejumlah wang dapat pulangan lagi banyak... Hari khamis kami discuss, hari Ahad dalam Metro Ahad ada kupasan SAHAM NERAKA . Masih lagi mereka-mereka tidak percaya akan keratan dan kupasan Harian Metro yang disertai dengan hujjah ulama dan juga pegawai kewangan bertauliah.
C:Selagi majlis fatwa kebangsaan tak kata haram, aku nak terus join.
Semalam discuss lagi dengan kakak ofis, ada orang propose suami dia. Kami refer di sini. Kewangan Islam.Ada banyak info terkini ditulis oleh Saudara Zaharuddin.
Nah, hari ini.Ada fatwa. tengok, baca dan bukalah mata hati. Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa
Semua orang nak kaya.Nak bebas dari kemiskinan yang membelenggu diri. Atau kalau dah kaya, nak kaya lagi.Tapi apakah sumbernya halal? Jangan kerana nikmat dunia yang hanya 60 tahun, tergadai kehidupan akhirat yang kekal abadi.Wednesday, April 11, 2007
alkisah
Lepas aku tulis post bengang aku tadi, aku terus ke kaunter TMPOINT kat bawah ni je untuk unsubsribe service yang aku baru minta minggu lepas. Kakak Celcom baik hati yang jaga kaunter tu pun tanya aku sbb apa.
Aku : Sebab tadi saya baru je dapat call dari Celcom, akak boleh checkkan tak service number ni ada berapa balance dia
Kakak Celcom: RM400
Aku : Tapi setahu saya kalau nak bayar boleh je ansur-ansur kan sbb ni line adik saya.Kenapa orang yang call saya tu cakap kena bayar sebelum Friday?Dan cara dia cakap memang kurang ajar.
Kakak Celcom: A'h boleh. Ada ambil number dia? Betul dia cakap dia dari Celcom?
Aku : Saya tak ambil nama dia, number dia pun ni je (sambil tunjuk henset aku pada kakak yang baik hati tu-hanya keluar kod 4 digit pada skrin)
Kakak Celcom: Tak pe, mari kita detect.
Menggunakan technology terkini dan melalui sistem, kami dapat detect company mana yang buat panggilan keatas henset aku ni. Rupanya dia debt collector.Bukan setakat company, malah dapat detect siapa yang baru call aku menggunakan customer code aku. Akhirnya kakak Celcom ni dapat cakap dengan minah mangkuk hayun ni
Kakak : cik ada buat panggilan pada customer Celcom ni ke? Nama dia .....
Kakak : cik cakap buat panggilan dari Celcom ?(agaknya minah kerek tu cakap ye)
Kakak: Sebenarnya tak boleh lah cik cakap cik dari celcom sebab telah mencemarkan nama company kami. Customer marah dan nak unsubscribe service dia dengan pihak kami.
(tak tau la apa minah kerek ni cakap)
Kakak: Dia ada terlebih bayar tapi untuk service lain. Yang ni nanti adik dia bayar. Privilege. Lagipun dia pun staff juga.
kakak Celcom: Sebenarnya kami banyak dapat aduan dari menara ni . Macam ni juga, sedangkan kami kata pihak kami tak de lah sampai macam tu.Tak delah bagi tempoh sampai bila sampai bila.
Aku : Ooh bukan saya sorang lah yang terkena.Bukan apa saya memanglah terkejut kalau staff Celcom yang cakap macam tu.
Kakak: tak...
Aku : Saya bukan nak cari gaduh tapi tak puas hati cara dia je. Sebab saya pun customer service, bukan macam tu deal ngan orang. Yang kes dah bayar tapi bil kata baki ni, kena pergi branch sendiri la ek?
Kakak: Aaa'h sebab kami tak dapat check dari sini. Nanti dapat rebate.
dan aku pun tak jadi lah nak unsubsribe service aku lagi satu
Disini aku nak beritahu, kalau ada sesiapa dari seseorang yang kutip payment mengaku dari celcom dan agak kurang ajar, jangan ragu-ragu beritahu pada Celcom branch @ TmPoint sendiri. Sebab depa ni dapat komisyen kalau payment beres. jadi untuk dapatkan komisen, diorang akan tekan customer supaya bayar semua siap dengan tarikh akhirnya sekali. macam kes aku, hari ni Rabu dan tak masuk akal sekali company tu suruh bayar semua sekali sebelum Jumaat. Siap ada ayat"Kalau tak bayar by Friday" tapi tak sempat habis sbb aku tahu tu ayat ugutan..Tu yang aku naik angin tadi tu. Sebab aku tak leh terima cara dia tu la,call rabu, suruh bayar jumaat. Dan alasan dalih dia dah banyak kali telefon tapi tak dapat. Mak cik mmglah tak dapat kalau kau telefon guna line yang dah kena bar. kalau kau telefon guna hP aku ni, sentiasa on kecuali malam, tu pun sbb habis bateri dan tgh recharge.
Syarikat malang yang punya staff kurang ajar tu beralamat di Taman Sri Rampai. Nak aku displaykan nama dia? Tak payah lah. Nanti tak leh cari makan pulak company tu. Dah lah ada staff yang tak ada ciri-ciri customer oriented. :( Kalau nak juga, msg aku.Nanti aku beritahu..
unsubscribe now!
ptg ni aku nak lepas geram lagik
aku dapat call dari 1 operator.
walaupun dia sub company aku tapi aku cukup bengang cara dia layan aku
aku ni customer dia
tp dia bukan dgr apa yg aku nak kata
sibuk nak bercakap jugak
tak pasal-pasal aku naik angin
aku nih customer service support jugak
tapi aku tak pernah pula layan orang mcm mangkuk hayun minah kerek nih
sbb aku dah tak tahan sgt
aku matikan telefon
lantak engkau lah nak membebel ke apa ke
aku sbg customer cakap tak nak dgr
kalau dia nak dgr balik pun tape tu tak kisah
sbb aku mmg tahap bengang raksaksa
aku nak gi kaunter dia dan unsubscribe kan semua service yang aku registerkan dibawah nama aku
baru padan ngan muka dia
kalau tak ada aku yang dok bayar tiap-tiap bulan kat service tu, tak de la gaji kau tuh...
aku nak unsubscribe sekarang jugak..
Friday, April 06, 2007
vss ajelah
Aku sudah naik tanduk betul dengan orang-orang macam ni.Masalahnya kerja tak beres, complaintnya banyak. Orang suruh vss, tahu plak tak mahu, katanya nak kerja, tapi ada dia ke tak ada dia ke, sama juga... tension betullah... :( :(
bagi post tu kat orang lain yang berlambak lagi nak kerja.
Iran-Britain
Iran boleh sahaja mengambil tindakan keras ke atas askkar-askar berkenaan, tetapi itu tidak dilakukan, malah kesemua tahanan diberikan layanan berbeza.Buat perbandingan antara tahanan Britain di Iran dan tahanan Muslim di Penjara Abu Ghraib,Teluk Guantanamo, atau dimana-mana jua penjara di bawah kekuasaan Barat. Logik akal sendiri dapat membezakan.Tanpa dipengaruhi sentimen keagamaan.
Iran di bawah pemerintahan Presiden Mahmoud Ahmadinejad, berpandangan jauh.Tidak mustahil ada antara 15 tahanan ini yang akan mengkaji apa sebenarnya Islam setelah melalui pengalaman menjadi tahanan tetapi dilayan bagai tetamu.Mahmoud Ahmadinejad, dalam ketegasan dan keberaniannya, ada sifat kelembutan dan keprihatinannya. Mencontohi Muhammad Bin Abdullah, pemimpin seluruh ummat, dulu-kini dan selamanya.Semoga Tehran,Kuala Lumpur,Baghdad dan semuanya juga sentiasa dilindungi dan dibawah peliharaan Allah SWT.AMIN.
Thursday, April 05, 2007
anak umi 1
Terpulanglah asalkan tidak bercanggah dengan agama.
Yang penting, anak umi minat dan suka dengan kerjaya yang dipilih.
Zaman dan suasana persekitaran kita berdua mungkin jauh berbeza. Apa yang umi alami mungkin anak umi tidak akan lalui lagi. Kerana zaman dan hidup sudah berubah. Tapi umi nak anak umi tahu dan faham, walau apa pun, walaupun anak umi tidak mungkin akan merasa lagi apa yang umi rasa, sekurang-kurangnya anak umi kena faham dan tahu bukan senang untuk menggapai apa-apa juga yang kita idamkan. Ada onak dan durinya sepanjang jalan. Dugaan itu datang silih berganti. Umi akan sentiasa ceritakan pada anak-anak umi apa yang umi lalui untuk jadikan pengalaman umi itu sebagai dorongan dan perangsang untuk anak-anak umi. atau juga pengajaran dan iktibar.
hidup ini bukan mudah, tapi jangan pula anak umi merasakan yang hidup ini terlalu payah.
Umi akan sentiasa ada untuk anak-anak umi.
with love,
umi
tak tahu nape hari ni rasa sedih plak. hormon kot? :( huhuhuh atau pagi tadi dalam radio ada lagu-lagu sedih? kwang kwang kwanggg
Tuesday, April 03, 2007
Sweetheart
Semoga jadi anak soleh dan solehah
Penawar hati ayah bonda
Kakak & Adik
Bila besar nanti
Jangan bermasam muka
walaupun ayah bonda dah tiada
Tangani kemarahan anda
****
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telahmenghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanyapemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok bat tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.....
courtesy from ZUL
-ye pagi tadi pun aku dah terlajak kata dan perbuatan, Maafkan umi yang dah marah kat kakak pagi-pagi buta. Umi tak sepatutnya macam tu, umi kena sabar tapi tah le jadi tak sabar pula umi pagi tadi. :(
*ye luka di hati lebih lama dan lebih dalam dari luka fizikal, tanpa ada siapa yang tahu. Kecuali hanyalah DIA.
**Satu hari aku diperkenalkan dengan satu sistem oleh seseorang. Aku hanya mendengar dan sesekali menanyakan soalan untuk kefahaman yang lebih. Dari persoalan dan jawapan yang dikemukakan aku tahu dan pasti sebenarnya sistem tu adalah SALAH, tapi bagaimana untuk aku nyatakan? Aku tidak mahu melukakan dia hanya dengan mengatakan dia juga salah seorang yang telah terjerat?tanpa dia sendiri sedari? Ciri-ciri yang dinyatakan ada dalam senarai mengapa sistem itu SALAH. Tapi aku ada masalah untuk menyatakan kebenaran. Yang aku mampu lakukan hanyalah mengatakan aku tidak berminat. Sedangkan tiada keupayaan aku untuk menyatakan yang dia sepatutnya bangun dari TIDUR. dan celik mata luas-luas, dan fikir...
Analoginya macam ni, kita dah nampak seseorang yang tak dikenali mundar mandir depan rumah kita, sebelum tu di kawasan perumahan rumah kita ni dah heboh kata ada kecurian, pecah rumah. Rumah kita aje yang belum. Orang lain dah heboh. Satu hari kita nampak orang tak dikenali ni dok pandang,pandang tinjau-tinjau rumah kita, tapi kita masih buat derk aje, kita boleh lagi tak tutup pintu pagar,tak tutup grill dan tak tutup sliding door. Dan kita sedap-sedap kat dapur tengah goreng ikan segala.
Lepas tu , apa yang terjadi kat orang lain jadi juga kat kita. Ya, rumah kita dah kena pecah masuk.Habis semua barang-barang dah diangkut. Yang lebih malang, kita dan anak-anak kita kena ikat mulut dan tangan. Tak boleh buat apa, tinggal mata aje yang putih terkebil-kebil tengok aje orang ambil barang dalam rumah kita.
Kalau jadi macam ni, kita tetap nak salahkan takdir? atau nak salahkan diri kita sendiri?
Jangan dah terhantuk baru nak tergadah.
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.
***Kadang-kadang sukar untuk menyatakan kebenaran tanpa ada yang terluka. Sebenarnya untuk melukakan hati orang tulah, aku tak sanggup.Diam adalah lebih baik bagi aku.
finance matters
Dunia hari ini memerlukan pengetahuan dan kendalian kewangan yang bagus lagi bijaksana untuk memastikan perjalanan kehidupan harian berjalan lancar. Salah satu elemen penting adalah bagaimana mengendalikan wang yang ada. Terutamanya bagi kita-kita yang makan gaji dan gaji pun tidaklah seberapa. :) Lainlah bagi orang-orang yang duitnya sentiasa mengalir ke dalam poketnya bagai air yang mencurah . (Tapi cuba tanya orang-orang yang poketnya sentiasa penuh dengan duit, bab-bab kewangan or money matters ni sentiasa ada dalam kepala diorang je, betul tak? ..:)
Ada orang kata dunia hari ini dunia hutang, sana loan, sini loan.Akhirnya loanlah keliling pinggang. hehehhe...sebenarnya pada pendapat aku, loan ni perlu juga, yelah bagi kita yang tiada cash money, loanlah satu-satunya cara nak memiliki sesuatu aset yang agak tinggi nilai pasarannya. Tapi bagaimana menguruskan loan juga adalah satu ilmu yang harus dikuasai. Contoh berapa lama nak buat loan? berapa monthly payment? Contract yang bagaimana? islamic loan (BBA=al-Bai' bi Thaman Ajil ) atau Conventional?, ROI= Return Of Investment? dan banyak lagilah benda yang perlu difikirkan.Jangan sampai loan akhirnya menjerat diri, hingga akhirnya sampai tidak bernafas di hujung bulan. :)
Aku ada jumpa satu artikel kewangan hari ini.Satu artikel yang amat bagus, berkenaan loan rumah. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Juga subscribe E-Zine Millionairesplanet.com. Banyak maklumat tentang kewangan kita boleh pelajari.
Monday, April 02, 2007
ketagih
Tak apa, aku akan terus belajar dan belajar.
Mata aku pedih dan sakit mengadap skrin komputer ini.Sudah terlalu lama. Entah2 mata aku pun akan jadi macam mata alien. :(