Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, April 30, 2004

Kuatkan hatimu

Walaupun hidup aku tak macam hidup orang lain, tp aku bersyukur dgn semua yang Tuhan beri pada aku. Kalaupun aku ada sesuatu, aku kena sentiasa ingat yang itu semua adalah pinjaman dari Tuhan. Dan kalaupun aku tiada, aku kena redha.

Walaupun kekadang ada bisikan-bisikan jahat mengejar aku, aku kena kuat utk menepis. Sbb mungkin itu adalah syaitan yg ajak aku ke arah yg tidak diredhaiNya.

Aku rasa nak menangis.Tp aku tak boleh menangis.
Aku rasa aku ni tak macam org lain.
Aku mohon diberi kekuatan utk aku jadi kuat,
Supaya aku boleh menjadi tunjang utk org lain,

Kalaupun kekadang aku sedih, tapi aku kena ingat aku tak boleh sedih sbb itu. Tapi aku manusia jugak.Aku ada hati.Tapi aku tak nak hati aku jadi macam ni.

Aku kena kuat.
Tuhan itu adil. AKu mahu buat yang terbaik.
posted by Mirip at 1:04 PM 0 comments

Jadi padi jgn jadi lalang

Dia ingat dia tua, dia ingat dia boleh buat apa saje. Tak tahu sbb apa 1st time aku jumpa dia, aku dah dapat rasa yang mak cik ni kerek skit, tak macam akak2 yang dah berumur kat division ni.Tapi yelah kita ni junior, treat dia sbg org tua.Kita respect dia.Aku namakan dia Kak H.
Tapi ada satu insiden yang menyebabkan aku jadi meluat kat dia. Kau tahu aku nak jumpa seorang lagi staff. Makcik ni (aku namakan Kak N)tempat dia sebelah Kak H ni. Bila barang yang aku cari tu tak jumpa, Kak H ni tolong carikan barang tu.(masa tu kak n tak ada kat tempat dia). Tapi dengan gaya-gaya yang (iskk macamana aku nak tulis ni yer). Dengan kata lain dengan gaya berlagak lah. Dengan tutup hidung, dengan gaya jari2 yang geli sbb kena dtg dekat dengan meja Kak N. Isk aku yang tgk ni pon rasa semacam je. Apasal plak mak cik ni.
Sekali dia kata kat aku " Tempat dia ni busuk skit..bla bla blaa.....". Ada ke patut? Maksud aku, kalau ye pun tempat Kak N ni busuk, dia sebagai kawan Kak N(aku assume kawan la sbb tmpt pun sebelah2), dia tak boleh nak menjatuhkan maruah dan aib org lain pd aku. At least kalau ye pon tempat kawan dia tu busuk, tak perlulah sampai nak tutup hidung(sedangkana ku tak bau apapun), buat gaya2 tangan yg kotor, cakap mcm tu kat aku. Simpan je lah dlm hati tu...Apalah ..kat situ dah nampak dah kan kereknya Kak H ni.

Lepas tu dari pemerhatian aku, dia ni jenis pilih bulu skit, Kalau orang tu beli barang jualan dia, ramah lah dia kalau dengan orang yang tak beli barang jualan dia..tak delah nak ramah-ramah macam tu.

Pagi tadi, aku lalu depan dia, sebagai menghormai orang yang lebih tua, aku lemparkan senyuman aku yang paling manis aku kat dia...akkakakak...tp dia buat derk jek..masam lak tuh.. aku lagi lah menyampah..dan aku memang tak akan senyum dah kat dia lain kali unless dia yang mulakan dulu. Jangan harap le. Masa balik ,aku lalu lagi depan dia. Kali ni tak de nya aku nak berpaling dan lemparkan senyuman aku pada dia..hahahhaha...Aku pun tak kisah dia nak kata apa..Kiranya tahap kemeluatan aku ni kat dia dah banyak kali terkumpul la . Sbb dia macam berlagak gila.Aku cukup pantang kalau org berlagak ngan aku. Sbb aku tak suka orang yg perasan bagus, orang yang perasan segala-galanya. Yang penting orang yang mcm dia. Macam la dia tu wangi sangat. Buat kat orang mcm tu. Biasa orang macam ni, dia selalu pandang rendah pada orang lain. Lantak lah diakan.. aku pun lepas ni tak de nya nak hiraukan kat dia lagi. Closed book. hehhehe

Saje luah kat sini.

Aku lambat lagi ari ni kat opis sbb tertinggal tren pagi tadi.Tren pulak aku rasakan amatlah perlahannya,aku na kmarah jugak. tapi aku nak marah kat sape? Nak marah kat tren , dah mmemang dia macam tuh. nak marah kat rumah aku sbb rumaha kujauh? aku tak de choice..nak tak nak aku kena banyakkan bersabar.

Aku kena sabar banyak2.
Quoted dari fwd emel dari seorang rakan.
-Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang
yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan
dimasukkan ke dalam syurga -

Aku kena sabar banyak-banyak-banyak------
posted by Mirip at 10:00 AM 1 comments

Thursday, April 29, 2004

Hidup ibarat kitaran roda

Kejap tadi turun ke tingkat bawah mahu jumpa seseorang untuk sign satu dokumen yang diamanahkan oleh boss aku. Rupanya dia MC.Itulah, lain kali kalau nak jumpa seseorang kena lah telefon dulu.Pengajaran.

Sewaktu nak naik semula ka floor aku, semasa tunggu lif ada sesorang lelaki pun tgh tunggu lif juga.Dia tegur aku. Aku pun balas balik. Bersembang di dalam lif sementara dia sampai ke floor dia dan aku sampai ke floor aku. Apa yang menarik aku nak ceritakan mengenai dia ialah sebenarnya dia seoarang yang cacat fizikal. Kaki dia lembik. Aku sebenarnya banyak kali juga terserempak dengan dia.Hati aku sedih bila tgk orang yang cacat macam tu. Sebab tu bila dia tegur tadik, automatik aku jadik ramah pulak dengan dia. Sbb aku rasa dia kuat semangat, tak malu walaupun cacat, tapi masih ulang alik kerja dan dia pon macam biasa saje. Berkawan dengan orang-orang biasa.

Bila melihat orang-orang yang kurang sempurna fizikal begini, aku teringat pada seorang abang buta yang menyanyam buluh dijadikan bekas2 yang cantik. Aku pernah , banyak kali juga jumpa dengan abang buta ni menjual barang-barang hasilannnya di Masjid Jamek. apa yang aku kagumkan ialah bakat dia menganyam helaian buluh-buluh itu menjadi bekas-bekas yang sgt cantik. Yang belum tentu kita yang sempurna mata ini mampu lakukan. Begitu juga dengan anak-anak abang ini. Sangat baik aku rasa. berbanding usia sebenar mereka yang aku anggarkan mungkin dalam 4-5 tahun tetapi cukup pandai.

Ada sehari aku di dalam tren PUTRA. Ayah dan 2 orang anak dia nih ada dalam tu. Pertama kali aku melihat mereka sebenarnya, Biasalah budak-budak kecil didalam tren, mereka akan duduk sambil tengok-tengok persekitaran luar. Borak-borak. Tetapi yang menyentuh hati aku ialah saat Tren berhenti di Masjid Jamek, mereka terus dengan cepat-cepatnya memakai selipar, cepat2 ambil barang- barang jualan ayah mereka yang boleh dikira banyak keluar tren. dan ambil balik barang dengan ayah mereka dan pimpin tangan ayah mereka. Sedih rasa hati. bukan sedih kerana apa , tetapi syukur Allah kurniakan anak-anak yang baik pada abang tu. Aku doakan anak-anak bijak ini akan jadi anak yang berguna satu hari nanti. Supaya satu hari nanti meraka dapat membantu ayah mereka ini nanti.

Dulu , kalau mahu tgk abg dan anak2 bijak ini, mereka ada di pasar malam Jalan TAR atau kekadang di depan Mydin. Kalau ada duit lebih tu, boleh beli barang-barang yang berkenan di hati.

-Syukur dengan anugerah TUHAN-
posted by Mirip at 9:15 AM 0 comments

Wednesday, April 28, 2004

Politik

Pada pendapat aku makin tinggi jawatan seseorang, makin terdedah dia kepada gejala rasuah. kalaupun dia tak hendak, orang akan bagi jugak. Apatah lagi kalau dia hendak. dalam keadaan-keadaan begini, hanya keimanan yang dapat membezakan. Tetapi dengan keimanan yang ibarat senipis kulit bawang itu, adakah mampu untuk menepis dugaan-dugaan sebegini. Aku tak berniat untuk mengatakan ini kepada sesiapa. Harap tiada sesiapa yang terasa.Tetapi apabila banyak benda berlaku didepan mata. Aku rasa aku dapat conclusion seperti di atas.

-Kekadang kita sayangkan sesuatu, tetapi sebenarnya benda tu tak elok untuk kita
kekadang juga kita bencikan sesuatu tetapi itulah yang terbaik utk kita -
posted by Mirip at 3:55 PM 0 comments

Batuk

Aku batuk. Tapi aku tetap minum milo ais kejap tadi. Sebab apa aku minum juga padahal aku batuk dan tak ada suara. Sbbnya adalah, sbb aku degil.sbb aku dah kata dalam hati aku nak minum milo. Jadi aku minum milo ais ari ni dengan senang hati walaupun aku tahu lepas ni mungkin aku jadi bertambah batuk.

Aku tahu aku ni degil orangnya, kalau hati aku kata A, A lah perbuatan aku. aku tak hirau apa org nak kata dah.Macam juga aku keluar dari company pertama aku dulu setelah diberi option, stay dgn kenaikan gaji atau keluar. Aku tetap pilih keluar walau aku tahu apa risikonya ke, gaji aku tak bertambah ke. Kalaupun ramai orang terima, aku hanya segelintir yang keluar, aku tak kisah sbb aku mmg dah buat keputusan. Begitu juga kalau ditakdirkan hanya aku segelintir yang stay manakala org lain keluar. Aku tetap dengan keputusan aku. Sbb sekali aku dah buat keputusan, aku tak akan berganjak. sbb aku degil..hahahhaha..Tetapi aku akan bengang sekali kalau ada manusia2 yang mahu menghalang aku dari melakukan apa yang telah kata hati aku putuskan. Sbb aku tak pernah nak menyekat org lain dan org lain jangan nak sekat-sekat hidup aku.

Orang tua kata orang yang degil ada 2 jalan. Satu, dia akan berjaya kerana kedegilan dia atau dia akan gagal,juga kerana kedegilan dia.Aku harap aku adalah salah seorang yang berjaya kerana kedegilan aku.?...:)) InsyaAllah dengan izinNya.

Tengahari ni gi melawat opis mate aku kat hospital sebelah tmpt kerja aku.Bila melawat orang sakit, kita rasa syukur sbb masih sihat. Sbb tu nabi pun suruh kita melawat orang sakit dan ziarah orang mati. Supaya hati yang keras jadi lembut.Pergi sana naik Honda City kepunyaan opis mate. First time naik. Memanglah selesa tapi kalau aku, masih macam first impression aku dulu. Tetap tak menarik bagi aku macam masa memula iklan dia keluar kat tv dulu. Walaupun mungkin bagi orang lain Honda City cantik, tapi bagi aku, tak ada pula perasaan nak pakai kereta tu.. hhihihi...Kancil juga yang menjadi pujaan hatiku..Tapi aku tak ada la pula nak memaksa sesiapa supaya jangan beli Honda City kalau mereka hendak. Itukan hak masing2. Inikan hanya opinion peribadi aku sahaja.
posted by Mirip at 2:24 PM 0 comments

Monday, April 26, 2004

Frontliner.

Aku cukup bengang kalau orang kurang ajar dengan aku. Kalau ikut hati marah aku nih rasa macam nak sepak terajang jek.Tapi aku masih tahu soal kesopanan. Jadi aku hanya bercakap dalam nada berterus terang.

Tidak Mesra Pelanggan. Hanya itu ungkapan paling sesuai untuk salah satu bank yang terbesar di Malaysia.Mungkin kerana 'kebesaran' bank itu menyebabkan berpuluh-puluh kali telefon, susah nak diangkat. Dan dipasskan kita customer ni seperti bola. Bila telefon HQ, pass kan pada branch lepas tu branch akan jawab yg sama,, call HQ. tapi bila call HQ, bila ditanya kita dari branch mana, dipasskan pula pada branch tanpa sempat kita beritahu yang kita baru call branch. 5, 6 line yang diberi pun tidak berangkat, Apa org yg kerja kat sana tak kerjakah. Atau semua pergi minum serentak.

Dan customer center pun macam hampeh. Aku dah la panas di pass2 kan line tu line sini..ding dong macam tuh, lepas tuh mereka jawab dengan suara yang tiinggi plak. Mungkin dia nak marah sbb suara aku pun dah tegang, tapi cara mereka membuatkan aku lagi naik marah. Akhir sekali bila aku dapat bercakap dengan org yg sepatutnya, aku luahkan apa ketidakpuas hatian aku . Walaupuna ku tahu lepas nih kalau korang nak kutuk aku pun tak kisah, siap aku cakap mcm tu kat dia tadik cuma " saya nak cakap yang line TTTTTT nih susah sgt nak dapat, front liner yang tak mesra pelanggan, dan kalau awak nak kutuk saya lepas2 ni pun saya tak kisah, tapi saya nak cakap yang benar, Jangan buat customer mcm bola. dipass2 kan lepas tuh putus. (kalau nak ikut bil dah berapa bil telefon aku kena bayar kan?).."jgn marah saya pulak, ayat akhir aku pada dia..."

Kalau nak kata aku ni tak sabar pun tak kisah, sbb kalau sesape jadik aku pun mesti rasa mcm aku juga,
Aku nak kumpul maklumat. Aku akan buat sesuatu yang boleh menyedarkan pihak2 berkenaan pentingnya customer, kalaupun customer is not always right tapi etika tu yg mesti ada. PR mesti ada. at least . Dan ingatlah kalau tak ada customer, siapa kamu!...

Aku cukup panas sekarang,..

Satu lagi, kekadang orang akan ambil kesempatan di atas sikap tolak ansur kita..hamba Allah tu, saje je..
Kau tak akan faham perasaan aku sekarang, kalau aku ingat dia mesti aku rasa dia sengaja. Kalau pun dia tak berniat begitu, aku rasa mcm tu. Hanya satu aku ingat, bukan dia yang tentukan rezeki aku walaupun aku rasa dia telah menyekat kebebasan aku dan buat kerja yang aku suka.

Aku kena pergi jumpa dia lagi. Walaupun sebenarnya tak lah menjadi kesusahan sgt kalau dia yang datang ke sini kerana jarak tempat dia berada sekarang tidaklah jauh benar dgn tempat aku skrg. Tapi tulah aku rasa dia sengaja. Sengaja nak aku pergi kesana. Supaya aku ke tempat lama aku. Ketempat yg aku tak suka tapi terpaksa buat suka. Yang kalau aku ingat, sebenarnya dia punca segala,Kalaulah aku tak ingat yang semua yang berlaku ada hikmahnya, entah lah. Cumanya aku bersabar sahaja dan tetap buat seperti tiada apa yang berlaku.

Aku akan pergi juga ke sana sekarang dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Itu yang sebaiknya. Kebengangan aku tu aku simpan saje di hati. Hanya Tuhan yang tahu.

Salam ceria dariku untukmu,juga diriku sendiri
Walau sebenanya ceriaku hari ini telah digugat sang singa...
posted by Mirip at 10:41 AM 0 comments

Saturday, April 24, 2004

cintaku bukan di atas kertas

Aku paling tak suka orang curi2 pandang aku.Sbb aku tahu aku tak lah secantik mana nak tgk2. Aku pun bukan artis2. Aku ni orang biasa. Tolonglah. Bukan aku perasan. Tapi aku betul2 rasa tak selesa kalau orang curi pandang. Walaupun aku memang akan buat selamba badak. Kalau bebetul pandang, borak atau berkawan tu aku tak lah kisah sgt,sbb kita pun bukan hidup dlm hutan. kena bermasyarakat.

Semalam dapat gaji, aku apalagi beli satu dua bahan yang boleh dibaca. Dalam tren, aku tak hirau kat orang dah le. Keja aku ngadap salah satu bahan bacaan yang aku beli tadik. Tapi bila aku mengangkat kepala dari tunduk membaca, ada mamat kat depan aku dok pandang aku. Bila dia nampak aku pandang dia , cepat2 dia pandang kat lain. Tapi aku buat biasa je la. Nak buat camana lagi sbb dia ada mata. Walaupun dia tak sepatutnya guna mata dia tu untuk buat aku rasa tak selesa.

Aku teruskan pembacaan aku. tetapi bila nak balik, sekali lagi aku kemas barang2 dan terpandang dia lagik. Aikk masih tgk aku , dan bila sedar aku pandang dia, cepat dia berpaling.

Aku bukan apa. Kalau lah dia tgk muka aku nih sama macam org yg dia kenal ke atau apa ke. Mungkin dia ada sebab tersendiri. Tapi bg aku lak, aku rasa tak selesa la walaupon mmg le aku buat tak tahu jek. kalau lah dia tgk aku tu mengingatkan dia pada seseorang yang dia kenal aku tak de le kisah sgt. Tapi yg aku sedikit bengang( mmg aku akan cepat bengang dgn lelaki2 yang ala2 gitu2).
Aku rasa kalau dia muda lagik kot la kan sbb tak kawin lagi, masih mencari-cari pasangan yang sesuai. Tapi kalau mcm brother tu aku rasa macam dah kahwin la. Apa yg aku muskilkan , semua lelaki macam tu ke? Kalau belakang bini ke, mulalah buat perangai. Kalaupun mungkin tak semua, tp kebanyakan macam tu ke?..Apa perasaan isteri memasing ye kalau tahu yang suami dia suka buat macam tu.? Wallahualam. Patut la ada buku "Men from Mars, Women from Venus". 2 insan berlainan. Sukar dijangka.

Macam juga kat sini. Dia selalu tegur aku di alam maya, tetapi didunia realiti, dia kata kena jaga imej. Sbb dia tak berapa bercakap dgn perempuan..Aik???..Kelakar plak aku ingat. Tapi lain org lain perangai. Dan makin dewasa , makin jumpa org yang pelik2 aku rasa.
posted by Mirip at 10:16 AM 0 comments

Friday, April 23, 2004

Kenangan, pergilah kau kenangan..

Tak tahu kenapa, sejak 2,3 hari ini kenangan ketika di alam u sentiasa bermain-main di kepala. Teringat housemate lama.Teringat coursemate lama. Teringat groupmate sama.Teringat ..semua yang manis2 aku ingat. Termasuk juga yang pahit. Dan masin. Mungkin kerana sblm itu, bersembang dgn Fini.
Semalam aku bukak diari lama. Tergelak sorang-sorang.

kenangan itu tak dapat dikembalikan. Semuanya sudah berlalu. Yang sedikit sebanyak mematangkan aku, aku kira. Menghabiskan usia remaja dengan diulit buku, ke kuliah, aktiviti2 lasak yang memang aku suka dari dulu lagi. ke Gunung Ledang, Gunung Angsi, Ke Taman Negara. Sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Aku digamit rindu pada kawan2. Yang masing2 sudah membawa haluan masing2. Yang satu biasiswa dengan aku selalulah juga jumpa. Kalau pun tidak satu syarikat, masih lagi subsidiary. Ramai yang sudah membina karier dan diri masing2. Termasuk lah aku.

Sebenarnya kalau mahu diingat, memang alam itu banyak mengajar kita. Di usia-usia yang begitu, dilatih menjadi cekal. Tabah kalau dapat markah rendah. Tabah juga dengan assignment yg bertimbun. Yang sebenarnya ada yang tidak digunakan langsung apabila terjun di alam kerja. Tabah juga dengan kisah-kisah lain.Suka duka remaja. Disitu juga aku pernah ketawa dan menangis.

Pernah menangis kerana pointer rendah sangat. Aku masih ingat Mel yang beri perangsang, siap gosok aku lagi. Walaupun sekarang sudah tidak jumpa dia lagi. Pernah juga menangis kerana bengang dengan senior lelaki.Yang kurang asam.Macam2 lah. tapi di situ juga sedikit sebanyak aku belajar erti sesuatu. Yang pada ketika itu aku tidak sedar. juga bila diingat-ingat , betullah kata kawan2ku yg aku ini sebenarnya blur.ekekekke aku tidak ada perasaan. Itu housemate aku cakap.Yang bila aku baca balik diari, atau kalau dikenang selepas itu. Barulah aku faham..

Aku ambil pengajaran dari kesilapan2 yang pernah aku buat. Dan tidak mahu diulangi.

Untuk dia, sebenarnya telah ditetapkan tiada jodohku dengan dia. Kerana itulah aku tidak faham2.Itu hakikat. Kerana sudah ditetapkan yang jodohku adalah suamiku sekarang. Yang tak tahu kerana apa, mudah pula perjalanan perhubungan kami. Itulah yang dinamakan takdir. Dan takdir itu , yang terbaik untuk aku.

Dan untuk bebudak rumah No 4, Taman Dahlia yang aku sayang. Aku masih hargai persahabatan kita semua sampai sekarang. Semoga semuanya kekal sampai ke akhir hayat.

Untuk teman sekelas, segroup, sediskusi..siapapun jua..salah silap harap dimaafkan.Kalian juga aku ingat. Fini, suzi, mior,khairi..

Untuk suamiku, semoga kita teruskan perjuangan ini dengan ceria selalu.!. Bersama S buah hati umi dan abah.

(Walaupun aku tahu tiada sesiapa diantara kalian yang membaca coretan aku kerana aku pun tidak pernah memberitahu wujudnya siteku ini, aku tulis juga di sini, sbg luahan hatiku di atas segala kenangan manis, pahit kita semua mengejar ilmu di dua Taman Ilmu)..:))

Salam ceria dariku untuk kalian semua
posted by Mirip at 2:11 PM 0 comments

Wednesday, April 21, 2004

Renungan

“Buat suami,
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah dan tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perahwinan mengajar kita kewajipan bersama.
Isteri menjadi tanah kamu menjadi langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya

Pernikahan atau perkahwinan mengingsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memilik isteri yang tidak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah SAW
Pun bukanlah Sayyidina Ali Kaaramallahuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...

Buat isteri,
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW..
Pun tidak setabah Ayyub atau
Segagah Musa..apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita-cita membangun keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon nakal dan kamu penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suamimu bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT
Kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang sempurna dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah..

Justeru itu wahai suami dan isteri..
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Mengapa mengharapkan isteri secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah”
posted by Mirip at 2:21 PM 0 comments

kalau anda gembira tepuk tangan

aku gembira ari ini. aku berazam mahu buat kerja sebaik mungkin. aku mahu kerja kuat. banyak yg aku mahu buat. aku mahu beli lebih banyak pokok bunga, aku mahu shopping buku yang aku berkenan hujung bulan ini.

mlm ini aku akan bawa S yg aku sayang dlm hidup aku pergi jumpa seseorang. yg aku mahu dia jadi seperti org itu kalaulah dia mahu bila dah besar nanti. kerana aku nampak telent pada diri S yg aku sayang itu.
Dengan itu dia boleh sambung cita-cita aku yang terbantut. Yang sampai sekarang kekadang aku rasa menyesal berhenti separuh jalan.Yang mungkin jalan hidup aku akan jadi lain kalau aku ikut jalan tu.

Tapi apa pun aku percaya, Tuhan dah tetapkan ini jalan yang terbaik untuk aku. Mungkin pewaris aku ini boleh sambung cita2 aku. Dengan izinnya.
posted by Mirip at 12:02 PM 0 comments

Monday, April 19, 2004

Tebing Gaza, Semenanjung Melayu

18 Apr 04, 1.30 pm. aku di depan kaca TV. Terpegun mendengar berita terbaru dari Tebing Gaza. Walaupun kekadang tak boleh mempercayai 100% apa yg disampaikan oleh syarikat swasta pertama negara tersebut, tetapi berita kali ini yg disiarkan benar2 membuat aku terkejut. Seorang lagi insan telah shahid di bumi para anbiya' itu. Al Fatihah utk Allahyarham Abdel Aziz Rantissi. Tapi yang kelakarnya, pembaca berita menyebut pengasas Hamas, walhal yang sebetulnya tentulah pemimpin atau ketua. Tidakkah dia dapat membezakan perbezaan antara pengasas dan ketua? argghh nampak sangat dia tidak pernah ambil tahu perkembangan dunia Palestin.Sekurang-kurangnya itu pendapat aku pada dia.

Sebetulnya Israel laknutullah itu benar2 takut pada gelombang penyatuan umat Islam. Kau tentu tahu dan baca kisah pembunuhan menggunakan peluru berpandu Pengasas Hamas yang sebtulnya, AlShahid Sheikh Ahmad Yassin. Aku lihat siaran Jendela Dunia yg disiarkan minggu itu. Keberanian AlShahid Abdel Aziz terserlah apabila dia dgn lantang mengutuk pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin. Aku masih ingat kata-katanya yang bersemangat, bahawa dia akan terus memperjuangkan dan membela kematian Pengasas Hamas yg berkerusi roda itu. Dia akan berjuang dan tidak takut mati. Siap dengan ugutan kepada org2 Israel lagi. Adakah pemimpin negara Arab (atau mana2 pemimpin pertubuhan Islam lain,) yang seberani dia dan selantang dia mengutuk rejjim Zionis tersebut.(o0ooo i see what happened).Aku ini bukanlah terlalu luas dan terlalu dalam dalam ilmu2 sebegini, tetapi dengan ilmu secetek aku ini pun aku tahu yang tiada pemimpin lain seberani itu. Semuanya kecut perut, mendiamkan diri, semuanya hanya mahu menjaga kepentingan diri masing-masing. Sebab kalau seberani itu, jawabnya "Matilah aku dibunuh"...

Kerana kelantangan suara dan dari situ aku sudah nampak semangat yg ada dalam diri Arwah Abdel Aziz, apatah lagi Ariel Sharon, Bush, askar2 yahudi sendiri.tentu mereke kecut perut,nak terburai dan terberak agaknya. hahahha Lalu dengan lagak seorang pengecut,di cari juga jalan untuk membunuh pemimpin Hamas itu walau dengan apa cara sekalipun. Dan di awal tahun 2004 ini, Islam telah kehilangan 2 pemimpin dengan alasan "kami membunuh mereka demi mempertahankan diri kami , dari anasir2 pengebom berani mati dan terrorist"...alasan yang terlalu dangkal dan bodoh. Dan selamam, AHAD, 18 April 04, taktik yang sama digunakan.Menggunakan peluru berpandu. Tidakkah nampak mereka sebenrnya yang takut. Seorang Hero tidak pernah lari dan sembunyi di dalam pelawanan. Tetapi yang berlaku kepada askar zionis itu? Sebaliknya kan.

Kematian mereka-mereka ini tidaklah akan membuat rakyat Palestin semakin hilang semangat juang mereka. Tetapi aku rasakan kebangkitan Islam akan semakin melonjak-lonjak gara-gara sifat dayus, sifat jahat kaum Zionis ini.

Dan ooo i see, cukup-cukuplah itu dari membuat persidangan itu, ucapan ini , yang sekadar habis di situ sahaja. Duit utk makan para peserta sahaja sudah berapa ribu, belum masuk duit api, duit air, duit kertas2 promosi yang cantik2 dan berkualiti. cukuplah. Inilah masanya bertindak.Dari hanya cakap-cakap kosong, cakap berdegar-degar tapi orang kampung kata "habuk pun tadak"..Begitu juga dengan negara-negara Arab yang hidup kaya raya, bantulah jiran anda itu.

Dan rakyat Malaysia,tidak sedar-sedarkah lagi. Apa yang aku sedikit muskilkan ialah, tidak terasakah kalian akan penderitaan rakyat palestin , Iraq, Afghan? Masih lalai lagi dgn muzik2. Aku bawakan kalian kisah semalam (Sebaik shj habis siaran berita, ditunjukkan slot gambar-gambar kematian Arwah Abdel Aziz, mungkin dgn latar muzik yang sedikit sayu.Kemudian dengan mudah-Karnival TV3 Sure Hebbbboohhhhh dipaparkan..seolah-olah, sesiapa yang 'control' unit tv itu tiada perasaan apa-apa. Sedih dan kemudian, arrg lantaklah, itukan negara Palestin, bukan Malaysia. Malaysia aman lagi. Mungkin itu yg ada di hati kecil). Dan orang-orang yang hadir dan sanggup berhujan di Alor Setar itu pun satu. Mungkin mereka tidak tahu berita terkini kot.(Maaf andai ada yang terasa)

p/s: maaf andai tulisan aku hari ini sedikit menampakkan kemarahan aku.
posted by Mirip at 10:33 AM 0 comments

Friday, April 16, 2004

Candid Camera

Aku tgh belajar pelajaran dgn Madan, sekali Fuad ambik gambar kandid aku dgn Madan. Testing kamera digital baru dia la tu kot. Aku rasa Canon. Nanti aku tanya dia.
posted by Mirip at 12:13 PM 0 comments

Tanah

Iklan: Sesiapa yg mahu beli tanah , sila hubungi aku. (it is serious, not a joke)
posted by Mirip at 12:00 PM 0 comments

Konflik

Mrs X menghubungiku semalam. Katanya dia telah psiko.Katanya dia dlm depressed tp dia akui masih boleh mengawalnya. Katanya dia hilang kepercayaan kpd suaminya. Katanya lagi, dia tidak tahu bagaimana mahu meneruskan kehidupan dlm keadaan yg begitu. Kau tahu?Keadaan yg terpaksa ditempuhi, berpura-pura seolah tiada apa yg pernah berlaku antara mereka sedangkan sebenarnya ada rahsia tersembunyi. Kalaupun mungkin Y(aku namakan suaminya Y), tidak lagi mengulangi kesilapannya dahulu, tetapi di hati kecil Mrs X masih lagi tersisa baki kekuciwaan itu.heheh.. Susah utk aku menulis di sini kerana aku bukan Mrs X.Tetapi aku menulis di sini supaya bila 10 atau 20 tahun lagi, apabila aku baca semula blog aku ini , aku boleh kenangkan kembali apa yg berlaku 10 atau 20 thn lepas.Itupun kalau umur masih dipinjamkan. Boleh bercerita kepada anak cucuku yg neneknya ini pernah jadi penulis. Sekurang-kurangnya, walau tidak pernah diterbitkan di mana2 media cetak.Yg bermacam-mcm cerita dapat dibaca kembali..(arhg apa ygaku merepek ni ya)

kembali pada cerita Mrs X dan Mr Y.
Percaya dan yakin adalah sesuatu yg berbeza. Masalahnya sekarang ialah Mrs X perrnah memberi keyakinan pd dirinya sendiri yg Y akan berubah. Tetapi dlm masa yg sama Mrs X masih tahu yg dia sebenarnya masih dibohongi. Jadi skrg ini , dia masih tidak tahu samada mahu terus mempercayai Y atau sebaliknya.Kalaupun Y sudah tidak melakukannya, X masih tidak yakin.Masalahnya juga apabila dia tidak yakin, (atau hanya memberi keyakinan itu 60% sahaja), hatinya mudah goyah. Mudah untuk dia terjebak dlm masalah yg lebih kompleks, mudah bg dia utk merasa was-was dgn pilihannya.

Ini dipanggil konflik dalaman aku rasa..haha takku sangka dulunya X dan aku sama gila-gila, tp aku doakan dia dijauhi dari segala yg tidak diingini.
Ada sesiapa yg pernah mengalami perasaan sprtmana yg X alami? Ada sesiapa yg boleh menasihatinya? Kalau ada sesiapa yg pernah mengalami dan mahu berkongsi dgnnya, sila hubungi aku. Aku akan menemukan kalian dgn Mrs X.Kalaupun kalian tidak mahu dikenali identiti, begitu juga dgn Mrs X barangkali, kalian boleh saja berhubungan melalui emel shj. Setuju? Kalau setuju angkat tgn.

Aku faham perasaannya. Entah kerana kami karib, atau krn aku juga perempuan. Org kata perempuan juga yg merosakkan perempuan. Tetapi bg aku, kekadang hanya perempuan yg faham perasaan seorang perempuan.Dan org juga kata utk membina kepercayaan tidaklah semudah merosakkan kepercayaan. Tetapi bg aku sendiri, membina kepercayaan kembali setelah dirosakkan adalah lebih sukar lagi. Walau apa pun hidup mesti diteruskan dgn ceria..dan tawakkal pada yg satu..Itu conclusionku..
-kuharap dirinya tabah menghadapi ujian dari Allah
sebagaimana aku mengharapkan diriku juga tabah menghadapi kehidupan seharian-
posted by Mirip at 10:06 AM 0 comments

Wednesday, April 14, 2004

No Problemo!!!

5 pm 14 April 04, kawan sekolah aku yg skrg menuntut di UK msg YM aku.Aku namakan dia Z. Entah kerana apa, atau aku ini mungkin tmpt kawan2 mengadu, dia bercerita dan mengadu. Aku faham perasaannya. Dan aku keluar pejabat pukul 6. 1 jam lebih dari waktu pejabat. Bukan kerana kerja pejabat, tetapi aku ‘stay’ kerana ingin membantu kawanku. Tapi aku rasa puas. Puas bukan kerana ucapan darinya “U make my day”, “thanks a lot”, “u really comfort me”…tp aku puas kerana aku boleh mengurangkan tekanan perasaan kawanku. Sekurang-kurangnya aku sudah katakan pada dia yg dia feel very down mungkin sbb aku ada ini, aku ada itu(sbg cth shj) tp sebenarnya apa yg perlu dia tahu ialah aku tiada apa yg dia ada. Sekurang-kurangnya aku sudah katakan yg dia perlu ingat itu. Dgn itu dgn sendirinya dia akan lebih tenang.
Apa yg aku nak katakan disini,juga telah aku katakan padanya ialah setiap org ada masalah yg tersendiri. Bagi Z, dia feel down sbb perkara itu. Aku sbg teman bertanggungjawab comfort Z .
Bagi dia , mungkin org mcm aku tiada masalah. Tp siapa bilang aku tiada masalah?. Cuma yg membezakan sedikit antara aku dan dia , mungkin kerana aku tidak memberitahu sesiapa masalah aku. Tidak sesiapa yg tahu. Hanya aku dan Tuhan sahaja. Kerana yg menjadi milik aku hanya Tuhan. Selain itu hanya pinjaman darinya.

Kalau nak dikirakan, masalah aku lebih besar.Aku tidak tahu besar atau tidak bg org lain. Tp bg aku sendiri, aku rasa ianya sudah cukup besar. Aku tidak jumpa jalan utk menyelesaikannya. Cuma aku hanya mampu berdoa. Kerana doa senjata org mukmin. Walaupun kekadang aku sekarang tidak sempat berteleku lama sesudah solat krn ada tanggungjawab dunia yg menghalang. Tapi aku yakin pada ketentuanNya yg hanya Dia mampu mengubah. Aku sudah lakukan yg terbaik, sedaya dan semampuku. Selebihnya aku tidak berkuasa lagi. Dan aku harus kembali pada senjata kaum muslim. DOA.

Doaku, agar dia beroleh cahaya keinsafan yg sebenar-benarnya. Dan kata-kata yg dilafazkan itu dikotakan.Amin...

--Dunia itu hanya 3 hari.
Hari yg telah berlalu maka tiada lagi kesempatan ditanganmu dari hari tersebut,
Hari esok yg tidak diketahui, entahkan dapat menemuinya entahkan tidak
dan hari pd kamu berada didalamnya,oleh itu pergunakanlah sebaik-baiknya--

posted by Mirip at 9:24 PM 0 comments

Mata Bertentang Mata

Tidak mengira manusia
sama sahaja
didalam diam ada hati ingin bercinta
org muda menanggung rindu
org lama menanggung ragam
pilihla yg sepadan..

quoted by
"Entahkan jadi entahkan tidak"..(SM salim & Sheila Majid)
Aku tujukan lagu ini pada seseorg..
Semoga dia sukses selalu.
Aku nasihatkan dia lakukan sembahyang istikharah dahulu..
posted by Mirip at 10:08 AM 0 comments

Monday, April 12, 2004

Tandas

Aku nak cerita satu kisah. Hari sabtu lepas, aku ada menghadiri jamuan kelab. Aku hanya akan tulis ayat pendek2 dan ringkas2 shj sbb aku tiada masa. Tetapi hari itu dalam sejarah. 10 April 04. Usai makan, aku mahu ke tandas mencuci tangan. Entah kerana apa, aku tersilap masuk tandas.Kau tahu , aku termasuk tandas lelaki.Lebih malang lagi, sebaik saje aku membuka pintu tandas, ada org didalamnya. Kau tahu sajelah, tandas lelaki kan ada yg "di luar",aku tidak tahu utk xplain.(berbeza dgn ladies, semuanya mempunyai bilik2 kecil). Sama2 terkejut. Aku terus keluar sambil nak ketawa pon ada. Malu pun ada. Aku tak nampak muka org tu tapi aku hanya nampak org tu pakai baju kuning.
Aku harap org tu tak sempat tgk muka aku walaupon aku tahu dia sempat tgk kaler baju aku.Semasa aku cepat2 tutup pintu.

Aku rasa aku tersilap masuk sbb tersilap tgk gambar kat tandas. Gambar skirt dan gambar seluar bagi aku tak banyak bezanya. Apalah salahnya kalau ditukar sedikit logo bagi tandas perempuan. Aku cadangkan letak saja gambar wanita bertudung kepala.Senang cerita. Kepala sahaja yg ada, bukan seluruh badan. Tapi apabila org melihat seimbas lalu pun sudah cukup tahu yg itu adalah gambaran tandas perempuan. Bukan org muslim saje yg senang, tp juga non-muslim.

Dgn itu, kejadian sprt yg aku alami mungkin dapat dielakkan. Tp mungkinkah semua tandas di Malaysia mahu meletakkan gambar/simbol sedemikian??
Alah.. Malaysia kan boleh..takkan itu pun tak boleh??
posted by Mirip at 11:22 AM 0 comments

Saturday, April 10, 2004

Ingin kucari jujur dalam cinta,Ingin kubelai setia dalam dada

Jangan Ada Dusta
Serangkap kata puitis dari novel terbaru Sri Diah. (Free Promotion) .Kau sudah baca?


Novel Sri Diah yg aku dah beli dan aku dah baca baru satu. KL dimana Suamiku? Aku rasa novel tu laku di pasaran sbb di awal kemunculannya, aku nampak dimana2 org membacanya. Aku tertarik utk membelinya lantaran sentiasa mengikuti siri novel tersebut yg disiarkan dlm majalah Nur. Dan aku juga beli. dan baca. Ada kisah disebaliknya..
posted by Mirip at 10:05 AM 0 comments

Friday, April 09, 2004

O

Tanggal 16 Okt 2002, aku kehilangan banyak darah. Sampai muka aku pucat. Sampai aku dimasukkan dgn darah org lain sebanyak 2 pain plasma darah.Dr kata ini darah yg pekat shj, tidak termasuk darah cair..Aku angguk.
Mungkin kerana darah yg ada dalam badan aku skrg adalah darah org lain, yg aku tak tahu darah siapa, aku dapat rasakan perubahannya. Mungkin sbb dulu aku turun darah,aku rasa aku sekarang cepat naik darah!.
Dulu aku rasa aku susah nak rasa marah, tp skrg aku rasa lain. Mungkin kerana dulu hidupku lain dan sekarang hidupku sudah di alam lain, aku tidak tahu jika itu puncanya. Tapi aku harap itu bukan menjadi puncanya.

Ada sesiapa yg serupa aku? Badannya adalah darah org lain? Sila beritahu aku..:)..

Aku ini orang yg baik.aku ini org yg pemurah. aku ingat lagik cikgu Bio tingkatan 4 dan 5 aku kata. Cikgu D kata, org mcm aku ni pemurah sgt2. kau tahu sbb apa? Sbb aku ada darah O. O boleh beri pada A, pada AB, pada B, dan pada O juga. Tetapi O malang sedikit.O hanya boleh terima dari spesiesnya shj. Adilkah begitu? kami anak murid yg tidak tahu bertanya. Tidak!.. Allah maha adil..oleh kerana O hanya boleh menerima hanya dari O juga..makanya ramai manusia di muka bumi ini mempunyai O berbanding lagi 3 spesies lain. O0o begitu rupanya.

Macam aku juga, aku boleh beri pada kedua-dua S yg aku sayang dlm hidup aku. Tapi kedua-dua S yg aku sayang dalam hidup aku tak boleh beri pada aku. Bukan mereka tidak mahu beri. Tapi mereka tak mampu beri.Tp aku tak kisah itu semua. Kalau sesuatu terjadi pd mereka, dan darahku boleh menyelamatkan mereka, akan ku cuba lakukan semampuku.Itu namanya pengorbanan. :).

Darah yg mengalir dlm dirimu,ada darahku jua..
posted by Mirip at 9:38 AM 0 comments

Thursday, April 08, 2004

Hati Kristal

Patut lah ada filem pasal "Hati Bukan Kristal"..

crystal heart
Heart of Crystal


What is Your Heart REALLY Made of?
brought to you by Quizilla
posted by Mirip at 2:47 PM 0 comments

Maaf

Semalam, ada org tegur aku.Dia citer mcm2 kat aku. Aku sbnrnya tgh banyak kerja, tp sbb org tgh dok bercerita, aku dgr je lah kan. Sambil continue kerja sambil2. Tp aku rasa dia tgh boring sgt2 kot.
Dia cerita macam2. Dari kisah sakit puan, bengang dgn sikap sesetengah org, dan masuklah cerita dia bengang dgn opis mate(aku tahu sape yg dia maksudkan)..Tp apa yg boleh aku katakan, hanya maafkanlah org2 yg telah menyakitkan hati kita..spy dgn itu kita akan lebih tenang.. Kau tahu, Dia kata sbb kes tu menyebabkan dia tak khusyuk dlm beribadat...( mak aaiii,i thought personally, may b dia seorg yg take it seriously kot!!! heeheheh, tp hanya dalam otak aku je lah kata mcm tu, x sampai hati plak keluarkan ayat tu kat dia)..Then Dia kata awal tahun ni baru dia dapat maafkan org tu.

Apa yg aku nak cakapkan ialah, kekadang kita terasa yg diri kita ni apa je diperlakukan sesuatu yg kita tak sukai..but sometimes, it happened too.Kita sakit hati.Sakit sgt2..(mcm dialah kot..hehe), tp sampai bila kita nak sakit hati kan..sebulan? 2 bln? setengah tahun? setahun? sampai rambut dah tukar kaler putih? tp sampai bila? or sampai bila-bila?...tak,.. bg aku , aku ada hidup aku..aku tak nak hidup aku penuh dgn kisah duka. Apa yg berlaku sbnrnya menjadi pengajaran utk aku menghadapi hari2 mendatang..daripada aku sakit hati, (ye nanti hati yg sakit, tp org nampak muka aku lak yg sakit, ehh tak nak lah aku)..better aku maafkan org2 yg telah melukakan hati aku.., dan aku boleh teruskan hidup aku seceria dan seperti yg aku mahukan..Itulah yg aku sampaikan pd dia semalam..Dlm ayat pendek2 tp penuh makna..

Mungkin susah sbnrnya nak maafkan, itu aku akui..tp sesusah mana pun ia,kita kena cuba..atau kalau kau rasa susah nak maafkan org, kau ingat yg nanti org akan mudah maafkan kau semula..dan yg lebih penting, Tuhan mudah memaafkan kau. itu yg aku ingat dlm diri..dan bg pihak si dia (atau mereka-mereka) pula, itu antara dia (atau mereka) dgn Pencipta..doakan saja..
Tp aku nak ingatkan di sini, ada pepatah kata..(walaupon aku kurang ingat ayat penuhnya, tp lebih kurang beginilah maksudnya.)

Org yg biasa adalah org yg memaafkan dan melupakan
Tp org yg lebih bijak adalah memaafkan tp tak pernah melupakan.. :)
posted by Mirip at 12:30 PM 0 comments

Friday, April 02, 2004

Hari Pertama

Semua org ingat hari pertama kan.Aku masih ingat hari pertama aku ke sekolah. Mak dan adik hantar aku. tak lama lepas tu aku suruh mak balik sbb aku rasa tak kisah pun ada kat dlm kelas.Mak cakap (bila aku dah besar), mak dah nampak aku tak suka depend pada org lain sejak tu sbb rakan2 sebaya aku semuanya berkepit dgn mak masing2 di hari pertama, tapi mak cakap aku selamba je suruh mak balik. Ye ke? Mungkin kot sbb aku mmg tak suka bergantung sgt kat sape2 sampai la dah dewasa ni ..
Macam juga hari pertama ke Univ, hari pertama org berlainan jenis yg kita tak pernah kenal call,hari pertama kerja, hari pertama menjadi ibu dan etc etc..
Semua org ingat kenangan manis..Cuma yang aku kesiankan ialah kat adik aku.. hari ni hari pertama dia kerja official, kebetulan plak sebelah je ngan ofis aku. Jadi aku plan nak la pegi sama2 dgn dia.. tapi alangkah geramnya aku ngan satu pengangkutan awam kat malaysia ni ..aku geram kat pekerja2nya actually..boleh tak bila dioarang tgk barisan dah panjang berjela2, dgn mesin syiling yg kedua2nya tak berfungsi, boleh tak tgk saje je..tak de langsung inisiatif nak bantu kami2 ni cepat skit untuk naik pengangkutan awam tu. Takkanlah tak tahu waktu2 pagi mcm tu semua org nak kejar waktu.. Nasib baik aku dah beli tiket siap2 untuk sebulan dapatlah aku melepasi dan naik tren tu.. Tapi yang kesiannya adik aku la. Terpaksa aku tinggalkan dia sbb ofis aku masuk awal dari ofis adik aku..Terpaksalah adik aku naik tren berikutnya. Terpaksa jugak lah aku dan dia terpisah dek gara2 tiket, gara2 tak de sorang pon staff kat situ yg nak bukak satu lagi kaunter. Aku tgh tunggu utk catit sekiranya kes2 sebegini makin kerap berlaku, aku rasa menajdi tanggungjawabku untuk menulis dan menghantar 'laporan' pada suratkhabar..

Apapun aku rasa lega adik dah dapat kerja official setelah tanam anggur selama setahun..selama setahun tu lah dia kerja macam2, dari sales girl kat pasaraya, clerk kat sekolah, clerk kpd sorang pak cik aku (ganti post aku yg dulu, ehehhe), dan sekarang insyaAllah akan kerja kat tempat baru ni walaupon hanya sbg pekerja kontrak.Tak kisah lah tu kan janji nak dapat pengalaman dan pekerjaan tu adalah bidang yg dia pelajari dulu.

Good luck to her.
posted by Mirip at 9:02 AM 0 comments

Thursday, April 01, 2004

Membina Hati Bahagia

Aku baru beli buku Membina Hati Bahagia karangan H.M Tuah Iskandar semalam lepas balik kerja. Aku kalau dah pergi satu2 kedai buku akan bertapa dulu kat situ membelek-belek buku lain.Walaupun sebenarnya nak beli nya satu buku saje. Bukan apa, survey dulu, nanti nak beli lain kali senang.Tengok2 jam dah , alamak aku terlepas tren aku. Cepat2 aku bayar dan bergegas ke Tren aku dan terpaksa tunggu next tren.
p/s: Macamana aku nak gemuk skit kalau hari2 , aku kena berlari, jalan laju2 , naik tangga turun tangga..emm :)
posted by Mirip at 12:12 PM 0 comments

cubaan
posted by Mirip at 11:25 AM 0 comments