Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, November 20, 2008

lembah2

Bila dikenang-kenang semula, rupanya banyak benda yang sebenarnya terjadi tu tanpa dirancang. Dan kadang-kadang pula kita ingatkan begini, tapi bagi orang lain pula melihatnya dari sisi lain.

Pertentangan yang terjadi.

Persekitaran dan orang-orang sekeliling rupanya banyak memainkan peranan dalam kita meniti hidup. Itu kesimpulan yang aku dapatkan.

Zaman akhir belasan tahun dan awal dua puluhan, rasanya itu zaman-zaman yang mencabar sebenarnya. Kalaupun tidak bagi orang lain, tapi cukup kalau aku katakan untuk diriku sendiri.

Manakan tidak, hati sebenarnya tidak mahu berada di situ. tapi fizikal tetap juga terpaksa di situ. Mahu diundur ke belakang, tidak tahu caranya dan banyak pula masalahnya. Dan mahu terus menuju ke hadapan, terasa gelap masa hadapan.

Hidup seperti terkontang kanting. Mungkin juga kerana fikiran yang belum matang.

Jadi hidup dalam keadaan seperti itu menjadikan aku hilang. Hilang dalam keramaian dan hilang dalam diri sendiri. Tidak tahu. Menjadi pesimis. Menjadi entah yang apa-apa.

Perlakuan juga kadangkala memang menjadi pelik. Pelik bagi diriku sendiri.

Jadi bila diingat kembali, memang itu semua kenangan yang melucukan. Ketika itu memang kenangan yang boleh dikira pahit atau masam, tapi bila diingat sekarang ini, menjadi manis pula walaupun tahap kepahitan dan kemasaman itu tetap juga membekas.

Kesilapan juga banyak dilakukan. Kerana sudut pandang yang berbeza inilah puncanya.
Bila diingat-ingat, memang agaknya aku yang bersalah kerana sudut pandang dan perasaan aku ketika itu lain.

Yang sering terjadi ialah, fikiranku tidak menghala sepertimana mukaku dihalakan.
Memang rupanya aku ini jahat dan tidak sepatutnya aku macam tu.
Memang aku kelihatan sombong tapi kerana mataku tidak jelas.Sungguh kasihan sebenarnya.Memang aku tidak perasan pada orang lain,kerana aku sendiri kacau mahu lari.Nak lari, tapi ada pintu besar dan halangan tinggi.Mahu tidak mahu, tetap sahaja di situ walaupun gembira sudah lari. Dan akhirnya melekat di situ tanpa ada jalan keluar. Hanya ada satu jawapan. Pasrah sahaja dengan jalur hidup.

Jiwa kacau. Hahahha.. kelakar tapi itulah zaman dulu-dulu. Gila gila remaja.

Jadi, kuakui juga kata-kata kawan-kawan yang mengatakan aku ini "budak tanpa perasaan"."Takkan itu pun kau tak faham?" Mereka tidak nampak aku ini gembira atau sedih. Mereka tidak nampak apa-apa reaksi diriku kerana memang aku tidak menunjukkan sebarang reaksi pada apapun.Sebenarnya kawan, aku faham, tapi aku tidak mahu faham, atau kerana terlalu banyak persoalan atau kerana memang aku ini straight person, jadi aku tidak faham kalau pun orang lain sudah faham bahasa atau perlakuan kiasan.

Hanany senyum sumbing sendirian mengingatkan zaman-zaman lalu yang dia tinggalkan. Bergegar-gegar pesawat yang dia naiki melanggar awan-awan putih bergulungan.
posted by Mirip at 12:39 PM 0 comments

Sunday, November 16, 2008

wajah-wajah yang tersenyum



FROM

Tidak puas melihat wajah-wajah mereka yang tersenyum.
Terima kasih kepada keluarga assyahid(insyaAllah) ketiga-tiga pejuang kerana memberi peluang insan lain yang bukan ahli keluarga melihat gambar terakhir jenazah.
Teringat kata-kata keluarga mereka lebih kurang berbunyi "kami izinkan gambar mereka disebarkan supaya memberi hak kepada muslim di luar sana melihat. Kami bangga dengan mereka." Ayatnya lebih kurang begitu. Tapi maafkan aku kalau aku tersilap. Tidak sempat untuk memetik kata-kata sebenar. Hanya kutuliskan maksud kata-kata itu sahaja.

Pagi-pagi lagi, 7 pagi hari ini aku sampai ke tempat kerja. Perkara pertama kubuat ialah beli sarapan siap-siap, buka laptop, baca email dan buka website Arrahmah. Tapi masih tidak ada khabar terbaru lagi. Menatap wajah-wajah mereka, rasa sayu pula hati aku. Seolah-olah mereka itu dekat sekali denganku padahal mereka tidak langsung mengenaliku.Agaknya angin emosionalku datang lagi. Semalaman aku melihat video klip kisah atau gambar mereka. Menambahkan kesedihan yang bersarang. Aku memang tak patut bersedih, tapi aku sendiri tidak tahu kenapa aku jadi penyedih apabila melihat dan mendengar nama mereka. Mungkin kerana aku mengikuti kisah mereka sejak dulu.
Waaluallam. Kuharap, sahabatku di sana akan dapat mencarikan aku buku karangan Imam Samudera itu. Huhuhu..
posted by Mirip at 10:02 PM 0 comments

Saturday, November 15, 2008

Kalau tak nak, kenapa biarkan?????

Selepas membaca kisah bersuami dua, dan pelik dengan tajuk cerita yang mengatakan 11 tahun saya dimadu isteri. Aku merasa pelik kerana mereka bercerai kali pertama 1996 dan kali kedua 1997. Dan bekas isteri pula berkahwin baru pada tahun 2005. Baru 3 tahun isterinya berkahwin tetapi kenapa pula suaminya berkata dia menderita 10 tahun?

Satu kesimpulan yang aku dapat. PENIPU BESAR!

Kalau kau dah tak nak dia, kau sendiri cakap macam tu kan. Kau dayus kalau terima dia semula, habis tu yang kau tak nak pula ceraikan tu kenapa. Kenapa pula nak biarkan macam tu. Kau senang la , kau boleh mula hidup baru, tapi kau sengaja seksa hidup bekas isteri yang kau kata kau rujuk padahal kau sendiri yang angau nak rujuk. Kawan tu tak nak pun dirujuk.

Aku tak kira la kalau orang kata aku bias. Tapi memang aku rasa ada something wrong.

Kalau betul kau jadi suami dia takkan dia nak kahwin lain? Ada ke orang yang nak kahwin dengan dia kalau kau jadi suami dia yang BERTANGGUNGJAWAB? Jawabnya tak. Sebenarnya kau sorang yang angau nak rujuk semula sedangkan kau tak de pun hidup bersama dengan dia lagi. Kau pun dah bahagia dengan keluarga, isteri dan anak2 baru kau. Tapi bila bekas isteri kau tu dah mulakan hidup baru, dah kahwin dengan orang lain, kau tak puas hati. Kau kata kau nak hak kau. Hak apa sebenarnya yang kau ada. Sedangkan kau rujuk kat pejabat agama pun tanpa kehadiran bekas isteri kau. Mana dia nak tahu sebenarnya dia dah pun rujuk dengan kau. Apatah lagi dia tak ingin pun selepas 2 kali bercerai. Kau bercerai kali pertama dengan dia 1996. Kau bercerai kali kedua dengan dia 1997. Kau berkahwin dengan bini baru kau 1997. As a woman, i know that. I know the root cause why you are separated.

But then, semua ni kisah lama kan. Kalau sekalipun kau nak marah dia,kau benci dia, biarkanlah dia dengan hidup baru dia. Kenapa kau tak puas hati lihat kebahagiaan orang yang pernah kau hidup. Jangan lupa semua anak2 dia kau ambil dan tak beri dia peluang lihat anak2 dia.

Kali pertama aku membaca kisah ini, aku tidak puas hati kerana wartawan hanya ambil kata-kata dari satu pihak sahaja.Jadi aku tulis pada wartawan yang menulis tersebut, supaya cari dan datang ke rumah isteri malang tersebut. Dan dapatkan cerita sebenar. kerana aku tahu, kau tidak ceritakan perkara yang sebenar pada wartawan hari tu. AKu tahu ego kau yang terlalu tinggi dari kenyataan yang kau keluarkan. Kau pegang title seorang lelaki itu untuk menyeksa kehidupan seorang wanita. Ya, kalaupun kat dunia,kau rasa kau menang, tapi ingat doa orang yang teraniaya itu amat dimakbulkan oleh Allah.

Oklah, hari ini apabila aku baca ada cerita pasal kisah ni, aku bersyukur sangat, kerana wartawan ada juga yang buat liputan kisah ini. Kisah di sebalik apa yang tertulis, samada susulan tindakan wartawan itu kerana membaca email aku atau tidak, membaca email orang lain atau tidak, atau memang niat wartawan sendiri yang mahu pergi ke sana, itu sudah tidak menjadi hal padaku. Tidak kisah pun walaupun wartawan yang menulis kisah ini hari ini, bukanlah wartawan yang aku hantarkan email itu, tapi sekurang-kurangnya dari akhbar yang sama. Dan aku telah buat sedikit apa yang boleh aku buat.

Kepada sesiapa - seperti kata-kata bekas isteri tersebut. Samada sengaja ataupun kecuaian. Hanya satu aku ingin tuliskan, jangan anggap perkara ini mudah. Dan jangan pula menganggap kes orang biasa itu bukan masalah pada diri sendiri. Kalau surat hilang kerana banjir atau apa sekalipun, itu bukanlah alasan yang masuk dek akal.
posted by Mirip at 12:14 PM 0 comments

Friday, November 14, 2008

10(Part 2)

Badannya terasa lenguh-lenguh yang bukan sedikit akibat terlalu lama terbaring. Shamsul bangun perlahan-lahan, menyandarkan batang tubuhnya itu ke jeriji besi putih itu. Dibetul-betulkan bantal putih itu supaya kedudukannya berkeadaan simetri antara sisi kanan dan kiri.

Terasa sedikit kelegaan menjalar ke salur darahnya. Memberikan isyarat supaya dia harus bertukar-tukar posisi supaya tidak terus statik tidak berganjak.

Matanya melilau melihat kiri dan kanannya. Semua orang pun berkeadaan sepertinya. Sakit dan terbaring. Lelah dan banyak yang terasing.

Selepas puas menjelajah ruang itu, matanya terhenti pada tiga imej di hujung sana. Satunya, sang pesakit sepertinya berbaring mengiring ke kanan. Dua imej lagi, kedua-duanya kaum hawa berada di sampingnya. Seorang wanita tua dalam lingkungan awal 40an berbaju kurung hitam berbunga putih susu. Ada gambar bunga melati di situ. Harum bunga melati bagai menjalar ke dalam salur hidungnya. Menambah kelegaan hati Shamsul.

Di sebelah wanita tua berbaju hitam berbunga melati itu, duduk meneleku kepalanya ke atas katil adalah seorang adik kecil. Mungkin sahaja umurnya baru dalam lingkungan 10 tahun. Shamsul tidak dapat meneka apakah adik kecil itu sedang tidur melelapkan diri ataupun sedang menangis.

Dari kejauhan begitu, dia melihat dengan jelas kasih sayang seorang ibu tua itu. Terasa hatinya sayu melihat peristiwa itu. Terlihat jelas yang wanita tua itu susah hati pada keadaan diri anaknya itu. Wanita tua itu sedang mengurut-ngurut kedua-dua kaki pemuda itu. Sekejap-sekejap dia membetulkan cadar agar tetap tegang selepas dipusing-pusingkan kedudukan anaknya itu.

Shamsul mengukir senyuman. Dia tumpang bahagia melihat kebahagian orang lain, beruntung pemuda itu mempunyai ibu dan adik yang menyayangi dirinya walau apa pun yang terjadi. Ini bukanlah bermakna Shamsul menyalahkan ibunya seratus peratus dalam hal ini. Dia tidak pernah menyalahkan ibunya, kerana apa yang terjadi pada keluarganya bukanlah atas kehendaknya sendiri. Semuanya telah ketentuan Allah yang telah tercatat. Dan semua yang terjadi pun, adalah salahnya sendiri, bukan salah ibunya atau adik beradiknya, apalagi yang mencipta sebaik-baik kejadian.

DIa sedar diri yang dia tidak mungkin akan dapat menikmati kasih sayang sebegitu rupa dari ibu dan adik beradiknya sendiri. Ibunya harus menanggung ramai lagi adik-adik kecilnya, dengan kudrat yang semakin tiada. Adik beradiknya juga tidak ingin dilibatkan dalam kemelut hidupnya. Kesemua mereka pun ada masalah mereka sendiri. Semuanya hidup dan cukup-cukup untuk makan, atau mungkin juga ada yang tidak pun cukup makanan pada hari itu. DIa tidak mengharapkan apa-apa daripada mereka. Lalu di bersyukur kalau ibunya berkesempatan datang melawatnya, tapi kalau pada hari-hari yang ibunya tidak berkesempatan hadir, dia tidak pernah ingin meminta lebih dari itu.

Memerhati ibu tua dan adik kecil itu juga, serentak melarikan dia pada kenangan semalam yang telah lama dia tinggalkan.
posted by Mirip at 3:16 PM 0 comments

Aku terasing1

TRIO SYAHID InsyaAllah

Petikan tulisan Imam Samudera.
"Kerana menyebut-nyebut kebaikan sendiri dihadapan manusia hanya akan membatalkan pahala. Memang, segala amal itu bergantung kepada niat. Tetapi sungguh, menjaga niat itu bukanlah perkara mudah.Kemasyhuran adalah suatu perkara yang yang wajib dicurigai. Betapa naifnya seorang Muslim yang dikurniai Allah kemampuan beramal jihad, sementara pada akhir kehidupannya terdapat pernik-pernik sum’ah (popularitas) dalam hatinya. Ia mati dengan membawa syirik kecil. Inilah yang aku maksudkan biografi ‘setengah hati’, biografi yang yang tak utuh, yang diiringi oleh kekhawatiran akan hari pertanggungjawaban kelak.
"


p/s:Kalau orang lain berbangga-bangga dengan kebaikan, ...

"Kepada mereka yang sempat bertemu denganku dan mengetahui aibku dan dosa-dosaku, kukatakan , “ sesungguhnya mereka hanya mengetahui setitik aib dan secuil lautan dosa-dosa yang telah kuperbuat. Dan hanya aku dan Allah yang tahu. Semoga Allah Yang Maha Pengampun, menghapuskan segala dosa-dosaku yang disengaja atau tidak, yang nampak dan tidak. Amin."

pps: ... doesn't have any other words to say..:(

Aku akan berusaha mendapatkan Biografi Setengah Hati ini. Kerana ia sangat istimewa, ditulis oleh insan terpilih.

Media yang memutar belitkan fakta dan kenyataan , rasakan nanti. Hidupmu tak akan tenang.Dibayangi ketakutan kerana memfitnah. Ingat ya, fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh!

Aku suka dengan makna kata-kata arwah IS- " Apalagi setelah aku mengerti arti sebuah perjuangan menegakkan kalimah Allah yang menuntut betapa pentingnya menjaga sebuah rahsia. Maka biografi adalah satu perkara yang sangat aku hindari. Jika kini aku menulis biografi, itu kerana Drakula bin Monster Amerika dan sekutunya terlanjur mengetahui nama kecil dan sebahagian masa laluku. Meski demikian ,dalam penulisan biografi setengah hati ini, akan tetap ku hindari hal-hal yang kukhawatirkan akan membatalkan pahala disisi Allah kelak. Na’uzubillah min zalik."
posted by Mirip at 12:48 AM 0 comments

Thursday, November 13, 2008

9(part2)

Setelah merasa kehadiran seseorang di sisinya, Shamsul membuka matanya perlahan-lahan.Imej dua manusia berdiri di sebelahnya. Pandangannya masih kabur akibat masih mamai setelah melelapkan matanya, yang berjaya menghilangkan kedukaannya buat seketika.

Dua imej itu makin jelas. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ya sepasang.

"Ohhh Abang Arman," dia menguatkan diri menegur.

Arman, lelaki 30-an yang dipanggil Abang Arman oleh Shamsul mengangguk kepala. Terukir sedikit senyuman di bibirnya.

"Kak Liiii," ekor matanya memanjat pula pada wanita di sebelahnya, namum kemudian secara automatis disambung "opss..". Argh dia tersilap, dia sudah melakukan opss silap, dan bukan Ops Sikap, yang selalu dilaksanakan oleh PDRM tiap kali musim perayaan tiba itu.

Wanita itu memandang dia sekilas dan lalu terus memandang keluar jendela. Fikirnya tentu sahaja, wanita ini tidak ingin pun datang ke sini, perasaan yang terpamer pada raut muka wanita itu jelas kelihatan.

"Sihat?" Arman memulakan persoalan, walaupun soalan itu tentu sahaja tidak sesuai diutarakan buat penghuni di sini. Tapi saat-saat seperti ini,kadangkala soalan itu lah juga yang dilontarkan orang untuk memulakan perbualan.

Shamsul angguk.

Siapa wanita muda ini? Aku sangkakan Kak Lily tadi, rupanya orang lain. Patutlah warna kulit wajahnya sekali imbas tadi kulihat berbeza. Apakah itu teman baru Bang Arman? Apakah itu teman sepejabatnya? Atau mungkinkah, itu isteri barunya?

"Bang Arman pergi dulu, ada kerja yang harus diselesaikan," Arman minta diri selepas seketika melihat perkembangan Shamsul.

Tidak banyak perbualan yang berlaku antara Arman dan Shamsul. Lebih kurang 10 minit kemudian, Arman dan wanita itu beredar pergi meninggalkan dia kembali.

Pemergian Arman dan wanita itu diiringi dengan pandangan tajam Shamsul. Dia melihat dari jauh sehinggalah kelibat dua orang itu keluar dari pintu besar tempatnya berada ini.Banyaknya persoalan berlegar dalam fikirannya, menambahkan lagi beban fikir yang sedia ada dalam mindanya.

Siapa wanita misteri itu? Mesra benar mereka berdua. Takkanlah sahabat biasa semesra itu. Kalau teman sekerja, tentu sahaja mereka tidak datang berdua. Tentu sahaja datang segerombolan dengan teman-teman lain. Sekali fikir lagi, tidak logik pula kalau teman sekerja, kerana perwatakan wanita itu jelas sekali umurnya masih muda. Masih di awal 20-an. Jelas mereka bukan sebaya.

Fikiran lelakinya cepat menangkap yang wanita di sebelah Arman tadi bukan setakat teman biasa Arman lagi.Hanya ada dua kemungkinan. Pertama, samada kekasih hati Arman atau yang lebih baik dari itu, adalah isteri Arman.

Tapi, kalau isteri, di mana Kak Lily sekarang? Apakah Kak Lily masih isteri Bang Arman? Atau tidak? Atau bagaimana? Atau sekarang sebenarnya Kak Lily sudahpun bermadu. Arghh dia tidak tahu , tapi dia ingin sekali ingin tahu.
Shamsul tiada jawapannya. Yang ada jawapannya, hanya pada Arman, Kak Lily dan wanita muda itu.

Mengimbas imej wanita muda itu, kotak ingatannya melayang. Apa yang ada pada wanita itu ya?

Kak Lily itu wanita yang paling baik dia pernah kenal. Tidak pernah melawan cakap suaminya. Tidak pernah meninggikan suara pada suaminya, yang dia tahu hanya mengikut sahaja kata-kata apapun suaminya itu. Beruntung Arman mendapatkan isteri setaat itu. Tapi mungkin sahaja bagi Arman, isterinya yang dahulu menjadi pendokong setia di belakangnya itu sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Arman pun sudah berjaya dalam dunia perniagaannya. Tentu ramai gadis-gadis atau wanita-wanita lain yang berebut-rebut menawan hatinya. Yang mengejar cintanya juga ramai. Mungkin juga Arman sudah tidak memandang pada kebaikan budi Kak Lily lagi.

Entahlah. Dia juga lelaki. Dia tahu kalau ciri-ciri lelaki seperti Arman itu memang menjadi pujaan ramai wanita. Berjaya, kacak, tinggi, handsome,muda lagi dan yang penting KAYA. Bukan kaya sedikit, tapi kaya yang melimpah ruah. Kaya yang mempunyai tanah berbidang-bidang, mempunyai rumah sewa yang hanya untuk dikutip duit sahaja setiap bulan, yang mempunyai beberapa biji kereta, dan yang penting ada BMW dan MPV. Siapa yang tidak inginkan lelaki sekaya dan sekacak itu?

Dari segi personaliti, sekali imbas dia sudah tahu bezanya antara wanita muda yang dia tidak tahu nama itu dengan Kak Lily adalah cukup jelas sekali. Umpama seperti langit dan bumi. Dia akan senaraikan perbezaan-perbezaan ketara itu.

1. Seorang kulitnya agak gelap, berperawakan seperti Madhuri Dixit Bollywoo VS dan seorang lagi kulitnya putih melepak, berperawakan seperti Cecilia Cheung Hong Kong Wood.

2. Seorangnya tidak ada barang kemas di tangannya VS yang seorang lagi jelas kelihatan emas berlian berkerdipan menyinari malam.

3. Seorang berbaju kurung ke mana sahaja dia pergi VS yang seorang lagi fuh, up to date, dan bajunya itu menampakkan susuk tubuhnya yang jelas berlekuk-lekuk di sana sini.Ketara itulah yang mahu ditunjukkannya. Dan ketara lagi, itulah yang mungkin membuatkan Bang Arman jatuh padanya.

4. Seorangnya berwajah polos VS seorang lagi bak bintang di karpet merah, penuh warna warni seceria pelangi.

Tidak ketinggalan, seorangnya sudah dimakan usia dan seorang lagi baru mengenal dunia.

Shamsul menggelengkan kepala. Bukannya dia iri hati pada Abang Arman, namun dia merasakan seolah-olah Kak Lily itu hampir dengannya. Dia merasakan Kak Lily itu dekat sangat dengannya. Dan dia merasakan Kak Lily itu seperti ibunya pula.Masakan tidak.

Dia tidak mahu mendoakan, tapi dia dapat merasakan yang Kak Lily seolah-olahnya akan mengalami nasib sama seperti ibunya? Dia tidak mahu memikirkan hal itu kerana dia kenal Kak Lily sejak dia masih remaja dan dia tidak mahu nasib sama menimpa Kak Lily. Dan yang lebih penting dia tidak mahu, Azman dan Aznah, anak-anak Kak Lily menjadi sepertinya.

Ada pancaran kebahagiaan di mata wanita muda itu, tapi kenapa dia melihat wajah Bang Arman seperti ada sedikit kedukaan? Seperti menanggung beban yang berat? Kenapa masih begitu? Sedangkan tentu sahaja mendapatkan kekasih atau wanita muda (dia tidak pasti) itu akan membuatkan hati lelaki seperti Arman bahagia dan mekar seperti mawar kembang pagi? Kenapa kembang bunga harum malam tidak terpancar sepenuhnya pada wajah Arman? Apakah yang terjadi? Apakah sebenarnya Arman juga menanggung beban hidup yang dia cari sendiri?

Sekali lagi Shamsul tiada jawapan pasti.
posted by Mirip at 9:55 AM 0 comments

Wednesday, November 12, 2008

saje habiskan masa

1 pintu macam tertutup.
Supaya sedar diri yang tak ada pintu di situ.
Yang tinggal 1 pintu lain.
posted by Mirip at 4:07 PM 0 comments

Sejarah berulang!

++ credited to http://tukulbesi.blogspot.com
Rakaman Kebesaran Ilahi,Tiga Burung Berlegar Di Udara
Arruhul Jadid dari Acheh menulis:

"Alhmdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah. Kemusykilan saya mengenai kesohihan berita ‘lawatan’ 3 ekor burung saat tiba jenazah Amrozi dan Ali Ghufron akhirnya terjawab. Jam 01.25 pagi tadi, TRANS TV, Indonesia menyiarkan rakaman 3 ekor burung berlegar di udara diatas ribuan umat Islam yang menyambut ketibaan jenazah mereka. Mungkinkah makhluk Allah ini hadir untuk menyambut roh-roh mereka ? wallahua’lam".

Untuk tonton rakaman kejadian tersebut klik di sini. Terpulang pada pembaca untuk membuat penilaian.Tetapi sebagai muslim ,haruslah kita berlaku adil dan berbaik sangka.
++++++++++++
* Kalau anda punya hati, tentu sahaja akan merasa sesuatu melihat videoklip ini, terutama bahagian akhir video klip. (walaupun kesedihan ini tidak ada apa-apa kerana ganjaran mereka lebih tinggi).
** Allah Maha Berkuasa untuk menunjukkan secara 'cepat'.Tidak perlu menunggu 10 atau 20 tahun atau seratus tahun...
++++++++++++
Sejarah memang berulang.
Sejarah itu rupa-rupanya lipatan peristiwa-peristiwa yang sama , cuma pelakonnya berbeza.

Berapa ramai pejuang yang ketika kematiannya dianggap ketua kepala penjahat.
Mat Kilau, Tok Janggut, Imam Hassan Al Bana, imam-imam terdahulu yang dipenjara kerana menegur pemerintah. Termasuk lah Hang Jebat :)(Sekadar menyebut beberapa nama).

Tapi itu hanyalah ketika awal-awal pemergiannya,
kenapa setelah berkurun-kurun berlalu, berganti generasi demi generasi lalu itu semua sudah tidak ada?
Diganti dengan merekalah pejuang bangsa dan agama?

Jadi tidak salah kalau aku katakan, untuk seratus tahun akan datang, atau mungkin ratusan tahun akan datang, (atau mungkin juga hanya puluhan tahun akan datang) kalau kematian mereka bertiga akhirnya ditukar pula dari gelaran sekarang?

Memang sejarah memang berulang! Dan sedang berulang.

* Tangan aku terasa kegatalan yang amat sangat dan tidak boleh berhenti menulis akan perihal hal ini.
posted by Mirip at 2:25 PM 0 comments

picisan hatiku3

Orang selalu menganggap orang yang diam dan mengikut itu boleh senang-senang diarah itu ini dan dimarah, dibantai atau dilakukan sesuka hati mereka. Apa mereka ingat, kalau orang-orang yang tidak pernah marah ini seorang lembik dan mudah mengalah?

Tidak sama sekali!

AKu suka ayat ini - dipetik dari ULASAN LEBIH ADIL BUAT TRIO
"Herman - Perginya mereka hanya memberikan inspirasi untuk lahirnya lebih ramai pejuang yang pemberani. Islam mengajar umatnya menghormati akan makhluk lain dimuka bumi ini, tetapi seandainya mereka sudah tidak menghormati umat Islam, dan menganggu penghuni alam lain dengan doktrin hedonisme dan terorisme maka mereka harus dan wajib dikirimkan ke neraka."

Samalah halnya dalam kehidupan. Kalau orang tidak mencari pasal, jangan sesekali kita mencari gaduh atau tidak boleh bertoleransi, tapi kalau orang sudah mula memijak kepala, PANTANGAN bagiku untuk mengalah. Kalau ada yang katakan aku ini pemberontak, yang memang aku akui yang aku sang pemberontak, tapi pemberontakan aku kalau sudah melepasi tahap kesabaranku. Saat itu, aku akan tidak mengira lagi siapa kamu, janji jangan biarkan kepalaku dialiri darah panas yang membuak. Kalau kemarahanku datang, aku dapat merasa yang aliran darah di telingaku dan kepalaku cukup panas dan menggelegak, saat itu, mulut aku tidak akan ada INSURANS.

Samalah halnya dengan agama. Memang agama menyuruh setiap umatnya bertoleransi dengan penganut agama lain, tapi kalau akhirnya, umat sendiri dibantai, atau dipijak kepala-kepala @ atau dicungkil matanya, apakah namanya tetap Islam kalau hanya melihat? Apakah menjadi kesalahan kalau bangun mempertahankan? Apakah saat itu, mempertahankan itu tetap dipanggil kejahatan,? Kalau itulah yang dipanggil kejahatan, tidak mustahil tragedi SABRA SATILLA akan berulang. Sungguh, apabila pertahanan diri sendiri tidak ada, terlalu percaya pada orang yang belum tentu percakapannya, anda sendirilah yang akan menjadi mangsanya.

Wallahulam.


Keluarga Amrozi Adakan Syukuran “Kemenangan”- Ia juga menampik berita-berita di berbagai media massa di mana dijelaskan bahwa almarhum Ali Ghufron dan Amrozi digambarkan meninggal dalam keadaan pucat. Gambaran seperti itu menurutnya hanya ditujukan agar pihak keluarga dan sahabatnya dalam keadaan sedih dan takut. Padahal yang terjadi tidaklah demikian.
posted by Mirip at 12:41 PM 0 comments

picisan2 dari hatiku

Apa yang kamu dengar dan lihat itu belum tentu perkara yang benar.
Di akhir zaman nanti, umat Muhammad seperti buih-buih di lautan.
Aku melihat kebenarannya.
Di tanah tumpah darah sendiri, tapi tiada yang membela
Orang juga yang diagung-agungkan.
Kapal sendiri lebih besar dan kuat
Tapi kapal orang juga yang diletak di pelabuhan.

****
dipetik dari temubual dengan Imam Samudera diterbitkan Tempointeraktif Jum'at, 10 September 2004 | 20:24 WIB

Imam Samudra: ”Demi Allah, Tak Akan Selesai”
Jum'at, 10 September 2004 | 20:24 WIB

Di Penjara Kerobokan, Denpasar, Bali, sebuah sosok bernama Imam Samudra menjemput kematian seperti sebuah anugerah. Lelaki berusia 33 tahun itu berkata, ”Allah telah mencabut semua keraguan dan ketakutan dari hati saya.” Kecuali tubuhnya yang kian ramping, janggutnya yang panjang, kulitnya yang semakin bersih, dan sorot matanya yang dingin, tak ada yang berubah dari Imam Samudra sejak dia tertangkap beberapa bulan silam.

Di penjara yang jaraknya sekitar seribu kilometer dari kampung halamannya, Serang, Jawa Barat, itu dia mengaku rajin menulis surat untuk sang istri dan empat anaknya. ”Saya membuat sejumlah wasiat untuk mereka.”
Dengan ganjaran hukuman mati dari majelis hakim Pengadilan Negeri Denpasar, Imam Samudra, yang dianggap sebagai arsitek aksi bom Bali, kini menghitung hari sembari menulis sebuah buku memoar.

Tampaknya, Imam Samudra alias Abdul Aziz siap menerima risiko dari jalan kekerasan yang dipilihnya. ”Ini hukum penguasa kafir, harus terus dilawan,” ujarnya dingin. Dia bahkan menyebut vonis mati atas dirinya justru sia-sia. Perjuangan kelompoknya, kata dia, akan terus maju. ”Ini cuma setitik debu bagi para mujahid yang sedang berjuang di luar,” ujarnya. Lalu kapan aksi mereka akan berakhir? Berikut ini petikan wawancara TEMPO dengan bekas mahasiswa kimia di Institut Teknologi Malaya itu.

Mengapa Anda memilih jalan perjuangan seperti sekarang ini?

Awalnya saya membaca buku Allah Turun di Afganistan. Isinya tentang para syuhada di Afganistan. Ada yang digilas tank, tapi tak mati, mungkin karena memang belum waktunya. Ada juga kisah dari makam para syuhada, setiap Senin dan Kamis, terdengar orang bertakbir. Atau soal pasukan mujahidin yang terkurung di satu bukit, tanpa makanan sama sekali. Tiba-tiba, ada helikopter yang menerjunkan makanan bagi tentara Rusia, yang juga terkurung di bagian bukit yang lain. Tapi, dengan takdir Allah, justru makanan itu jatuh di tempat mujahidin.

Kisah seperti itu yang membuat saya tertarik. Banyak riwayat, tentunya yang shahih, fadhilah, atau keutamaan para syuhada. Dikatakan, begitu darah pertama tertumpah ke bumi, segala dosanya diampunkan. Belum lagi jasadnya jatuh, sudah disambut oleh bidadari, yang wanginya itu melebihi dunia dengan segala isinya. Sesaat sebelum dia terluka, telah ditentukan tempatnya di surga. Makanya, dengan keyakinan itu, orang saya itu tak pernah mundur.

Kapan Anda membaca buku itu?

Saya membaca buku itu sewaktu duduk di kelas 2 SMP. Saya dapat dari sepupu saya, yang juga syahid di Afganistan. Namanya Ahmad Sobari. Saya pun tertarik untuk ke Afganistan. Doa saya terkabul. Saya ke Afganistan pada 1990.

Apa yang Anda dapatkan di sana?

Fikrah. Di sana, saya mendapat banyak perubahan cara berpikir. Dulu, saya sangat senang dengan ajaran Syiah, Mu’tazilah, dan lain-lain yang menggunakan logika sebagai dasar. Dulu, sekalipun hadis itu sahih, jika bertentangan dengan logika, akan saya tolak.

Itu sebelum ke Afganistan?

Ya, sebelum ke Afganistan. Saya bahkan masih mengagumi Amien Rais (mantan Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah—Red.) dan lain sebagainya itu. Setelah saya mengerti, itu semua saya masukkan ke tong sampah sekarang.

Pengalaman apa yang paling membekas?

Saya bertemu dengan orang yang paling dibenci oleh Amerika Serikat, seperti Syekh Abdurrasul Sayyaf (salah satu panglima mujahidin di Afganistan). Walau paling dibenci Amerika, dia adalah orang nomor wahid di Afganistan. Saya terkesima, tapi bukan tersihir. Saya banyak mendapat kebenaran dari dia. Selain itu, banyak juga kawan yang berasal dari Arab. Mereka mengarahkan saya kepada fikrah yang sebenarnya.

Pikiran baru itu langsung Anda terima?

Sebenarnya waktu itu masih ada clash, benturan, di batin saya. Misalnya, waktu itu, saya masih menganggap fikrah (pikiran) jihad itu adalah dakwah. Jadi, ada konflik berat. Tapi, waktu itu, saya membaca sebuah hadis, dan ini juga hadis sahih, bahwa yang terberat itulah yang terbenar. Dan itu pasti dibenci oleh orang-orang kafir. Jadi, saya mulai masuk ke dalam mazhab salafus sholeh (mazhab yang berupaya memurnikan kembali ajaran Quran dan hadis, salah satunya dengan cara mengikuti cara hidup Nabi Muhammad—Red.).

Di Afganistan, Anda juga latihan militer?

Secara fisik, katakanlah, memang ada proses militerisasi. Dalam arti dengan jalan Islami, tidak bercampur dengan teori-teori kafir yang lazimnya boleh langsung tampar jika ada yang salah, atau ditelanjangi. Kami tak seperti itu. Jadi, betul-betul dengan metode on to the heart, masuk ke dalam hati betul. Yang salah paling disuruh baca Al-Quran atau baca hadis, atau hukumannya hanya push up dan lari. Kelihatannya itu memang sepele, tapi itu bisa menyentuh hati.

Kalau jadwal latihan harian?

Tergantung kondisi. Kalau lagi perang, latihan kan tak bisa. Situasional sekali. Tapi kita selalu waspada, alert. Itu wajib.

Pasti Anda punya pengalaman bertempur juga.

Ada. Tapi saya khawatir membatalkan amal saya, jadi tak usah diceritakan.

Berapa lama di Afganistan?

Intensifnya berpindah-pindah. Saya berada di sana selama tiga tahun.

Lalu mengapa sekarang berjuang dengan aksi teror bom?

(Sebutan teror bom) itu propaganda orang kafir. Mereka paling tahu cara membungkam Islam. Memang, dalam perang seperti itu, selalu ada propaganda melemahkan lawan. Kita sampai menyebut hal itu teroris karena ayat dalam Al-Quran yang berbunyi ”sampai mereka merasa takut” diterjemahkan Al-Quran versi Inggris oleh Yusuf Ali sebagai to terrorized, bukan to be afraid. Siapa yang harus dibuat takut? Tak lain musuh Allah, musuh Islam.

Tampaknya Anda sangat terpengaruh dengan konflik di Afganistan dan juga mungkin di Palestina. Apakah Anda akan berhenti kalau konflik itu selesai?

Saya menjawab ini dengan mengutip firman Allah Swt., ”Dan perangilah mereka sampai tak ada fitnah.” Hanya ada satu jalan, yaitu jihad. Ada tafsir dari Ibnu Katsir soal fitnah itu. Pertama, kemusyrikan. Kedua, tidak menegakkan hukum Allah. Jadi, untuk mengeliminasi fitnah itu, hanya ada satu cara, dengan jihad. Bukan lewat pemilihan umum, bukan dengan demokrasi. Itu konsep Barat dan yang sekarang menjadi dien atau agama baru. Lalu banyak umat Islam sekarang yang pengecut. Mereka menyembunyikan hadis sahih. Dalam satu hadis yang diriwayatkan Bukhari-Muslim disebutkan, ”Aku diutus oleh Allah menjelang hari kiamat dengan membawa pedang.” Itu hadis sahih.

Seandainya persoalan umat Islam lebih mendapat perhatian, apakah akan terus menjalankan jihad?

Bukan soal perhatian atau simpati. Kami hanya menjalankan kewajiban syar’i, kewajiban syariat, hanya dengan satu jalan: jihad fisabilillah.

Tapi aksi teror bom itu kan tidak populer?

Ya, memang seperti itu. Saya beri contoh, ada satu pendakwah Islam yang sangat populer sekarang dan disukai oleh semua agama. Saya tertawa. Itu something wrong. Coba kita lihat Muhammad sebelum mendapatkan kenabiannya. Semua orang suka kepadanya dan dia dijuluki ”Al-Amin”. Dari kaum Quraisy sampai Yahudi pun suka dengan dia. Tapi, begitu risalah kenabian datang, namanya berubah menjadi ”Al-Majnun”. Dibilang orang gila, dibilang tukang sihir, memecah belah persatuan. Jadi, memang seperti itu. Pasti dicela dan dimaki. Seperti firman Allah Swt., ”Dia mengutus kamu Muhammad dengan hidayah, untuk dimenangkan, walaupun orang kafir membenci.” Jadi, kebencian itu adalah satu konstanta. Jadi, kalau tak dibenci orang kafir, ya, artinya belum sampai ke tahap itu.

Ganjaran aksi terorisme adalah hukuman mati....

Hukuman mati tak akan menyelesaikan persoalan. Ini cuma setitik debu bagi para mujahid yang masih berjuang di luar. Saya jamin, persoalannya tak akan selesai. Demi Allah, tak akan selesai.

Anda sama sekali tak takut ancaman mati itu?

Alhamdulillah, Allah telah mencabut semua keraguan dan ketakutan di hati saya.

*** Kalau perlakuannya di tempat lain, mungkin aku juga seperti orang lain,tapi kerana apa yang berlaku adalah di pulau yang penuh dengan kemaksiatan, aku akan tetap mewakili diri mereka.

* Pulau-pulau di Malaysia juga telah rosak dengan pencemaran budaya. Aku tidak ingin meminta orang percaya, tapi menjadi tanggungjawabku untuk menulis. Berhati-hatilah kalau bercuti ke pulau. Tolonglah... aku sudah melihat kerosakan yang jelas, di depan mataku dan bukan hanya sekadar melihat dengan mata kasarku. Buat anak gadis, mak gadis atau yang sewaktu dengannya, tolong jangan bersendirian atau berduaan. TIDAK SELAMAT..... huhuhuuh..

** Membaca catatan-catatan harian hidup Imam Samudera, ternyata dia seorang yang berhati halus, tidak keji, tapi kalau dia bangkit membela,kenapa harus ada orang yang mengejinya? Apapun, kejian orang tidak bermakna apa-apa dibanding pada rahmat Allah. Kalau akhirnya catatan hariannya itu diterbitkan, aku adalah antara orang-orang asing di dunia ini yang akan memilikinya.


Yang Asli dan Yang Palsu: Surat Amrozi, Mukhlas, Imam Samudra

lagi

lagi-lagi

lagi2
posted by Mirip at 10:17 AM 0 comments

Tuesday, November 11, 2008

Surat wasiat- pengebom mati di Bali yang ditembak sampai mati






Selagi blog ini ada,tidak kira empunya dirinya masih ada @ sudah ditelan bumi Allah ini, supaya surat ini tidak mati. Dan tetap ada di sini.
posted by Mirip at 3:39 PM 0 comments

Monday, November 10, 2008

8(part2)

"Kalau dulu Sham tinggal dengan Mami, mesti tak jadi macam ni nasib Sham." Air matanya menitik lagi. Digosok-gosok dengan telapak tangannya.

Terlontar kata-kata itu dari mulut Shamsul. Hari ini, dia dilawati oleh sepasang suami isteri yang sudah pun dimakan usia ini. Siapa lagi kalau bukan Mak Jah dan Pak Sen.

Ada air mata di tubir mata Mak Jah. Kelihatan jelas air mata yang bergenang itu. Tentu hatinya merasa sayu mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Shamsul.

"Tak apalah Sham, yang dah lepas tu tak boleh nak diulang semula," Mak Jah membalas kata-kata Shamsul. Dia sendiri pun tidak tahu ayat apa lagi yang lebih sesuai dari itu.Memang kalau masa boleh diputar kembali, atau ada harganya untuk dibayar supaya masa boleh berundur ke belakang, ingin dia undurkan masa itu. Tidak ingin dia melihat apa yang berada di depannya. Tidak ingin sama sekali. Tapi walaupun tidak ingin, itulah hakikat. Dan apabila namanya sudah hakikat, harus juga dilihat walaupun pedih.

Shamsul diam tidak berkata-kata lagi. Memang kalau diikutkan dia terlalu malu pada Mak Jah dan Pak Sen. Dia malu kerana dia harus berhadapan dengan situasi sebegini. Memang dahulu dia pernah rapat dengan keluarga Mak Jah, tapi serapat-rapat dia dengan Mak Jah, Mak Jah itu bukan keluarganya. Memang Mak Jah menyayangi dirinya sebagai bekas anak asuhannya, tapi tentu sahaja dia kekok pula untuk menumpang tinggal di rumah keluarga Mak Jah. Memang pada satu ketika, dia terlalu rapat dengan anak-anak Mak Jah, tapi tetap ikatan itu hanya sekadar teman sahabat waktu kecil. Dan serapat-rapat dia dengan Mak Jah, Hany dan Hana, tetap ibu dan adik-adiknya di rumah itu keluarga kandungnya.Fikirnya dulu, sebaik-baik layanan Mak Jah padanya pun, Mak Jah tetap orang luar dari keluarganya.

Tapi kalaulah, dia tahu begini pengakhiran hidupnya, dia rela menumpang tinggal pada orang yang bukan ahli keluarganya sekalipun, asalkan dia mendapat kehidupan yang sempurna. Kalaupun bukan seperti Hany dan Hana sekalipun, cukup kalau dia dapat menjalani hidup seperti insan lain. Aman berumahtangga, ada anak-anak comel, rumah sendiri walaupun kecil, pekerjaan tetap untuk menyara anak isterinya. Dan yang paling penting dari semua ini, dia dapat pula membantu hidup ibunya. Kalaulah dia tahu inilah pengakhiran hidupnya, dia rela hidup membesar di rumah orang lain asalkan pada penghujungnya dia dapat membantu ibunya. Sekurang-kurangnya, menghulur sedikit wanguntuk menyara kehidupan ibu tua itu.

Namun semua itu hanyalah perkataan KALAU.Yang tidak mungkin terjadi.

Memang seingatnya, dia pernah bertandang ke rumah keluarga Mak Jah ketika cuti persekolahannya dahulu. Dulu, dia tidak mengerti kenapa pula ibunya membenarkan dia menumpang tinggal sementara waktu di rumah ibu asuhannya itu. Semakin dia membesar, semakin dia meningkat dewasa, akhirnya dia tahu yang pada ketika itu, ibunya mengalami dugaan paling besar dalam hidupnya. Dugaan seorang yang bergelar isteri.

Ibunya tidak pernah menceritakan, tapi dengan umur yang semakin meningkat remaja, dia tahu juga.Tapi tidak pernah membincangkan hal-hal berat seperti itu dengan ibunya. Seingat Shamsul, dia rapat dengan keluarga Mak Jah ketika dia masih di alam persekolahan rendah. Dan selepas itu hubungan mereka terputus. Mungkin juga kerana hubungannya dengan Hany pun sudah renggang akibat peredaran usia dan komitmen pada persekolahannya.

Dan selepas bertahun-tahun tidak bertemu dengan pasangan tua ini, tentu sahaja mereka mengharapkan pertemuan mereka dengan aku adalah pertemuan bahagia, rupanya pertemuan yang terjadi disulami keperitan, dan pada dirinya sendiri, tersulam perasaan malu yang tidak terhingga. Malu dia dilihat oleh Mak Jah dan Pak Sen dalam keadaan seperti mayat hidup, dan bukan orang berguna dalam hidup, seperti yang pernah dijanjikannya satu waktu dahulu.
posted by Mirip at 3:35 PM 0 comments

7(part 2)

Pagi itu seperti juga pagi-pagi yang lain. Berlalu dengan hadirnya masa. Datang dan kemudian pergi. Pagi,permulaan pada sehari lagi yang dipinjamkan.

Mungkin pada orang lain, pagi ini sama juga halnya buat mereka. Pada yang harus pergi bekerja mencari rezeki, tetap keluar mencari rezeki masing-masing. Pada yang harus belajar menimba ilmu di dada, tetap menadah telinga mendengar ilmu baru. Pada manusia-manusia berjubah putih di luar, pada insan-insan yang beruniform putih bersih keluar masuk memegang itu dan ini. Rutin pada kehidupan masing-masing.

Namun, bagi Shamsul, pagi ini sungguh nyaman dan tenang. Terasa ketenangan yang jarang sekali dia rasakan selama ini, dapat dia rasai pagi ini. Dia sendiri tahu pada jawapannya kenapa pagi ini dia merasakan begitu.

Pagi ini, dia merasakan ketenangan kerana segala keluh kesahnya selama ini telah dia kembalikan pada Haknya. Dia sudah mengadu sepuas-puasnya pada yang Maha Mendengar. Malam tadi, dia telah melakukan sesuatu yang paling luar biasa, dia telah bangun solat sunat, dan pagi tadi dia sudah bangun solat Subuh. Memang ada sesetegah bacaan pun dia sudah lupa, namun dia teruskan juga. Hanya bacaan Alfatihah yang masih dia ingat sepenuhnya, walaupun ada juga tersekat-sekat. Bacaan surah-surah lain itu dia baca setakat ayat yang dapat dia ingati sahaja.

Dia tahu dia sudah jauh tersasar dari landasan kehidupan yang sebenarnya. Dia tahu benar, selama ini dia memilih jalan yang menyimpang pada pelarian bebanan tekanan hidupnya. Dia tahu dia tidak tahu membezakan yang mana baik dan yang mana pula jalan yang akan mengambus masa depannya menjadi kelam. Seperti hari ini, dia telah dan sedang menghadapi akibat pada tindakannya sendiri. Masa depan baginya memang sudah tidak ada, yang ada hanya masa menunggu. Bukan menunggu pada saat penerimaan sebarang ijazah kehormat, atau perasaan menerima menantu pertama, tapi yang sebenarnya dia menunggu detik-detik kepastian.

Hatinya sedikit berasa tenang pagi ini, walaupun tidak boleh menipu dirinya sendiri, yang dia takut menghadapi saat-saat yang akan dia lalui di depannya.
posted by Mirip at 3:14 PM 0 comments

6(part2)

Dia bukakan matanya.Matanya sedikit silau dipancar samar-samar lampu. Dia pandang sekeliling."Kenapa pula ada lampu? Bukankah tadi aku di tempat lain? Bukan di sini?"Shamsul menggosok-gosok matanya.Matanya basah, mukanya basah malahan badannya juga basah dengan peluh.

Kepalanya dipusing ke kiri dan kanan.Yang ada, orang-orang berselimut putih di atas katil besi bercat putih berdindingkan cat putih juga. Itu pun tidak penuh semuanya. Ada juga katil yang kosong.Suasana sunyi sepi.

Dia mengurut-ngurut dadanya. Mengalihkan telapak tangannya pada bahagian kiri dadanya. Terasa jelas degupan jantungnya yang berdegup kencang.
"Rupanya aku masih hidup,". Dia meraup mukanya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Fahamlah dia tadi yang rupanya dia bermimpi. Samada dia bermimpi atau mendapat petunjuk, atau Allah ingin memberitahunya sesuatu, dia tidak mahu peduli lagi pada istilah-istilah itu. Yang penting, dia tahu kesalahannya,dan dia tidak mahu masuk ke dalam lembah yang dilihatnya tadi.

Dia sentuh lehernya. Masih terasa seram sejuk pada pangkal lehernya tadi. Pengalaman tadi benar-benar membuatnya insaf. Apa yang berlaku tadi padanya bukan lagi mimpi, tapi satu perjalanan dirinya.

Perlahan-lahan, dia turun dari katilnya. Kalau tadi dia sihat dan boleh berjalan seperti biasa, kali ini, dia seperti dia yang asal, kembali tidak berdaya.
Dia ambil kayu yang dia sandarkan di dinding di kepala katilnya. Memegang kuat-kuat. Kayu sebagai kakinya yang ketiga. Shamsul tersenyum sendirian, "umurku baru mencecah tiga puluh tahun, tapi aku sudah bertongkat, tidak ubah seperti datuk berumur lapan puluh tahun." Sengaja dia menghiburkan hatinya sendiri.

Shamsul menuju ke hujung bilik di sana. Bilik kecil yang disediakan khas untuk penghuni-penghuni di situ membersihkan diri. Shamsul berdiri tegak di situ selepas masuk ke dalam.

Dia melihat dua singki sederhana besar di depannya. Di depan singki itu ada cermin besar. Dia tidak ingin memandang cermin itu.
Kepala paip diputar perlahan-lahan. Air merembes keluar."Aarrhhh sejuknya," terketar-ketar dia meratakan air itu ke telapak tangannya, ke mukanya,ke dua-dua sikunya, ke rambutnya, dan akhirnya menadah air ke dalam cawan kecil di situ dan membasuh kedua-dua kakinya.Shamsul mengambil wudhuk yang sudah lama tidak dia lakukan!

******
"Memang aku mengharapkan kematian cepat datang padaku, supaya aku tidak lagi hidup terus menerus dalam keadaan begini. Memang aku tidak mahu hidup dalam cemuhan masyarakat lagi, memang aku tidak ingin hidup pun lagi. Hidup memang tiada keindahan padaku.Aku sudah cukup menderita. Tidak tertanggung derita batinku Ya Allah.

Tapi ampunkanlah semua dosa-dosaku. Hanya kepadaMu tempat aku bermohon, dan hanya kepadaMu tempat aku berserah. Ampunkanlah dosa-dosaku pada permintaan supaya aku cepat menghembuskan nafasku sendiri. Aku tidak tahu apakah solatku ini diterima ataupun tidak, tapi kupohon, Engkau terimalah taubatku. Diriku memang kotor pada segala dosa-dosa yang aku lakukan selama ini.Aku gagal Ya Allah.Tapi aku bersyukur kerana Engkau masih menyayangiku. Engkau berikan aku kesempatan melihat dosa-dosaku sendiri.


Shamsul menadah tangan ke langit. Dia panjatkan doa sesungguh hatinya. Dia serahkan segala-galanya pada Tuhan sekalian alam itu. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia sembahyang di waktu sebegitu. Dalam samar-samar lampu, dia memandang jam di dinding. Kelihatannya waktu itu pukul tiga pagi.

Air mata yang menjadi teman setianya merembes tiada hentinya. Dia solat di sisi katil besinya sendiri. Dia tidak tahu samada solatnya diterima ataupun tidak, tapi dia tetap juga solat walaupun dalam keadaan duduk begitu. Dia pernah melihat seorang temannya di situ yang bersolat sedemikian. Dia hanya mengikut walaupun tidak pernah diajar sesiapa.

"Kalaupun orang tidak mendengar jeritan batinku, tapi aku percaya, Engkau masih ada mendengarkan segala kesedihanku," Shamsul berdoa sungguh-sungguh disaksikan gelap malam di luar.
posted by Mirip at 2:43 PM 0 comments

5(part 2)

Ruoanya fikiran itu kalau selalu digunakan, diasah-asah, diberi sedikit beban, ia akan memberikan jawapan pada segala persoalan.

Duduk termenung begitu, memanggung kepalanya pada kepala lututnya. Dia pejamkan matanya dan dia nampak, kisah-kisah silamnya. Dan pada akhirnya dia melihat dia pejamkan mata serapat-rapatnya dengan linangan air mata penyesalan.

"Ya, apakah aku sudah mati sebenarnya? Apakah ini sebenarnya kematian? Apakah rupanya inilah yang dikatakan orang itu mati?" Dia tidak mendapat jawapannya kali ini. Akal fikirnya hanya dapat mengembalikan hanya setakat itu sahaja imbasannya.

Serta merta dia kecut perut kembali. Kalau ini namanya kematian, patutlah tiada orang lain di sini. Apakah ini padang Mahsyar, yang disebut-sebut ustaz-ustazah satu ketika dahulu? Kalau benar, mana pula orang lain? Sedangkan di sini, seingatnya, kesemua makhluk dari seawal-awal zaman sampai akhir zaman dihimpunkan untuk diadili. Tentu ini bukan padang Mahsyar. Tapi dia di mana?

Dia berjalan lagi.Di hujung sana dia melihat seperti ada sesuatu.Dia ingin mendekat tetapi dia merasa ada satu luar biasa. Dia mendekat lagi, dan lagi.Dia terasa panas tapi perasaannya masih mengajaknya supaya mampir mendekat lagi.
Sesampai di sana, dia melihat satu lembah yang dalam. "Ya Allah," dia terpelanting reaksi pada keterkejutannya yang teramat sangat.Jantungnya bagai mahu luruh. Peluh keluar serta merta memercik membasahi seluruh badannya.

Dia terketar-ketar. Di dalamnya dia melihat lembah yang panas.Entah dari mana, dia tidak tahu, ada ilham dalam hatinya mengatakan itulah "WAIL". Lalu imbasannya datang pada Ustaz yang pernah mengajarnya dahulu.

Kata-kata ustaz itu terngiang-ngiang di cuping telinganya, " Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, yang meninggal dunia pada tahun 55H, menyatakan yang dia telah bertanyakan Rasulullah tentang maksud ``orang yang lalai sembahyang'' tadi. Baginda menyatakan bahawa yang dimaksudkan itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Mereka ini tetap termasuk dalam golongan orang yang melakukan sembahyang, tetapi memandang enteng dengan melambat-lambatkannya. Bagi mereka adalah balasan neraka, yang dinamakan ``wail'', yang sangat berat azabnya. Menurut satu pendapat neraka wail itu adalah satu lembah yang terdapat di neraka jahanam. Andainya bukit-bukit yang ada di dunia itu diletakkan dalamnya, nescaya hancur luluh semuanya kerana terlalu panas."
(1)

Shamsul menggosok-gosok dadanya. Rupanya dia telah melihat salah satu lembah neraka. Apakah dia salah seorang dari umat Nabi Muhammad SAW yang akan tercampak ke situ? Dia merasa takut yang teramat sangat.

Lalu dia ingat lagi pada kata-kata Ustaz Habiburrahman, "Dalam sebuah hadis riwayat daripada al-Bayhaqi dinyatakan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a. ada memberitahu, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling dikasihi Allah dalam Islam. Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku."
(2)

Suara Ustaz Habiburrahman berlegar lagi,"Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Namun demikian, lumrahnya tidak mudah seseorang itu hendak mengubah tabiatnya yang telah menjadi darah daging. Dosa itu seperti sakit atau kerosakan yang ada pada jari-jari. Apabila satu jari itu rosak, maka akan bengkoklah jari tadi. Semakin banyak kesakitan yang terjadi, maka semakin banyaklah jari-jari yang bengkok, yang mungkin berakhir dengan kerosakan pada seluruh jari jemari tadi.

Adalah mudah untuk memulihkannya jika ia dirawat sebaik-baik sahaja jari itu membengkok. Ia akan pulih seperti sediakala bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami, ubat yang digunakan, dan kekuatan badan si pesakit. Kerana itu penyakit perlu diubat lebih awal dan jangan dibiarkan merebak. Merawat dosa ialah dengan bertaubat."


Habis sahaja ingatannya pada suara Ustaz Habiburrahman, Shamsul sudah menangis semahu-mahunya, walaupun tiada air mata yang keluar. Dia mendongak kepalanya ke atas, yang tadinya dia tunduk ke bawah.Dia celikkan matanya yang sedari tadi dia pejamkan kerana ketakutan yang amat sangat.

"Ehh, kenapa tidak ada lagi lembah tadi di sana?"

Walaupun pemandangan yang dia nampak tadi sudah tidak ada di depannya, dan pemandangan di situ kembali kosong, hanya dataran seluas saujana mata memandang, tapi Shamsul masih tetap menangis. Dia tahu kesalahannya. Dia menyesal pada keterlanjurannya. Dia tahu dia sudah meninggalkan tiang pada agamanya sendiri. Kalau tiangnya tiada, memanglah perlakuannya selama ini seperti orang tidak beragama. Kalau tiangnya tiada, memang patutlah hidupnya hancur. Dia ingin kembali, tapi bagaimana? Dia tidak tahu caranya. Tiada siapa yang mahu mengajarnya? Di mana dia mahu mencari tali untuk dia kembali ke pangkal jalan? Apakah masih ada orang yang akan membimbingnya. Tidakkah semua orang pun memang mengharapkan hidupnya akan berakhir begini? Tidakkah semua orang pun mendoakan dia cepat-cepat pupus dimuka bumi ini? Tapi kalau itu yang mereka mahukan, bukankah kini dia pun sudah berada di sini? Tempat yang dia sendiri tidak ketahui di mana dan apakah penghujungnya?

Teresak-esak dia menangis.Memohon bantuan dari Allah agar ada jalan keluar pada tanah gersang ini, kalau masih ada jalan keluarnya.
posted by Mirip at 2:02 PM 0 comments

4(part2)

Shamsul membuka matanya. Alangkah terkejutnya dia, apakah namanya tempat ini? Dia keseorangan di situ. Dia cubit mukanya, ya dia terasa sakit, dia memegang tangannya, "Oh ini tanganku." Dia melihat kakinya. "Oh ya inilah kakinya," lalu dia melihat sikunya, "Oh betul ini sikuku yang terbonjol keluar, masih ada disini."

Tempatnya lapang, tapi kenapa tiada orang disini? Mana perginya semua orang? Atau mana perginya rumah dan gedung-gedung yang tinggi dahulunya? Yang semua orang berlumba-lumba mendirikannya? Takkan tidak ada sebiji kereta pun di sini? Sedangkan dahulu semua orang berlumba-lumba memakai kereta besar dan kecil, tinggi dan rendah, bertayar empat dan bertayar lima, enam atau tujuh? Atau kalau sekalipun tidak ada kenderaan, tidak ada bangunan, kenapa tidak ada pokok-pokok seperti kebiasaannya dia dahulu?

Kenapa pula pemandangan di sini tiada penghujungnya? Kenapa seluas-luas alam di sini, hanya dia seorang? Mana ibunya? Atau mana adik abangnya?Atau mana orang lain? Apakah namanya tempat ini? Kenapa tidak ada papan tanda? Dia serasa ingin menangis, tapi kenapa tidak ada air mata yang keluar? Dia ingin meraung tapi kenapa tiada suara yang keluar juga? Apa sudah jadi padanya?

Dia berjalan-jalan. Aneh? Kenapa dia terasa seperti tenaganya ada? Kenapa dia boleh berjalan sempurna? Sedangkan seingatnya dahulu, dia selalu tidak berdaya? Tidak berdaya untuk makan dan minum, apatah pula untuk berjalan-jalan sebegini?Dia lihat pada baju yang dia pakai."Ohh aneh kenapa bersih?" Sedangkan dahulu bajunya selalu busuk dan berbau hapak kerana jarang dibasuh?

Dia langkahkan kakinya lagi. Seribu persoalan menerjah benak otaknya. Tapi apakah namanya perjalanan kalau dia tidak tahu pada titik atau haluan manakah yang harus dia tuju? Apakah hanya ke sana dan kesini? Shamsul duduk mencangkung. Memikir dan mengimbas apakah sebenarnya yang terjadi ini?
posted by Mirip at 1:43 PM 0 comments

3(part 2)

Molekul-molekul gas oksigen sudah tidak dapat disedut oleh kedua lubang hidungnya. Tersekat seperti ada dinding batu di situ, menghalang dari gas itu menerobos masuk ke dalam saluran pernafasannya. Menghentikan aliran keluar masuk dan pertukaran gas-gas oksigen dan karbon dioksida dari ruang peparunya.

Tentu sahaja peparunya tercengang-cengang kerana secara tiba-tiba proses yang sepatutnya dia lakukan selama meminjamkan dirinya pada sang pemilik diri. Diafragma, otot yang pada kebiasaannya mengucup menjadikan rongga di mana paru-paru berada mengembang juga tidak dapat melakukan aktiviti hariannya.Sangkarnya juga tidak mengembang dan menguncup seperti yang seharusnya.

Oksigen yang berada di mana-mana di sini,yang senang-senang dihirup oleh orang lain secara percuma, telah menunjukkan pemberontakannya. Dia tidak mahu masuk ke saluran trakea seorang yang bernama Shamsul.Oleh kerana diafragma seorang Shamsul sudah merajuk hati, tidak mahu berfungsi lagi, tidak mahu mengepam dirinya sendiri, lalu oksigen tidak mahu masuk dan hadir dalam dirinya.Tidak mahu menyunting dan menghampirkan diri pada karung-karung alveolus yang berada di hujung-hujung salur bronkusnya.Kapilarinya yang dipenuhi darah-darah merah yang menyelimuti karung-karung alveolusnya tidak lagi dapat meresap oksigen lagi. Hemoglobinnya sebagai kenderaan pengangkut juga tidak lagi berfungsi untuk mengangkut oksigen-oksigen itu ke dalam darahnya.

Kebiasaannya, darah tanpa oksigen dari jantungnya akan terus memasuki paru-parunya dengan pertolongan salur Pulmonarinya, dan selepas diberi makanan oksigen, kembali meresap masuk ke jantung. Itulah kebiasaannya, dan sepatutnya begitulah selagi bernama manusia yang bernafas.Namun kali ini semua ini tidak berlaku. Jantungnya tidak lagi memproses segala aliran darah, darah-darah seperti berhenti mengalir dari lebuhraya urat-uratnya.

Sel-sel dalam badannya tidak mendapatkan makanan darah dan oksigen lagi. Sel-sel itu seperti menguncup, kecut dan mengecil. Menarik segala daya dan tenaganya yang masih bersisa.Melontarkan dia satu kesakitan yang tidak terhingga. Tidak dapat untuk dia katakan dengan apa saja kata-kata. Kata-kata sudah tidak terluah dari kerongkongnya.

Apakah ini waktu akhir ajalnya? Apakah inilah masanya yang Allah janjikan? Setiap yang hidup pasti menempuh saat ini?Kalau beginilah rasanya, Ya Allah, dia merasa kagum yang teramat pada Nabi Akhir Zaman, penghulu segala nabi. Yang pada saat-saat sebegini yang masih lagi mengingatkan pada umatnya.

"ummati, ummati" Dalam pada masa yang singkat sebegitu, otaknya masih dapat mengingat pada kisah silam. Pada saat Ustaz di sekolah rendahnya pernah mengkhabarkan pada dirinya perihal Nabinya, Muhammad SAW yang terlalu bimbang pada umatnya sehingga mahukan segala kesakitan itu ditanggung hanya buatnya.

Air matanya merembes keluar lagi.Bukan lagi mengingat pada kesakitan dirinya yang maha hebat tapi pada keinsafan yang lahir dalam dirinya mengingat pengorbanan seorang nabi akhir zaman. Yang hidupnya juga sukar dan dihimpit berbagai kesedihan. Tapi kenapa dia langsung tidak mengambil iktibar pada kisah hidup Penghulunya sendiri? Kenapa kalau Penghulunya itu dapat menempuh segala kesukaran hidup yang lebih dahsyat darinya, kenapa pula dia yang diuji hanya sedikit dari ujian hidup Nabinya itu sudah gagal? Sedangkan Penghulunya itu juga sama sepertinya, anak yatim. Malah bukan lagi anak yatim, tapi yatim piatu. Sedangkan dia, dia bukan anak yatim, walaupun memang hidupnya seperti anak yatim. Dia masih ada ibu dan dia masih ada ayah. Walaupun ayahnya tidak pernah menganggap dia seperti anaknya sekalipun, tetap dia ada adik beradik yang lain, bukan seperti Nabinya yang sebatang kara? Dan kalaupun dia sedih menghadapi kehidupan ini, apakah Nabinya itu juga tidak pernah menghadapi kesedihan dalam hidupnya?

SubhanaAllah. Terlalu banyak yang dia kesalkan. Dan terlalu banyak masanya yang dia sudah habiskan pada perkara yang hanya fantasinya semata-mata. Tapi apakah gunanya lagi penyesalannya yang sudah berbakul-bakul kalau pada saat ini dia harus meninggalkan dunia ini.

Kesakitan yang dia tanggung sudah tidak boleh diungkapkan lagi. Dia pejamkan mata rapat-rapat. Dan dia sudah redha kiranya inilah waktu akhir hidupnya. Bantalnya sudah lenjun dengan mutiara penyesalan yang keluar dari soket matanya.

"Ya Allah, aku redha," bisiknya perlahan hanya dalam hati.
posted by Mirip at 1:04 PM 0 comments

2(part2)

Apakah makna harapan? Harapan itu sebenarnya bagi orang yang tahu hala tuju hidupnya. Apabila ada halatuju hidup, secara automatiknya,mereka ada visi dan misi untuk mencapainya. Apabila ada visi dan misi, maka harapan untuk mencapai segala yang dicita-citakan itu tumbuh dan membunga dalam diri masing-masing.

Jadi jelaslah sekali yang visi, misi, tujuan dan harapan itu satu perkataan-perkataan yang matlamat akhirnya adalah jelas. Saling berkait antara satu sama lain. Bergantungan dan saling mencengkam sesama sendiri, tidak ingin membiarkan sang pemiliknya lepas bebas terkapai-kapai.

Baginya, itulah sebenarnya maksud harapan. Harapan yang kadangkala setinggi gunung. Namun kadangkala atau yang sering terjadi adalah harapan hanya tinggal harapan. Sedikit demi sedikit gunung harapan itu telah runtuh, samada runtuh sekaligus seperti runtuhan tragedi Highland Towers. Runtuh sekaligus jatuh tersembam mencium muka bumi.Sejelas runtuhan yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Itu tidak termasuk pula pada runtuhnya harapannya yang kecil-kecil. Runtuhan kecilan bak istana pasir yang dia bina di tepi pantai, runtuh sekali lalu dengan hadirnya ombak yang ganas menghempas. Kalau istana pasirnya runtuh kerana hadirnya ombak di pantai, harapan dan hidupnya musnah pula dengan deruan angin puting beliung dan hempasan tsunami hidup yang datang.

Lalu jadilah dia manusia yang sudah tidak ada harapan. Usahkan lagi mengharapkan apa-apa dalam kehidupan. Dia sudah tidak mahu membina harapan lagi. Membina harapan baginya umpama mimpi di siang hari. Enak, dan sedap untuk dimimpikan yang indah-indah, dunia yang indah, sang pari-pari yang jelita berterbangan, kepulan awan-awan memutih, langit biru yang tenang. Tapi bila dia bukakan mata, itu semua hanya ilusi. Padamnya keindahan diganti dengan kekecewaan.Cukuplah sudah selama bertahun dia hidup dalam ilusi ciptaan dia sendiri. Dia mahu menempuh hidup yang berbaki ini dalam keadaan realiti hidup yang sebenar. Walaupun realiti yang dia hadapi ini sungguh pahit untuk ditelan. Dan sungguh tajam untuk dipegang.

Shamsul menarik nafas.Tarikkkk dan hembus. Ta.. ta.. tarrikkk... tapi kenapa kali ini dia tidak boleh menarik nafas? Ya Allah..Nafasnya tersekat.
posted by Mirip at 12:39 PM 0 comments

Pergi tak akan kembali...



1. Alfatihah to them.

2. Semua orang pun akan mati. Mereka mati meninggalkan nama. Tidak kisah kalau mata lain memandang mereka sebagai terrorist. Allah lebih tahu.Dan aku yang tahu kisah pulau, akan sentiasa mendoakan mereka. Katakan apa sahaja, aku tetap dengan pendirianku.

posted by Mirip at 10:13 AM 0 comments

Friday, November 07, 2008

lembah 1

Hanany memandang jauh ke jendela di depannya. Kereta -kereta di bawah sana seperti kereta kereta mainan yang halus dan kecil, tak ubah seperti semut yang berbaris.

Ada sesuatu yang dia fikirkan. Rasanya kalau ikutkan hati mahu sahaja dia terjun dari tingkat 30 itu,supaya dia tidak perlu lagi fikirkan apa-apa lagi.

"Andainya aku pergi dulu sebelummu,
janganlah kau memencil diri"...

Bukan lagu yang didengarinya, tapi suara itu keluar dari corong telefon bimbitnya.

"blabla... dia kata mujur tak ada sungai, kalau ada sungai depan mata dah terjun dah."

"ohh ye ke, kesiannya."

"dia kata lagi.. Hari tu Kak Ja marah Tuhan. kak Ja tak sembahyang 2-3 hari. Sebab tak nak iman kuat," Gee bercerita. "Memang Kak Ja cerita sambil tak nangis pun."

G sambung " Kak Ja kata, orang yang rambut merah kuning tak sembahyang tak apa dapat suami baik, Kak Ja gini. Kak Ja dengar je azan, Kak Ja tutup telinga."

"Kenapa Kak Ja buat macam tu?"

"Yelah, sebab kalau kuat iman, Allah uji berat sampai tak mampu. Jadi iman tak kuat sangat ni,.. bla bla...kak Ja tak solat,"

"Satu hari tu, Kak Ja dengan sepupu kak Ja dah berhenti depan surau. Sepupu Kak Ja nak masuk, tapi Kak Ja tak nak. Kak Ja kata " kau masuklah, aku tak nak solat," sepupu Kak Ja kata "kalau kau tak nak solat, aku pun tak nak" Kak Ja sambung "la,..aku tak solat sebab aku dah bengong, ko pun nak jadi bengong jugak?"

Kak Ja cerita lagi pada G.

"Bila dengar azan Kak G tutup telinga. Tapi bila dengar azan, sampai menitik air mata.Nak sembahyang tapi hati rasa nak marah kat Tuhan," perlahan Kak Ja bercerita.

"Tapi... rupanya Kak Ja tak boleh macam tu. 2-3 malam Kak Ja sedar waktu malam pukul 3 pagi. Tak boleh tidur,kalau dah solat, mengaji Quran sebaris pun tak apa, mata pun ngantuk,"

"Mak saudara Kak Ja tegur Kak Ja. Katanya ni ujian Tuhan buatnya. Nak menguji imannya."

Syukur lah, Kak Ja kembali semula pada Kak Ja yang asal. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Dalam fikiran Hanani terasa kesedihan yang memanjang begitu, dia tahu rupanya ada orang lain yang lebih hebat lagi ujian hidupnya. Yang kadangkala tidak terjangkau dek akal fikiran. Tak logik pun ada. Bermacam tak lagi.

Hanani mengemas-ngemas barang-barangnya dan ingin pulang segera.
posted by Mirip at 9:55 PM 0 comments

Thursday, November 06, 2008

Rupa-rupanya.....

Agaknya sebab inilah aku tak jadi apa yang aku ingatkan aku boleh jadi dahulu.
Kalau tak, tentu sahaja emosi aku jadi tak menentu sepanjang hari.
Kalau dalam sehari ada 10 kes kematian.
Memang kematian tu di tangan Allah.
Tapi rupanya aku yang penyedih ini tak de la kuat mana untuk tengok saluran-saluran tiub di badan anak-anak kecil.
Aku ingatkan aku OK sebab aku boleh sahaja mencuci uri dan darah-darah orang
tapi rupanya itu tak ada la cukup untuk menjadi seorang MO.

Atau mungkin untuk meredakan 1 kes kematian, dah mengambil masa berhari-hari pula untuk aku stabil kembali.
Atau mungkin aku tak sanggup nak lihat muka ahli keluarga yang memandang aku dengan harapan aku berjaya selamatkan anak-anak mereka, tapi rupanya aku gagal.
Allah lah yang maha Mengetahui segala-galanya.

Client aku ada kemalangan. Aku akan cuba percepatkan claim beliau.
Kasihan dia . Mujurlah dia subscribe sebelum terjadinya kemalangan.
Allah jugalah yang maha tahu.

Salah satu kesedihan aku yang bertahun aku simpan, rupanya inilah hikmahnya.
Hikmah utk aku sedar rupanya memakan masa lebih sedekad.
Itulah aku, yang lambat dalam segala-galanya
Lambat memahami erti kehidupan.
Lambat sedar, walaupun aku tersedar juga.
posted by Mirip at 4:13 PM 0 comments

Wednesday, November 05, 2008

13 (Part 1)

Mak Jah memandang sayu pada Shamsul. Sham, korban apakah ini? Apakah kau kini sedang menjadi korban pada kesilapan orang lain puluhan tahun dahulu? Air mata Mak Jah bergenang mengingatkan Shamsul yang dulunya anak yang baik kini terpaksa menempuh hidup sebegini. Sebenarnya langsung dia tidak menyangka ini semua bakal terjadi. Kalau kisah Ismail dahulu adalah korban, ianya adalah korban pada niat yang baik. Pengorbanan Ismail dan ayahnya Ibrahim itu adalah satu pengorbanan tanda keikhlasan hati mereka kepada perintah Allah. Namun di depan matanya ini adalah Shamsul yang menjadi korban pada situasi dan keadaan yang tidak menggembirakan. Korban pada episod luka kisah masyarakat marhaen.

"Sham nak pergi hospital?" Mak Jah bertanya seolah ingin mendapatkan keizinan dari empunya diri.

Shamsul angguk. Memberikan tanda persetujuan. Tidak terkeluar apa-apa suara dari mulutnya.

Sedang Mak Jah berbincang bincang dengan Chik, ada suara halus memanggilnya. "Ma...ma...mi."

Mak Jah mampir mendekat pada Shamsul ingin mendengar butir bicara anak malang itu.

"Bila nak... pergi?Sham .. Sham tak tahan dah ni," tersekat-sekat Shamsul mengeluarkan patah-patah kata. Tentu sahaja habis segala daya kekuatannya dia kerahkan semata-mata untuk mengeluarkan kata-kata itu.

"Aa'h sekarang kita pergi," Mak Jah pantas menjawab.

"Chik tak ada kenderaan, sebab tu Chik tak tahu nak buat macamana," terkeluar juga perkataan dari mulut Chik.

Mak Jah geleng-gelengkan kepalanya. Hairan dia. Zaza di rumah depan itu kelihatan seperti ada kereta, Lina di rumah sana pun ada kereta. Rupanya inikah 'alasan' yang menjadi penghalang? Namun dia tangguhkan dahulu segala persoalan dalam benak kepalanya. Tidak ada guna andainya dia juga menyoal itu dan ini kepada Chik.

"Kita pergi dengan kereta Jah. Kecil pun kecillah." Tegas bercampur geram nada suara Mak Jah. Tegas kerana dia tidak mahu benda-benda ini diambil mudah lagi oleh penghuni di sini. Geram kerana 'benda' sekecil itu dijadikan alasan. Alasan yang tidak masuk akal bagi Mak Jah. Memang benar Chik itu tiada kenderaan, bahkan dia sendiri tentu sahaja tidak pandai memandu kenderaan, tapi bukankah kereta anak-anaknya juga menjadi keretanya? Atau apakah anak-anaknya sendiri tidak membenarkan ibu dan abangnya itu menaiki kereta mereka? Atau apa sebenarnya yang terjadi? Yang nyata mereka memang tidak kisahkan pada apa pun yang berlaku di rumah itu. Kalau tidak, masakan boleh dibiarkan Shamsul itu seperti mayat hidup di situ?

Chik mengarahkan anak-anak lelakinya yang lain , kedua-duanya adik kepada Shamsul mengangkat dan mengusung Shamsul ke kereta kecil Mak Jah.

Shamsul diletakkan di belakang kereta kecil itu. Tangannya ditongkat kepada penyandar kepala tempat duduk depan bersebelahan pemandu.Terlalu lemah keadaan badannya, sehinggakan kalaulah ada orang yang menjentik badannya saat itu, tentu sahaja dia akan jatuh tergolek. Badannya yang hanya dibaluti kulit nipis, tanpa wajah asal,memang akan menakutkan sesiapa yang melihat.

Chik membalut badan Shamsul dengan selimut tebal. Shamsul kesejukan. Terketar-ketar dia terkena angin di luar. Pak Sen memecut kenderaan laju ditemani Mak Jah, dan Chik membawa Shamsul, seorang korban kehidupan ke tempat yang sepatutnya.

-THE END-
posted by Mirip at 2:28 PM 0 comments

12 (Part1)

Chik memandang tanpa suara ke arah Mak Jah dan Pak Sen di depannya. Dia bagai dapat membaca kata-kata apakah yang bakal dilontarkan oleh Mak Jah, tapi dia lebih rela menunggu.

Walaupun jauh di sudut hati Mak Jah,merasa kehairanan dengan situasi di rumah ini, namun untuk dia berterus terang,tidak terluah.

Dia yang baru masuk sudah terasa hatinya disayat-sayat melihat keadaan Shamsul yang terbaring tidak berdaya di depannya ini. Sedangkan orang-orang lain yang keluar masuk dalam rumah itu lagaknya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Anak-anak kecil dan separuh besar masih juga bergelak ketawa keluar masuk ke dalam rumah itu. Yang agak dewasa pula dengan hal masing-masing. Ada yang sedang tidur. Yang lain mungkin sahaja sudah ke tempat kerja masing-masing. Tidak tergambar sedikit pun suasana kesedihan seperti yang Mak Jah alami ini. Atau mungkin juga kerana penghuni yang ramai di rumah ini , generasi demi generasi sudah tidak berdaya menanggung kesedihan, hinggakan kesedihan sudah tidak tampak pada perlakuan mereka? Namun Mak Jah tahu itu semua tidak mungkin. Yang pasti dan jelas, penghuni di sini masih seperti biasa. Aktiviti pun masih sama, tidak ada apa-apa yang berlaku pun. Semuanya membiarkan takdir datang dan pergi. Perlakuannya seperti Shamsul itu bukan berkeadaan seperti itu. Apa sudah jadi sebenarnya dengan penghuni rumah ini? Apakah semua penghuni di sini sudah kehilangan perasaan belas atau sudah buntu akal fikirnya?

Persoalan demi persoalan bercambah dalam benak fikiran Mak Jah. Bersarang bersimpul mati. Tapi persoalan tetap sahaja akan kekal menjadi persoalan andaikata tidak ada jawapan tepat.

"Chik, kenapa tidak dibawa ke hospital?" akhirnya terluah juga soalan ini dari mulut Mak Jah. Seberat-berat soalan ini untuk dikeluarkan (takut dia dikata orang sebagai penyibuk hal ehwal rumahtangga orang lain), harus disoal juga. Untuk dia tahu jawapannya. Mencari jalan pada kekusutan yang berlaku. Mencari jalan untuk merungkai, kalaupun bukan kesemuanya dapat dirungkaikan, cukuplah kalau ianya tidak terus bersimpul mati tiada penghujung.

Chik menarik nafas. Dia memandang Shamsul dalam-dalam. Pandangannya lalu dilarikan kembali kepada Mak Jah dan Pak Sen.Memang dia ada jawapan pada setiap persoalan yang diutarakan, cumanya samada jawapan yang sebenar-benarnya yang harus dia utarakan atau adakaj jawapan sekadar jawapan pemuas hati orang yang mendengar, dia masih berfikir-fikir.

"Soalan yang sama yang disoal orang. Dol masa datang pun tanya macam tu,Minah, Mail, bapanya Shamsul ni pun ada datang."

"Abang Dan pun datang? Apa katanya?"

"Katanya apa? Kenapa tak dibawa ke hospital?"

"Dah tu, dia tak juga bawa?"

Chik tidak menjawab. Tidak menjawab itu sudah menjawab persoalan Mak Jah. Orang-orang itu semua hanya tahu bercakap. Bercakap dan bercakap, bukannya dia tidak kenal semua nama-nama yang disebut Chik.Dia kenal sangat, sejak dari umurnya muda pun dia sudah kenal mereka-mereka ini.

Kalau Dol,Minah, Mail itu berkata demikian, walaupun Mak Jah pelik, tapi bukanlah satu kepelikan sangat. Mereka itu hanya saudara kepada Chik. tapi kalau Shahdan sendiri yang menyoal begitu, itu sudah menjadi satu kehairanan tahap tinggi!

Shahdan, dipanggil Mak Jah dengan nama Abang Dan. Lelaki yang dulu berkongsi hidup dengan Chik. Tentu sahaja umurnya sekarang sudah hampir 7o tahun. Dia tidak pasti secara jelas.Yang pasti sudah melepasi angka 60an. Sudah berpangkat datuk kepada cucu cicit yang ramai. Angka 60, satu angka bonus dalam kiraan umur manusia. Umur yang panjang, dan kaya dengan pengalaman tentunya. Tapi kenapa soalan yang setaraf dengan budak berumur 6 tahun yang disoalnya?

Dalam keadaan begini, bukan persoalan itu lagi yang harus disoal. Malahan sebagai seorang ayah, sepatutnya Abang Dan tidak perlu lagi menyoal segala-galanya. Yang dia harus lakukan adalah mengambil pertanggungjawaban sebagai seorang BAPA. Apakah seorang anak itu tanggungjawabnya hanya terpikul pada bahu seorang IBU? Sedangkan di mana anak itu terhasil kalau bukan dengan percantuman benih sang ayah dan ibu?

Hati Mak Jah benar-benar membengkak mengingatkan Abang Dan. Fikirnya mungkin juga Abang Dan sudah berubah atas kapasiti umur yang bertambah. Rupanya penambahan umur tidak semestinya selari dengan tindakan. Malah kadangkala tindakan itu berkadar songsang pula dengan peningkatan umur. Atau mungkin sahaja Abang Dan itu tidak akan pernah berubah. Dan tak akan berubah. Yang mungkin berubah mungkin sahaja dia sendiri sudah ke alam lain. Ke alam yang orang yang meningkat tua tempuhi. Alam nyanyuk. Alam yang menyebabkan dia sendiri terlupa bahawa Shamsul itu adalah ANAKNYA.

Tidak guna Mak Jah mengingatkan Abang Dan, kerana selagimana ingatannya mengimbas pada Abang Dan, dia tumpang kasihan kepada Chik.Biarlah, segala-galanya mendapat pembalasan dari Allah yang maha Kuasa. Dia harus mengambil tindakan segera. Hari ini juga. Dan waktu ini juga!
posted by Mirip at 1:50 PM 0 comments

1 (Part 2)

Ku terpegun di jendela
bila hujan gerimis senja
tak ku lihat di hadapanku
diriku dalam lamunan

Tiada lain yang kubayangkan
hanya peristiwa itu
dosa dosa yang kulakukan
tetap mengganggu batin

Tanyaku pada diri
apakah ini semua cubaan belaka
kesalku tak berakhir
menduga keyakinanku kepadanya
batinku menjerit namun tiada suara

Aku cuba menyatukan
semua harapan yang berkecai
Tuhanku bimbinglah diriku
agar kesalku hilang

Gerimis sungguh mencengkam
tiada dapat kutahan lagi
sungguh-sungguh tak ku
menduga hingga jadi begini.


Bulu roma Shamsul berdiri tegak dari liang kulitnya. Epidermisnya bagaikan tidak mampu menakung aliran darah yang mengalir laju dari bawah kulitnya lagi. Bulu-bulu roma itu tegak berdiri laksana peserta perbarisan di hari merdeka menyanyikan Lagu Negaraku.

Matanya yang lemah itu tiba-tiba serasa semakin lemah. Lemah, kuyu dan penuh dengan genangan air mata. Air mata,teman setianya saat ini.Perlahan-lahan, air mata menitis lagi ke pipinya setelah matanya telah gagal menakung lagi.

Badannya yang terbaring, berselimut putih bersih itu terasa benar-benar memahami batinnya kini. Sungguh dia merasa dekat, bukan lagi dekat, tapi kata-kata yang didengari kedua-dua telinganya itu seolah sedang ditujukan khas buatnya. Bukan buat orang lain. Tepat dan padat menyentuh batang hidung dan batang tubuhnya.

Di situ, di ruang itu, dia keseorangan, walaupun ada juga orang lain di situ, tapi dia tetap merasakan dia keseorangan. Di tengah-tengah tempat dia berada itulah, benda bersegi empat itu terletak kemas, berada tinggi dari yang lain. Memancarkan suara dan imej-imej yang pelbagai. Dan dari kotak itulah dia melepaskan kesunyian dirinya.

Lagu demi lagu berlalu. Walaupun hanya sayup-sayup sahaja dipasang, tapi masih jelas pada pendengarannya kerana jarak tempat dia berada dengan benda bersegi empat itu tidak terlalu jauh. Imej silih berganti menunjukkan persembahan penyanyi yang sudah 40 tahun dalam arena industri hiburan. Tadi dia gembira bukan kepalang kerana pihak pengurusan di tempat ini membuka saluran ini. Walaupun hanya rakaman yang diulang siar, tapi bagi dirinya, itu sudah cukup bermakna daripada membiarkan masanya berlalu sepi begitu sahaja. Mungkin juga kakitangan yang sedang bekerja di hujung sana juga menyukai siaran ini, kalau tidak tentu sahaja sudah ditutup dan benda bersegi empat itupun tidak dibenarkan berfungsi lagi.

Memang, kumpulan ini mengingatkan dia pada seseorang. Awalnya tadi memang dia tersenyum sendirian kerana dengan adanya siaran ini, dia dapat mengimbas kenangan manis hidupnya.Zaman apa lagi kalau bukan zaman kecilnya.

Namun tanpa diduganya, bila lagu bertukar lagu, dan lagu ini yang dimainkan, hatinya jadi benar-benar sayu. Sungguhlah lagu itu ditujukan khas untuknya. Setiap bait dan patah dalam lagu itu sebenarnya adalah dirinya. Dirinya yang tinggal jasad, tapi rohaninya sudah hilang entah ke mana-mana.

Perasaan yang tadinya gembira, automatik telah bertukar menjadi kesedihan dan kekecewaan yang teramat. DIa sudah tidak pedulikan orang lain lagi. Serasa dia ingin menjerit meminta ditutup sahaja siaran itu. Serasa dia ingin menghempaskan kotak hitam itu. Dia tidak mahu mendengar. Dia pekupkan telinganya, tidak mahu sebarang suara menerobos ke dalam gegendang telinganya. Dia tidak mahu urat nadinya menyerap kata-kata itu.

"Arggg" Dia sedikit berteriak. Sangkanya teriakannya itu akan berjaya keluar dari tenggoroknya, namun itu hanyalah salah satu dari impiannya yang telah pun berkecai. Menambahkan satu lagi impiannya yang tidak kesampaian. Menambah panjang pada senarai kekecewaannya.

Dia mengambil selimut, menurunkan kepalanya dari bantal, menekup telinga dan bersembunyi di dalam selimutnya sendiri. Kembali air matanya menjadi temannya sekali lagi. Air mata penyesalannya yang sungguh-sungguh. Air mata kesedihannya pada apa yang telah dan bakal terjadi. Badannya terhinggut-hinggut menahan kesedihan. Dia tidak tahu untuk melakukan apa lagi untuk menghadapi semua ini. Hanya persembunyiannya dalam selimut ini sahajalah yang dapat dia fikirkan. Biarlah kalau orang lain nampak dan menimbulkan tandatanya sekalipun. Dia tidak mahu fikirkan perihal orang lain lagi. Dulu, kerana dia terlalu memikirkan perihal oranglah, dirinya binasa sebegini.

Dia menangis semahu-mahu hatinya.
posted by Mirip at 11:17 AM 0 comments

11(Part 1)

Lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangannya.Ops betul tak perumpamaan ini.Entahlah, Mak Jah pun bukan arif benar hal-hal peribahasa ni. Dia tak pandai sangat, tapi rasa-rasanya itulah perumpamaan yang tepat pada situasi sekarang ini.

Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Walaupun pada zaman moden ini rambut bukan lagi hanya berwarna hitam, malahan pink, blonde, hijau, kuning kakaktua pun ada.Samalah perasaan pun. Ada orang memandang sesuatu tidak membuatkannya sedih pun, tapi ada pula orang lain yang memandang itu dengan perasaan sedih. Tapi itu tidak pula bermakna dia orang yang terlalu sensitif kerana barangkali apa yang disedihkan orang tidak pula berjaya membuat dirinya sedih.

Contoh jelas adalah mudah.Ada orang menangis teresak-esak kerana terpaksa keluar dari pertandingan yang diceburi. Bukan sahaja peserta tersingkir yang menangis tak cukup air mata, tapi peserta lain yang masih tinggal juga. Sedangkan mungkin sahaja di dalam hati akan terbit kata-kata "aahhh mujur bukan aku yang terkeluar." Lalu sebenarnya air mata itu untuk siapa sebenarnya? Atau mungkin juga kerana perpisahan yang seketika itu mungkin sahaja akan menjadi perpisahan selama-lamanya. Tidak akan berjumpa kembali?

Dan air mata pun berjangkitan pula kepada orang lain. Dengan penonton-penontonnya baik yang ada di dalam dewan atau pula yang khusyuk mahsyuk di depan kaca tv. Tangisan pilu sungguh-sungguh hati. Kasihan air mata itu, keluar juga engkau ya dari pelupuk mata. Berjurai-juraianlah air mata keluar. Kesedihan pun tidak tertanggung lagi. Penyesalan merantai hati dan seribu persoalan yang terbit kenapa dan mengapa harus orang ini yang tersingkir.

Sedangkan di sudut lain, ada pula orang lain yang ketawa berdekah-dekah sampai keluar air mata. Air matanya juga keluar, tapi bukan pula air mata kesedihan atau kekecewaan. Tapi air mata kelucuan. Mereka pula lucu melihat adegan air mata di kaca television.

Kedua-duanya ada air mata yang keluar. Tapi ternyata air mata yang keluar itu adalah akibat dari tindakan refleks pada perasaan yang berbeza walaupun situasinya sama.

Air mata. Satu benda ajaib yang hadirnya secara tiba-tiba. Bukan boleh dirancang-rancang. Namun seringkali air mata itu adalah kembar kepada perasaan.Tidak ada air mata tanpa perasaan. Ada air mata kesedihan dan ada pula air mata kegembiraan. Kerana itu, kalau seorang pelakon itu hanya menangis hanya kerana meletakkan eye mo di hujung matanya, dan tiada jiwa di situ, penonton akan cepat mengesan yang dia hanya pura-pura menangis. Tangisannya itu palsu sama sekali. Berbeza kalau seseorang pelakon berbakat itu menangis sesungguh hati, dengan matanya yang merah, dengan hidungnya yang merah, (jangan pula sampai air hidung itu sampai meleleh), hatinya terkenangkan peristiwa duka dalam hidupnya, ternyata lakonannya terasa hebat dan hidup sekali bukan? Dari segi matematiknya AIR MATA + PERASAAN = PANDANGANNYA.

Perasaan itu tentu sahaja tidak sama antara satu sama lain. Kalau mereka sedih, tidak kira atas sebab apa sekalipun, belum tentu orang lain yang memandang itu turut merasa sedih. Kalau semua orang bersifat sama, tentu sahaja peperangan apapun tidak akan terjadi. Perang dunia pertama tidak meletus, perang dunia kedua tidak terjadi, perang dingin kuwait-iraq tidak berlaku, perang Vietnam, perang di Afghanistan, perang Teluk di Iraq atau mana-mana perang sekalipun tidak akan pernah berlaku. Kerana perang itu terjadi kerana perselisihan pendapat, dan adanya perselisihan itu kerana adanya jurang pemikiran dan perasaan.

Tentu sahaja dunia ini akan jadi indah kalau semua makhluk bernama manusia ini berfikiran sama. Inginkan ketenangan,inginkan kebebasan, inginkan perdamaian,inginkan semua yang baik-baik. Malangnya selagimana namanya manusia, fikiran sama sekali tidak akan semuanya sama. Atau kalau terjadi juga persamaan itu, mungkin juga dunia pula akan hilang seri dan keindahannya?

Mak Jah sudah jauh menerawang. Dan akal fikirnya sendiri sudah jauh menjelajah mengembara keluar dari rumah papan separuh batu itu. Lamunan jauhnya itu akhirnya terhenti bila pandangan matanya kembali jatuh pada sekujur badan yang berselimut biru hitam di depannya. Jadi benarlah kini yang perasaan,anggapan, atau tindakan itu sama sekali berbeza dari seseorang dari yang lain walaupun keadaan yang berlaku itu tetap satu benda yang sama.

"Chik.."

Mak Jah menyedut nafas dalam-dalam. Hendak diluah mati emak, hendak menelan mati ayah. Tekaknya terasa berat sekali untuk menutur, tapi dia gagahkan juga.

Keadaan akan memang tetap begitu. Namun apakah dia harus membiarkan keadaan tetap juga sama tidak berganjak? Walau jarum jam ,hari dan bulan terus merangkak?
posted by Mirip at 10:39 AM 0 comments

picisan

Apa yang diceritakan oleh Encik Abdullah (bukan nama sebenar) kepada Zainal JR dalam Segmen Secawan Kopi Sepotong Kuih pagi tadi adalah benar. Tiada yang benar melainkan benar belaka. SEL.FM - Rabu, Khamis dan Jumaat memang dihatiku.

Rasanya sesiapa sahaja yang berada ditempat EN Abdullah @anaknya pasti merasa apa yang aku rasa.

Ku doakan anaknya menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan menjadi anak harapan kepada ibu bapanya.

Jangan jadi sepertiku, yang semangatnya mungkin sahaja mati di sini. Stuck dalam kehidupan yang misteri.Yang hajat nak buat sesuatu yang lebih lagi, tapi tak sampai.Rela belajar tapi minat tak ada.Nak buat tapi tak terbuat.Nak itu nak ini ..hahaha apa aku tulis ni? merapu meraban je la ko ye..dah lupakan. jangan jadi penyedih. jangan jadi pemikir kuat sangat. jangan itu jangan ini , jangan jangan jangan jangannnn tinggalkan dakuuuu...
posted by Mirip at 8:36 AM 0 comments

Tuesday, November 04, 2008

10

Memang Shamsul itu bukan anak kandungnya, dan memang dia tidak ada kena mengena dengan Shamsul. Tapi itu bukan bermakna dia tidak harus berbuat apa-apa. Bukan namanya kehidupan kalau hidup itu semata-mata untuk melihat tanpa mengambil apa jua tindakan. Mak Jah menghela nafas berat. Dipandangnya wajah tua Pak Sen. Pak Sen juga sepertinya tidak ada ayat untuk diperkatakan. Ayat apa pun akan tersekat kalau berada dalam situasi sebegini.

"Chik, kenapa jadi macam ni?" perlahan Mak Jah bertanya pada Chik. Simpatinya luruh satu persatu mengenangkan nasib malang temannya ini. Sungguh satu persatu musibah dia alami.

Chik diam tidak terkata. Raut wajahnya tidak dapat ditafsir apa-apa. Kosong. Tidak ada jiwa di wajah itu. Mungkin saja jasad yang hidup itu sudah lama kematian jiwanya.

Mak Jah memandang rumah tua itu. Bentuknya, persekitarannya tidak banyak yang berubah. Masih sama.Seolah-olah rumah tua itu tidak terikut-ikut dengan perubahan zaman yang telah berlaku di luar sana. Atau juga jam dan detik waktu tidak berganjak dari rumah itu? Sehinggakan semuanya masih sama, tidak ada sebarang perubahan walaupun sekelumit?

Yang berubah hanyalah orang-orangnya. Jiran-jiran di situ semuanya tidak dikenali Mak Jah. Deretan rumah kayu sebuah-sebuah itu sudah bertukar penghuninya. Di tepi rumah tua itu, Zaza, suami dan anak-anaknya menetap, menggantikan jiran lamanya yang sudah silih saling berganti. Di depan sana, rumah anak perempuan Chik yang seorang lagi, juga sudah pun berumahtangga dan mempunyai hidup sendiri.

Di depan rumah Chik itu, sudah lama bertukar penghuni. Kalau dahulu, sepasang suami isteri yang pangkatnya emak kepada Chik dan Mak Jah, kini Chik dan Mak Jah pula yang berpangkat emak kepada anak-anak muda yang dahulunya masih lagi anak kecil. How time flies. Tanpa disedari, generasi lama sudahpun kembali kepada yang Hak, dan yang ada kini di bumi adalah generasi-generasi baru yang akan mengambil alih tanggungjawab generasi terdahulu.

Mak Jah memandang rumah di depan kediaman Chik. Rumah itu sendiri menyimpan seribu kisah. Sudah beberapa kali Mak Jah hadir pada majlis kematian di rumah itu. Dengan generasi lama yang sudah tidak ada,juga kematian penghuninya di awal usia, penghuni sekarang rumah itu sudah langsung tidak dikenali oleh Mak Jah, padahal dahulu, ketika di zaman kanak-kanaknya,bukan tidak pernah dia masuk dan makan minum di rumah itu.

Mak Jah pun sudah tidak berapa mengenali anak-anak Chik yang berderet-deret dahulu. Anak-anak kecil yang ketika dia tinggalkan tempat ini satu waktu dahulu memang kini kesemuanya sudah besar-besar panjang. Bukan setakat besar panjang, malahan sudah beranak pinak. Dan anak-anak kepada anak-anak kecil itu dahululah yang keluar masuk ke dalam rumah Chik ini, waktu ini.

"Itu tiga orang anak El,dua orang tu dengan mak dulu, yang si adik ni dengan mak sekarang, dua orang lagi tu anak Zaza,....." Chik memperkenalkan kanak-kanak yang berlonggok di depan kaca tv itu satu demi satu. Senarai nama berterusan, Mak Jah hanya melihat walaupun dia sendiri sudah tidak dapat mengenalpasti mana satukah wajah anak-anak yang disebut oleh Chik tadi.Matanya memang ke situ tapi akal fikirnya ke tempat lain.

Akal fikir Mak Jah masih tidak dapat mencerna keadaan suasana di rumah ini. Yang tersimpan di hatinya adalah kesedihan.
posted by Mirip at 10:03 AM 0 comments

Monday, November 03, 2008

9

Kenangan zaman kecil Hany dan Shamsul silih berganti-ganti di layar ingatannya. Satu demi satu kisah-kisah dia ingati. Perjalanan sejauh 50 km itu hanya senyap sunyi tanpa bicara. Pak Sen juga diam , memberi peluang pada Mak Jah mengisi masa-masa sendirinya. Dia juga begitu, sedikit sebanyak terlukis di ruang ingatannya, peristiwa-peristiwa zaman silam.

Mak Jah memandang ke luar jendela kaca. Pohon-pohon kayu seolah berlari-larian ditinggalkan deruan enjin keretanya. Pemanduan 80km/j itu juga serasa olehnya sudah laju, selaju layar ingatannya mengingat kisah-kisah zaman mudanya.

Mak Jah mengukir senyum nipis. Terbayang jelas di ingatannya kemesraan antara dia dengan Shamsul.Dan kemesraan seketika antara Hany dan Shamsul. Dia sudah tahu kisah di sebalik penjelajahan mereka ke batas sawah padi satu ketika dahulu, sejuk hatinya melihat Shamsul cepat-cepat memohon maaf darinya satu waktu dahulu.Shamsul juga yang mengajar Hany dan Hana menangkap ikan-ikan darat. Perasaan sedih dan gembira bercampur baur dalam hatinya. Mengingati kembali istana kecil mereka di belakang rumah kedainya, di mana mereka tiga anak kecil itu makan dan minum,membaca, melukis dan bermain-main. Lebih membuatkan hatinya tersayat pilu kerana Shamsul pernah menyelamatkan Hany dari lemas di Jeram Lenang ketika mereka sekeluarga berkelah di sana.

"Sham, Kamu anak yang baik ..." hati kecilnya berbisik.

****

Sampai di muka pintu rumah yang amat dia kenali ini, matanya terus tertancap kemas pada sekujur tubuh itu.

Yang ada di depannya sekarang ini bukan lagi Shamsul yang chubby ketika zaman dia mengasuhnya dahulu. Tidak ada lagi wajah putih mulus Shamsul.Warnanya sendiri sudah berubah menjadi gelap. Tidak ada lagi paha dan kaki Shamsul yang berketak-ketak kerana tembam dan gebu 30 puluh tahun yang dulu. Yang ada hanya tulang.Rupanya juga sama sekali sudah berbeza. Mak Jah seperti sudah tidak kenal siapa yang berada di depannya kini.Tidak ada langsung iras wajah Shamsul ketika zaman kecilnya.

"Subhanallah." Mak Jah tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. Air matanya menitik juga melihat Shamsul yang kaku di pembaringan. Terbayang di ruang matanya iklan di kaca television di rumahnya yang memaparkan aksi mat rempit menunggang motor tanpa mengikat tali topi keledar. Gambar hitam putih seolah sinar xray itu betul-betul menyerupai Shamsul yang berada di depannya kini.

Dia duduk bersila. Matanya tidak mahu percaya pada apa yang dilihatnya, tapi itulah hakikatnya. Otaknya tidak dapat menafsir apa sebenarnya yang terjadi.

Setelah berbasa basi dengan Chik, teman waktu kecilnya dulu, dia menghampiri hujung kepala Shamsul.

"Kenal siapa yang datang ni?" Mak Jah menguji Shamsul. Shamsul berselimut hingga ke pangkal dada. Walaupun berselimut, itu sama sekali tidak dapat menyembunyikan yang badannya sudah kehilangan isi.

Shamsul angguk lemah. "Ma...mami" lirih dia menjawab. Ada air mata yang menitis di celah rengkung matanya, sebutir sebutir membasahi bantal tempat pembaringannya.
posted by Mirip at 5:28 PM 0 comments

8i(part 1)

Kayuhan basikal dilajukan sekuat mungkin. Deru angin melibas-libas pipi, kuat dan tidak lagi menunjukkan kemesraan belaian sepoi-sepoi bahasa. Perasaan ketika itu laksana M.Kumaresan ketika dalam perlumbaan dalam kategori perlumbaan jalanraya.Tudung kecil di kepala dianggap topi kecil bujur kaledar berlubang-lubang.

Burung-burung sudah pun pulang ke sarang masing-masing,merehatkan diri selepas lelah mencari rezeki sehari suntuk buat anak-anak. Ayam itik pun sudah bersantaian di istana masing-masing. Langit biru sudah bertukar menjadi jingga, biasan sang suria yang sudah masuk ke tempat pembaringan. Cuaca yang tadi cerah perlahan-lahan bertukar wajah menjadi suram.

Dalam transisi pertukaran antara siang dan malam, dalam kehilangan sang mentari mahu diganti dengan sang purnama, dua lembaga itu masih kalut-kalut menolak pedal basikal masing-masing. Selaju mungkin.Lagi sepuluh minit azan maghrib akan berkumandang memecah suasana mengajak manusia seluruh alam menyembah Tuhan yang Satu. Di mana syaitan-syaitan bergembira kerana waktu kerjanya sudah bermula dan tentu lebih giat lagi bertebaran.

"Tulah, Abang Sham ni, mandi lama sangat!" Anak kecil itu sudah mula membebel kepada temannya yang kayuhannya lebih laju dan kini berada di depannya.

"Nak salahkan orang la tu ya, tadi siapa yang nak cari ikan la apa la," laung Shamsul sambil menoleh ke belakang.

"Mesti mak marah ni," Hany sudah kecut perut. Dia sudah banyak melanggar peraturan di rumahnya.Hari ini dia telah melanggar peraturan sekaligus. Pertama: keluar dari kawasan rumahnya, kedua:keluar tanpa keizinan ibunya, ketiga: perjelajahannya kali ini terlalu jauh, berkilo-kilometer , (mujur saja bukan kilometrico) dari rumahnya, keempat: bermain air dan mandi manda sendirian tanpa pengawasan orang tua!

Jantungnya sudah kecut berut. Ditambah dengan jari jemarinya yang sudah pun kecut kerana kesejukan bermain air. Ditambah pula dengan kayuhan laju, menjadikan seluruh badannya kesejukan seperti berada dalam bilik berhawa dingin dengan suhu yang membeku. Sebeku otaknya yang tidak tahu penjelasan apa yang harus diberitahu pada ibunya melainkan fakta yang benar.

"Cepatlah kayuh tu, masa-masa macam ni pun sempat lagi nak membebel.Laju lagi.."jerit lagi Abang Sham yang sudah jauh meninggalkan dia.

*****

Dari jauh Shamsul dan Hany sudah melihat kelibat Mak Jah yang mundar mandir di belakang rumah itu. Dari balik pohon pucuk daun kayu,di belakang bilik kecil untuk mesyuarat belia-belia pemuda 4B, terjongol dua wajah mengintai.Hanya wajah yang kelihatan, dan tidak badannya yang dikecilkan sebaik mungkin.

"Hany, mesti Mami marah tu." Shamsul memandang Hany.Dia memanggil Mak Jah dengan panggilan Mami. Sejak kecil lagi.Dia tidak tahu kenapa. Tapi semua orang pun memanggil Mak Jah itu dengan panggilan itu walaupun Mak Jah itu tidak langsung berdarah anak mami.

"Tulah, macamana ni Abang Sham. Teruk Hany kena nanti."

Dua wajah itu masih di situ. Mengharapkan Mak Jah berhenti mundar mandir di luar pintu. Mengharapkan Mak Jah akan masuk dan mereka akan menerobos masuk ke dalam. Terus mandi dan buat-buat biasa, seperti tidak melakukan kesalahan.Tapi masa tetap berjalan.Azan lagi dua minit akan berkumandang. Tapi Mak Jah masih juga tidak masuk-masuk.

"Takkan nak tunggu kat sini je Abang Sham? Makin lambat nanti. Makin kena marah..." itulah kalau sudah melakukan kesilapan, tidak dapat tidak, hati pasti merasa ketakutan. Itu belum lagi berhadapan di padang Mahsyar. Tidak dapat dibayangkan ketakutan yang akan dihadapi ketika seluruh dosa pahala ditimbang seadil-adilnya.

"Jomlah.. nyamuk dah kat sini. Kita pergi ajelah," Shamsul menyuarakan.

"Takutlah..."

"Takut pun takutlah. Dah tu nyamuk makin banyak ni.Tak tahan dah ni," Shamsul menegaskan suaranya.

"Hany.. Hany..." tergagap-gagap ingin meneruskan kata-kata."Waktu maghrib tak sampai kat rumah lagi..." dia sambung membebel, atau merungut atau menyesali tindakannya sendiri, tidaklah dapat dipastikan.

"Tak apa. Hany kat belakang.Biar Abang Sham kat depan," ya begitulah lagaknya seorang lelaki. Menjadi pelindung kepada seorang perempuan. Dan begitulah juga lagaknya Shamsul pada Hany.Dia sudah dan sedang menjadi BIG BROTHER kepada Hany yang sedang ketakutan melanggar peraturan.

Basikal dinaiki perlahan-lahan. Hany di belakang memandang tanah. Tidak berani dia memandang ke hadapan. Shamsul di hadapannya juga mengayuh perlahan.Hati mereka berdebar kencang.

Basikal disandar pada dinding rumah, melintasi tempat duduk Mak Jah yangberada di pangkin kayu. Hany menjeling dengan ekor matanya.Ehhh, tak ada suara pun.Baik aku buat biasa aje.Cepat masuk, mandi, sembahyang maghrib, mengaji Quran.

"Haiii, baru balik? Kenapa tak tunggu esok pagi je baru balik?"

Hah? Mahu luruh jantung Hany mendengarnya. Walaupun nada suara Mak Jah tidak tinggi tapi Hany cukup tahu ibunya sedang menahan kemarahan. Dia tercegat tanpa suara di situ. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Rancangannya untuk masuk dan mandi jadi hilang lupus begitu sahaja.

Berlainan dengan Shamsul. Dia masih kelihatan tenang menyusun basikal.Mohon lalu di depan Mak Jah dan berdiri bersebelahan dengan Hany.

"Hany pergi mana ni? Bawa Abang Sham? Pukul berapa dah ni?" Bertalu Mak Jah bertanya.

Bukan Hany yang bawa, Abang Sham tu yang bawa,mahu je dia menjawab begitu, tapi tekaknya seperti berpasir, nanti ibunya menyangka dia sengaja buat-buat cerita.

"Terlewat mak, tak sangka dah nak maghrib. Tak pakai jam tadi." Masakan dia tahu pukul berapa kerana jam tangannya, dia tinggalkan dalam beg sandangnya takut basah dan rosak ketika dia bermain air tadi.

Diam.

"Sham pergi mana?" Mak Jah bertukar nada, menyoal Shamsul pula apabila tidak puas hati dengan penjelasan Hany.

"Tak tahu nama tempat tu. Tapi kat sana," tangannya menunjuk ke arah sana.

"Kat sana mana?"Mak Jah menyoalsiasat.

"Jalan arah ke maktab.." jawapan yang benar, walaupun tidak tepat lokasi bendang sawah itu berada.

Mak Jah memandang Hany "jauhnya... "

Mata Hany terkebil-kebil. Memang salahnya pun.Tapi dia pun teringin nak ke sana, sebelum ni memang dia tak berani sebab tak ada orang yang lebih besar darinya, tapi hari ini ada Abang Sham, yang tua darinya. Huhuhu, hanya hatinya sahaja yang berkata-kata, kerana mulutnya telah terkunci rapat.

"Mami, bukan Hany yang ajak. Sham yang ajak dia pergi sana. Tadi ingat nak patah balik, tapi sebab ada air.." Opss Shamsul terlepas cakap lagi. Hany tepuk dahi, parah ni. Matanya mencerlung pada Shamsul tanda tidak puas hati Shamsul terbabas cakap.

"Hany," Mak Jah meminta penjelasan.

"Hany.. Hany..." tergagap-gagap dia.

"Mami, kami minta maaf, lain kali Sham tak ajak Hany ke sana lagi.Jangan marah dia. Sham yang salah," Shamsul ambil tangan Mak Jah, bersalam dan cium tangan Mak Jah. Perlahan Mak Jah menggosok rambut Shamsul.

Selesai Shamsul bersalaman dengan Mak Jah, dia kerlingkan mata pada Hany. Isyarat supaya Hany pun sama mengikut jejak langkahnya. Ya, seorang abang harus menunjukkan teladan yang baik kepada adiknya.

"Allahuakbar, Allahuakbar."

Azan Maghrib berkumandang memecah kesunyian.

"Dah masuk, mandi, sembahyang," Mak Jah mengarah dengan kepala digeleng-gelengkan.
posted by Mirip at 4:35 PM 0 comments